Powered by Blogger.
RSS

KEMATIAN & KEHILANGAN INSAN SENI


Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dgn berita2 kematian beberapa org2 berpengaruh. Mmg tidak dpt dinafikan industri dan persada hiburan adalah satu cabang atau bidang yang amat memberi impak besar kepada kehidupan seseorg di alam maya ini selain dari bidang politik.

Aku cuba mengimbau beberapa kehilangan besar industri hiburan yang amat dirasai hingga kini. Bermula dgn pemergian Raja Pop dunia. Michael Jackson pada 26 June. Dunia seakan-akan tergamam. Tiada ribut tiada angin tiba-tiba seawal pagi kita disebarkan berita dari media elektronik. Memang mengejutkan tp bila di fikirkan itu la lumrah. Tiba masa dan saat walau siapa pn kita.,nomber berapa atau gelaran apa pun kita didunia kita pasti kembali pada Dia. Bermula dari hari tersebut boeh dikatakan nama beliau mnginjak 200% daripada sebelum kematiannya. Masyarakat dunia bagaikan kehilangan ahli keluarga mereka. Betapa berpengaruhnya Raja ini. Segala koleksi dan lagu2 beliau mula menjadi perhatian. Sehingga difahamkan memaksa syarikat rakaman megulang cetak album2 beliau. Semua memuji-muji dan meratapi kehilangan yang tiada galang gantinya itu. Malah sehingga kini kisah2 beliau ditulis saban hari didada-dada media cetak. Perginya beliau bersama beberapa misteri dan persoalan dunia yang belum terjawab. Namun relakan la pemergian beliau. Aku percaya sekiranya beliau masih ada diduania ini hanya suku dr yang meratapi kehilangannya akan ambil peduli kisah2 nya. Dan pasti ada sebab musabab Allah mendahului dia dari kita yang masih menanti saat nafas terakhir kita. Allah xpernah silap dalam percaturannya. You’re not alone


Selang sebulan selepas itu tanggal 26 July, seorg lagi anak seni pergi meninggalkan dunia fana ini setelah diserang angin ahmar. Corak dan cara serangan angin tersebut mengingat aku pada arwah bapaku. Yasmin Ahmad pengarah tersohor Malaysia yang juga mencipta nama di persada antarabangsa. Setiap karya beliau memberi impak besar kepada penontonnya. Semuanya ada pro dan kontranya. Filem pertama beliau yang aku tonton dari awl hingga akhirnya adalah gubra. Pada ketika itu aku kagum dgn bakat lakonan anak didiknya Syarifah Amani. Malah sehingga kini aku sangat kagum dengan bakat Amani. Pada aku dia memang dilahirkan sebagai seorg pelakon. Dan nasibnya bertuah dipertamukan dengan seorg pengarah pada aku sentiasa ada misi dan visi dalam penceritaanya. Selepas hari itu baru la sedikit demi sedikit aku dikenalkan dengan pengarah Yasmin Ahmad. Secara jujurnya aku lagi seronok dan kagum dengan karya pengiklananya dari karya perfilemannya. Penceritaan yang terlalu ‘straight to the point’ kadang2 membuatkan aku rimas dan risau sekiranya cerita2 itu tidak boleh diterima rakyat Malaysia dan melayu majoritinya yang amat2 menekankan sifat kesopanan dan kesusilaan. Banyak yang benar dlm penceritaannya tp masyarakat kita diajar supaya mengambil dan sentiasa memikirkan yang baik2 sahaja. Biarpun nampak masyarakat kita hipokrik tp itu la adat resam yang ditanam dlm diri kita dan Yasmin cuba menongkah arus itu. Tiada salahnya Cuma bukan mudah memecahkan tradisi kita. Namun aku tetap mengagumi semangat beliau dan prinsip beliau. Aku percaya cara didikan dan persekitaran beliau sangat2 mempengaruhi apa yang dipaparkan dlm karya2nya. Sama seperti MJ karya2 beliau mula diperkatakan keperibadian beliau turut dipersoal bila saja dia nadinya mula berhenti, namun hanya Yasmin dan Allah yang tahu. Yasmin Ahmad pergi bersama bakat, persoalan, cerita amalan dunianya.. semadila engkau bersama yang lebih menyayangimu dan Talentime mu

Hampir 3 minggu dari hari pemergian Yasmin sekali lagi dunia seni tempatan gempar dengan satu lagi berita sedih. Pemergian seorg ustaz dlm dunia seni tanah air. Bersuara lunak, berprinsip, berkeperibadian menarik, berpegang teguh ajaran agama, dia la satu2nya ustaz Asri Rabbani. Seakan sukar menerima berita reality ini di saat semua umat islam bersiap sedia menghadapi bulan baik Ramadhan Almubarak. Itu la janji Allah, setiba masanya Allah tidak akan menangguhkan walau sesaat pn pemergian siapa pn dia. ustaz adalah insan terpilih utk ditarik blk hidup sementaranya didunia ini pada saat itu. Aku percaya pemergian ini jg akan memberi impak yang besar kepada pendengar2 tempatan khusunya.org mula mahu mendengar kembali suara2 lunaknya. Mula memuat turun segala rakaman kata2nya. Seawal pagi tadi jg aku hmpr menitiskan air mata mendegar alunan lagu pergi tak kembali yang kini menjadi kenangan abadinya bersama Rabbani. Seolah lagu itu dinyanyikan secara langsung didepan mata kita semua. Sungguh sayu. “berpisah kita segalanya.. yang tinggal hanya la kenangan…diiring doa dan airmata…yang pergi takkan kembali…..”. diharap apa yg dicurah kan beliau sepanjang pembabitan dakwah beliau di berkati Allah.

Rabbani feat. Amy Search - Mentari Merah Di Ufuk Timur
Ada yang tertinggal Setelah terbenam Mentari

Ada yang tertinggal Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan Kau mesti pergi… Kau mesti

Alam telah menyakinkan Kau mesti kembali

Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal Setelah musnah semua mimpi…
Kekal selamanya Cintaku dengan cahaya mu

Kekal selamanya Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu Tenggelam dalam tangisan


Engkau telah pergi

Tapi masih ada…

Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang tinggal…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: