Powered by Blogger.
RSS

Hebatnya seorang ibu

Ahad kedua bulan May setiap tahun telah dinamakan sebagai hari ibu sedunia bg utk memberi kesempatan atau kesedaran utk semua umat manusia sejagat bg memperingati mahupun mengimbas segala pengorbanan setiap insan yg bergelar ibu. Betapa mulianya insan ini. Tiada sebesar pengorbanan yang blh kita bandingkan dgn pengorbanan seorg ibu yg melahirkan dan membesarkan zuriat mereka dengan penuh daya dan kasihnya.

Saya juga seorang ibu ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pengajaran yg sy dpt sepanjang baru setahun bergelar ibu ini. Amat2 perit namun rasa ini hilang bilamana melihat senyuman seorang anak. Walau sesakit mana pun proses kelahiran telah terjadi, walau parut tidak akan hilang selamanya, walau pengalaman itu amat tragis, walau berhari ditahan di wad, walau sebaldi darah tumpah, walau 9 bulan seksa badan, walau seminggu tidak dpt tdo lena, walau bertahun lena diganggu, walau bergadai wang ringgit, walau nyawa dihujung tanduk… ajaibnya ciptaan tuhan segalanya adalah jujur dan ikhlas demi utk seorang anak amanah Allah ini. Sedar la wahai anakku. Tiada hadiah terbaik bg seorang ibu selain dari melahirkan seorang ank yg cukup sempurna dan tiada kebahagian lain yg dicari seorang ibu melainkan melihat ank tersebut senyum kepadanya. Indahnya anugerah tuhan. Aku bangga dengan gelaran ibu ini

Perjalanan keibuan sy msh panjang. Kali ini sy ingin dedikasi hari ibu ini kpd ibu sy yg amat2 sy kasihi. Tiada kata blh digambarkan dengan ibu sy ini melainkan dengan panggilan ‘IBU HEBAT’. Maha besar Allah telah mengkurniakan sy seorang ibu hampir sempurna sifatnya. Terima kasih tuhan kerana menjadikan sy ank kepada ZALIHA BINTI ABDULLAH.

Kenapa ibu sy hebat. ada beberapa criteria yg ingin sy catitkan dimuka laman ini. Namum ini hnya la sebagian shj. Walaupun berjuta org diluar sana juga mengatakan ibu mereka hebat. sy tetap mengatakan di dunia ini. Ibu sy ibu no1 utk hati sy.

Mak sy seorang ibu tunggal sejak tahun 2006. selepas kami kehilangan arwah ayah kami juga suami mak. sejak itu mak bertungkus lumus menyempurnakan segalan keperluan duniawi untuk kami walaupun pd ketika itu hanya sy dan adik sy shj yg msh dibwh tnggungannya. Kerana yang lain sudah pun berumahtangga. Namun ketika itu sy sudah pn mpunyai karier sendiri. jadi mak hanya menanggung adik sy yg ketika itu sedang belajar. secara zahirnya ya dia Cuma perlu menganggung seorang ank ppuan yg sudahkan besar remaja. Namun secara batinya. Dia harus membahagiakan kesemua anknya. 6 kesemuanya dengan pelbagai perangai. Segala bebanan dibahunya. Klu sebelum ini ada ayah sebagai tempat berkongsi suka duka sekarang mak harus menanggungnya seorang diri. Dlm diri mak kebal dgn ilmu agamanya. Hamper setiap malam mak membuat sembahyang hajat. Baca quran sehinga 2 3 pagi. Mungkin ini juga cara mak hilangkan kesunyian dia

Dulu mak bekerja sbg peniaga sy xpasti sejak bila dia bekerja kerana dari cerita2 org mak sy bekerja sejak dia mula berkahwin dgn ayah. 2 3 tahun sebelum kehilangan ayah mak sudahpun berhenti dr berniaga. Namum itu la mak sy tidak suka berdiam diri. Ada sj yg dia mahu buat. Kadang2 kami anak2 pn penat tgk mak. Tp mak sgt kuat. Segala kerja2 lelaki dia blh buat. Kesian dgn mak tp mgkn itu juga sbb kenapa mak sgt kuat.

Sgt kagum dgn mak. Sy berdoa siang mlm supaya mak mendapat kesihatan yg terbaik.Saya tahu mak ada impian dia sendiri paling tidak ingin melihat anak2nya senang.

Mak tidak suka bergambar, tidak byk cakap, sekali sekali berlawak jugak, bertahi lalat, manis didagu, kuat bekerja, xsuka menyusahkan org walaupun ank sendiri, mak duka masak. Masakan dia semua sedap. Nasi dagang dan gulai tongkol, ketupat palas, gulai ikan sungai, lempeng kepala muda, nasi minyak, nasi lemak terengganu, tumis ikan, lompat tikam, pulut kelapa, ikan goreng pn sedap. Semua sedap. Mak juga tidak suka berdendam. Apa sj org lakukan padanya hnya dianggap angin lalu. Mak juga anak yg baik utk nenek sy. selang beberapa bulan dia akan pulang ke kampung halamannya melawat ibunya.

Terima kasih mak menjaga sy dari kecil, membesarkan sy, mengajar sy, menyara saya, menghantar sy kesekolah, bersusah payah kerana sy, mskkan untuk sy, buatkan air suam utk sy mandi pg2 waktu sy sekolah rendah. Buatkan susu untuk sy waktu sy kanak2 sbb sy suka minum susu, gorengkan telur hancur untuk sy sbb sy suka makan bekal kat rmh org. paling sy ingt kami kemalangan sewaktu mak membocengkan motor dgn sy sewaktu pulang dr tadika. Kesian mak. Tp dia tabah. Mengahntar sy kesekolah menengan dikelantan, menghantar sy ke kuala Lumpur untuk masuk kolej, menemani sy keman sj, sanggup menjaga sy dalam pantang, menjaga ank sy. memujuk hati sy yg hampir pitam sewaktu ayah nazak, memenuhi apa sj keinginan mulut sy, menguruskan perkahwinan sy. penguruskan segala kenduri berkaitan sy mahupun keluarga sy

Saya rindu mak sy rindu mak. Ikuatkan hati mau sj sy terus balk ke terengganu skrg memeluk mak. Tp apa kan daya mak sy harus menjalankan kewajipan kerja2 sy disini.

Ini sj yang mampu sy coretkan kerana sys dh tdk sanggup menanggung genangan airmata yg sudak penuh dilingkaran mata.

Andai ku mampu ku ingin menyelami hatimu
Andai ku mampu ku ingin sentiasa disisimu
Andai ku mampu ku ingin bercerita denganmu
Andai ku mampu ku ingin membahagiakanmu selalu
Andai ku mampu ku ingin berikan semuanya untukmu
Andai ku mampu ku ingin kau ceritakan ku kesunyianmu
Andai ku mampu ku ingin pohon sejuta kemaafan
Andai ku mampu ku ingin balas segala jasamu
Andai ku mampu ku ingin berterima kasih lagi
Andai ku mampu ku ingin menggantikan mu
Andai ku mampu ku ingin Allah peliharakanmu
Andai ku mampu ku ingin dirimu selamanya ada

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: