Powered by Blogger.
RSS

Padan Muka

Hanya disini tempat saya bercerita. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, ini kisah hati saya.

Cuba menjaga hati sendiri amat pedih. Tidak terhitung pujukan hati tidak terbilang takungan tangisan jiwa. Mungkin keadaan diri yang terlalu sensitif dan kebal perasaan yang teramat rapuh. Maafkan saya jikalau saya belum yang terbaik. Saya telah cuba tapi pernahkan dia juga suba menjadi yang terbaik untuk saya.

Satu malam yang agak kelam kabut sAya membawa usia kandungan 3 bulan melayan karenah suami dan anak kecil berusia kurang 2 tahun. Saya tidak pernah berhenti bekerja siang dan malam. Saya habiskan hari-hari dan waktu saya untuk keluarga. segalanya saya korbankan. Cuba Tanya saya berapa jam sehari saya berkerja. Berapa purata bulanan saya belanjakan untuk keluarga. Bila saya hiburkan diri saya. Berapa jam saya tido. Saya boleh titiskan airmata jika dikenangkan.

Tapi coretan ini bukan untuk menjawab semua itu.

Berbalik kepada satu malam itu, saya sangat berkecil hati. Saya yang alahan tidak perlu saya ceritakan atau tunjukkan kepada sesiapa susah senang menjalani trimester pertama kehamilan. Insyaallah ramai sedia maklum. Alhamdulillah juga saya masih diberi kekuaran untuk menjalani hidup hampir normal dan kekuatan mencari rezeki dan melayani kehendak keluarga sekuat yang mungkin.

Hari itu saya sarapan jam 1petang setelah sempat mencuri sedikit masa sementara menunggu kedatangan ‘rombongan cik kiah’ aka kawan-kawan saya. Saya makan tengahari jam 7 petang selepas semua tetamu beredar pulang. Saya cuba makan malam dengan 2 3 biji pisang jam 8 malam. Selesai makan malam saya melayani karenah anak lelaki comel saya. Tetapi mungkin kerana alahan + keadaan perut yang tidak stabil saya termuntah untuk pertama kali sepanjang 3 bulan janin berada diperut saya ini. Semua nya diluar kawalan.

Secara tidak langsung terkeluar satu perkataan yang amat melukakan hati saya ‘PADAN MUKA’ dari mulut sang suami. Apa perasaan saya? Hanya mampu menangis. Tidak saya faham apa maksud itu. Sampai sekarang saya masih memikirkan apa kan maksud kata-kata suami itu

Hati saya sangat terluka. Ini bukan kali pertama saya diberi penghinaan sedemikian. Buat suami, saya mohon maaf. Kerana pendapat saya padan muka itu menggambarkan saya memang harus dan sesuai untuk keadaan sedemikian. Hinanya saya.

Allah itu maha besar dan maha adil. Dia sangat Arif mengapa saya diperlakukan sedemikian. Semoga hati saya terus tabah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS