Powered by Blogger.
RSS

Saya kecewa dengan HARIMAU MALAYA





Malam tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan terakhir menjelang sepak mula perlawanan penting AFF Suzuki Cup. Perlawanan persahabatan menentang Bangladesh dilihat seperti kemenangan didalam tangan harimau Malaya dengan semangat para pemain yang masih tinggi dengan kepulangan dari kem bina semangat sambil bercuti dilumut perak beberapa hari lalu. Dikatakan semangat pemain ini memang pada tahap tertinggi untuk menang. Sambil tidak diceritakan semangat apa yang dibina di pulau pangkor itu. Samada semangat bermain atau semangat berehat.

Di awal separuh masa pertama dengan berbekal 1 gol seakan kita boleh menambah lagi jaringan gol. Dengan cubaan bertalu2 dari barisan hadapan HM.

Malah Bangladesh seakan-akan tiada arah di separuh masa pertama dimana penjaga gol kita seperti tidak langsung diuji.

Masuk sahaja babak kedua. Kelihatan beberapa pertukaran dibuat coach kita. beberapa tonggak terbaik Negara direhatkan. Antaranya skillful player; mat yo dan safee Sali. Saya tidak faham. agaknya coach sudah sangat berpuas hati dengan kelebihan 1 gol di separuh masa pertama. Dan ada yang mengatakan coach masih mau menguji pemain. Menguji lagi? Sampai bila nak uji ni

Sudahnya seri juga dengan Bangladesh yang ranking sangat jauh dari pasukan Negara. Ops! Ranking tak penting. Jadi apa yang penting. Saya pun tak tahu. “saya kenal pemain saya” kalau kenal habis tu diorang ni nak main bola ke main lari-lari saja’

Saya sudah tidak boleh berselindung lagi. Hampir hilang kepercayaan saya pada skuad ini. Peluang terlalu tipis.

Disaat pasaukan-pasukan lain mula mengambil tiket untuk datang ke kuala Lumpur bagi persediaan AFF Suzuki Cup, tapi kita selaku juara bertahan dan tuan rumah masih mencari-cari rentak, masih menguji pemain, masih mencongak siapa boleh main siapa tak boleh.

Satu saja doa saya moga kita tidak mendpat tempat tercorot di pasukan maut AFF Suzuki Cup ini.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: