Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label Cuticuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuticuti malaysia. Show all posts

Pantai Belawai, Sarawak


Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni entri pasal jalan2 lagi. Tapi kali ni jauh ckit.
Sepertimaba diakui ramai industri perlancongan di Sibu Sarawak agak jauh ketinggalan berbanding Kuching. Jadi bila dah sampai sini pandai2 la explore kawasan sekitar untuk lebih menarik. klu x memang sangap 2 minggu duk Sibu.

                                           
Diberitau perihal Pantai Kelawai oleh ipar duai saya, so kami cari 1 hari untuk kesana. actually x la sehari pun sepetang je

Bergerak kesana dari Kampung Bandong Sibu jam 2 petang. Dalam perjalananan sbg passengger sy byk tido aje. hihihi.. kami gunakan applikasi waze ke sana menunjukkan destinasi kami lebih 100km.

Untuk pengetahuan Kelawai ini jalan menghala ke Tanjung Manis. cuma dipisahkan oleh satu simpang hujung2.

Jalan pun banyak melompat2 dan akan melalui byk jambatan2 tinggi.

Sampai sana dlm 3 lebih. Nampak beberapa org tengah angkut atv masuk ke kawasan pantai

Sebagai seorang yg selalu menikmati pantai biru terengganu saya boleh katakan persisir pantai ni biasa2 saje cuma memandangkan kami dah beberapa hari terperap jauh dari kawasan riadah boleh la kan

                                                 bentuk buaya yg disiapkan pengunjung sebelum kami


pasir dia sangat2 halus dan jgn risau klu pakaian anda kotor terkena pasir ni. sgt mudah cuci bila kering. akan tanggal dgn sendirinya



disebabkan pasir yg halus kat sini sgt sesuai dibuat istana pasir. apalagi dengan jarak pesisir dgn ombak agak jauh.mmmg klu buat pertandingan istana pasir pn sgt sesuai.. ohh. alangkah besnya klu sy dpt buat sebuah resort di sini

untuk naik ATV dikenakan caj yg berpatutan iaitu RM10 untuk 10 minit.klu nk amek 20 minit boleh 30 minit boleh. tmbh la duit

lepas mandi pantai ada disediakan tandas untuk mandi juga dikenakan caj RM1 untuk mandi dan 30 sen untuk tandas. tp tandas dia biasa2 je la. kampung stlye. setau saya resort ini kepunyaan org perseorangan jadinya jangan la expert mcm berbintang2 ye.



mcm ni la pasir tu. halusss je



juga terdapat sebuah kedai makan. kami minum je di situ. harga pun berpatutan.




last but not least ada terdapat kolam untuk kanak2 berendam dan bermain. simple tp bg impact agak besar pada tempat ini. juga dikenakan sedikit bayaran masuk serendah rm2 sahaja

Ni tempat main budak2. klu xnk mandi pantai boleh berendam kat sini

jadi kepada sesiapa yang kebetukan bercuti di Sibu atau Sarikei atau sewaktu dengannya boleh la singgah ke sini untuk menambahkan koleksi gmbar anda

                                                                      ini laluan masuk ke resort ni. biasa2 je 


parking percuma disediakan. betul2 tepi jalan. cuma agak limited la. masa kami pegi bukan la weekeend jadi senang nk park tp rasanya kalau weekend boleh penuh

seperti biasa pada yang berminat mengikuti saya di laman sosial boleh la follow saya di IG @JN_aeos

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Melawat Panda kat Zoo Negara

 

20 Dec lepas, kesempatan di berikan oleh ambank menaja staff nya melawat Zoo Negara dengan bayaran yg sangat rendah sy kira. Menurut kata my hubby sambutan yg sangat menggalakkan oleh staff menyebabkan mereka terpaksa menutup penyertaan dengan cepat. Alhamdulillah ada rezeki ank2 dpt melawat Zoo. Last sy melawat zoo ni rasanya selepas melahirkan ank kedua sy maknanya dlm tahun 2012. Jadi kiranya lawatan kali ini sy tidak la teruja sgt utk berjumpa bersalam dengan semua penduduk2  tetap zoo Negara tu. Peluang diambil utk melawat anak panda sj memandangkan bayaran sebelum ini agak mahal dan itu la yang dibanggakan oleh rakyat2 jelata kan

Jom cuci mata gmbar2 bawah ni. X banyak sangat pun kan


Sebelum masuk zoo amek gmbr family dulu

Ni unta angin ye




Mcm x puas hati sgt pun tengok panda. Sy rasa lagi puas hati masa sy tengok kat ocean park hong kong dulu. Mcm lemah je. Ank dia xbg tengok. Lepas kul 2.30 pm baru ada. Tak kuasa la nak tunggu. Waktu menengok dia bg 20 minit je tau. Mula2 rsa mcm kejap sgt kan. Tp sbb xde menda pun nk tengok panda sekor tu je. Dh la jauh sgt. Panda tu pulang baring je termenung. Tempat laluan sangat sempit.

 

Sebelum masuk tengok tu kena dengar staff zoo bercerita tu. Pastu ada dia edarkan tabung kutipan derma


Ini resepi kek panda. Klu sda yg terasa nk cba blh buat sndr hehe



Sy lagi excited masa nak keluar sbb akan melalui tempat2 mcm dunia panda. Ada café yg jual cupcake bentuk panda. Boleh la rasa dia. Klu penat2 boleh la duduk lepas di café ni.

 

Pastu berjalan menuju pintu luar akan melalui kawasan kegemaran ramai. Kedai souvenir. Tips kat sini. klu beli lebih dia mungkin akan bg free gift tau. Free gift dia key chain dgn fridge magnet jugak

Tips utk photo booth

Masa sy pegi dia kata ada promo 7 keping gambar dpt rm120. Dengan dia akan copy gmbr ke fon kita (klu iphone dia akan wasap). Pastu dia bg key chain jugak. Lepas beli me rasa mbazir plak. Kalau sekeping2 rm30 sekeping gmbr

 

Tmbh ckit. Sblm kluar kitorg dpt hamper besar ni atas sporting berpakaian mengikut tema ambank. Ok la jgk. Byk kegunaan hamper ni


tq ambank. 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS