Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label General Issue. Show all posts
Showing posts with label General Issue. Show all posts

12.12.12

Semalam semua orang bercerita mengenai tarikh cantik. Ini adalah kali terkahir kita bertemu dengan tarikh dimana number berganda 3. lepas ni tak de lagi nombor 13.13.13 mana ada bulan 13 maa..

So, ramai la nak abadikan nombor ni ada something special dalam hidup depa. Actually semua ciptaan Allah ini baik. semua hari baik. tak de hari buru. Cuma orang mungkin mahukan sesuatu yag lebih istimewa dihari istimewa yang jarang kita jumpa. Ada yang bersalin, dapat ank baru, ada yang berkahwin dan sebagainya.

Saya ada dengar radio semalam kalau tak salah saya terdengar dikatakan jabatan pendaftaran menerima hampir 500 pasangan yang akan berdaftar sebagai suami isteri pada tarikh tersebut.

Walaupun jatuh ditengah minggu pada Rabu segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Kita buat dia maa.. semua boleh

Beberapa yang saya jumpa ini la.

Yang kahwin



Zakiah Anas (TV3) berkahwin. tapi maaf saya tiada detail sebarang pernikahan mereka. saya cuma ada gambar sahaja


Baby born



Kris dayanti juga dikhabarkan dapat anak pada 12.12.12. anak lelaki seberat 3.6 kg secara pembedahan jam 9 pg. diberi nama Kellen Alexander Lemos.

Ini pulak amat menarik pada saya. Pak cik ni menyambut ulangtahun ke 100 ditarik 12.12.12. dia dilahirkan pada 12.12.1912. wow.. Tahniah pak cik. Tak ramai boleh merasa usia 3 angka apatah lagi pak cik menyambutnya ditarikh istimewa.



Sedikit biodata pak cik ni
Nama: Othman bin Daud
Tarikh lahir 12.12.1912
Asal. Kg Tanah Liat, bukit mertajam
Hobi: mengayuh basikal sejak umur 20 tahun. Sehingga sekrang tidak menghidapi sebarang penyakit kronik


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemandu Teksi memulangkan wang penumpang SD$1.1m

Disiarkan dalam The Sun Rabu 21/11/2012

Seorang pemandu teksi di Singapore memulangkan kembali wang 2 orang penumpangnya yang berasal dari Thailand.

Dengan alasan. 'itu bukan wang saya kenapa saya nak ambil" seharusnya dicontohi oleh semua

pemandu itu sempat melihat envelope tinggalan penumpangnya itu. dia tau itu berisi duit. cuma dia mengaggarkan duit itu melebihi $200,000 sahaja

Setelah memulangkan wang tersebut beliau diberi ganjaran yang tidak diberitakan

Semoga menjadi contoh untuk yang lain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya kecewa dengan HARIMAU MALAYA





Malam tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan terakhir menjelang sepak mula perlawanan penting AFF Suzuki Cup. Perlawanan persahabatan menentang Bangladesh dilihat seperti kemenangan didalam tangan harimau Malaya dengan semangat para pemain yang masih tinggi dengan kepulangan dari kem bina semangat sambil bercuti dilumut perak beberapa hari lalu. Dikatakan semangat pemain ini memang pada tahap tertinggi untuk menang. Sambil tidak diceritakan semangat apa yang dibina di pulau pangkor itu. Samada semangat bermain atau semangat berehat.

Di awal separuh masa pertama dengan berbekal 1 gol seakan kita boleh menambah lagi jaringan gol. Dengan cubaan bertalu2 dari barisan hadapan HM.

Malah Bangladesh seakan-akan tiada arah di separuh masa pertama dimana penjaga gol kita seperti tidak langsung diuji.

Masuk sahaja babak kedua. Kelihatan beberapa pertukaran dibuat coach kita. beberapa tonggak terbaik Negara direhatkan. Antaranya skillful player; mat yo dan safee Sali. Saya tidak faham. agaknya coach sudah sangat berpuas hati dengan kelebihan 1 gol di separuh masa pertama. Dan ada yang mengatakan coach masih mau menguji pemain. Menguji lagi? Sampai bila nak uji ni

Sudahnya seri juga dengan Bangladesh yang ranking sangat jauh dari pasukan Negara. Ops! Ranking tak penting. Jadi apa yang penting. Saya pun tak tahu. “saya kenal pemain saya” kalau kenal habis tu diorang ni nak main bola ke main lari-lari saja’

Saya sudah tidak boleh berselindung lagi. Hampir hilang kepercayaan saya pada skuad ini. Peluang terlalu tipis.

Disaat pasaukan-pasukan lain mula mengambil tiket untuk datang ke kuala Lumpur bagi persediaan AFF Suzuki Cup, tapi kita selaku juara bertahan dan tuan rumah masih mencari-cari rentak, masih menguji pemain, masih mencongak siapa boleh main siapa tak boleh.

Satu saja doa saya moga kita tidak mendpat tempat tercorot di pasukan maut AFF Suzuki Cup ini.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penipuan Voucher Lim Tayar

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya pertama kali menggunakan perkhidmatan Lim Tayar. Di harap ini adalah kali terakhir saya menggunakan service mereka.

September lepas saya telah tertarik dengan Discount voucher yang ditawarkan oleh Lim Tayar menerusi laman Group On. Dengan hanya RM25 saya akan mendapat service yang bernilai RM180. 86% discount. Disamping percuma payung (complimentary gift katanya..)



Dan pada  13/10/2012 saya telah ke pusat service yang sepatutnya dengan voucher yang bernilai RM180 saya sangat teruja kerana pastinya service kereta saya kali ini agak murah kerana telah ditolak RM180

Tetapi agak dukacita bila akhirnya saya dikenakan RM463.10. Dengan hanya minority service ini adalah caj paling mahal saya pernah bayar tanpa pertukaran sebarang major spare part. Dan tambah malang alignment & balancing bayar sangat2 worst. Makin teruk dari sebelum di hantar. Sudahnya dengan customer service yang sangat tidak memuaskan. Semuanya serba saya tidak suka.



Saya tidak berpuas hati dengan redemption voucher discount saya bila hanya ditolak rm25 sahaja didalam resit. Pekerja disitu mengatakan ini kerana saya membli voucher itu dengan harga RM25 walaupun tertera di voucher bernilai RM180. saya langsung menelefon LIM TAYAR marketing officer seperti diberikan supervisor berkenaan. Saya meminta mereka fax kan saya senarai penuh service yang dibuat yang menunjukkan RM180 itu telah dibuat keatas kereta saya. Malangnya sehingga hari ini saya tidak menerima senarai tersebut. Tetapi beberapa kali officer mereka menelefon saya untuk membuat temujanji. Saya tidak akan melayan mereka kerana pada saya mereka telah menipu saya. Dan saya Cuma mau mereka menyenaraikan service rm180 tersebur kerana dia dalam resit pembayaran saya langsung tidak disebut rm180 yang ada Cuma rm25.


Salah seorang marketing mereka mengatakan rm180 itu untuk 3 benda iaitu alignment, balancing & payung. Logic ke? memang sangat penipu.

Dan salah seorang supervisor di pusat service pula mengatakan voucher tersebut sebenarnya memang untuk rm25 sahaja. itu rm180 ‘saja-saja tulis’

Dengan ini saya memang tidak akan menggunakan lagi service lim tayar ini. Sangat penipu. Malah beberapa rakan-rakan saya juga telah beberapa kali tertipu oleh lim tayar ini

Semoga diluar sana anda berhati-hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa selsema dan mengantuk xdpt dipisahkan

dilanda selsema... arghh... xsuka. saya ni dh la jenis selsema ssh nk baik. pegi klinik xhbs2 diberi ubat yg sama. ubat nye yg mujarab adalah utk mengantuk. tp selsema baik nya xsmpai beberapa jam pun. dtg lg.

yg xpaham tu naper ye ubat selsema selalu kena ngantuk. dah pesan siap2 kat doktor jgn bg ubat mengantuk. sy ni bz woman. klau ngantuk habis semua project terbengkalai. tp doktor tu kata yg kena mkn pg kurng mengantuk. dia xkata xmengantuk cos sesetengah org akan rasa mengantuk jgk tp sesetengahnya xmengantuk. saya redha je la

tp 1 lg ubat utk mkn mlm mmg mengantuk hbs2an. apa nk buat. tp tetap xhilang jgk selsemanya. tunggu je la berapa hari agaknya selsema ni akan berlarutan

dan hari ni nampak gayanya batuk pulak datang. ayoyo.. masa ni la rasa pentingkan nikmat kesihatan pd diri kita kan




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapa Rakan Karib Anda



Terpanggil untuk bercerita mengenai kawan baik selepas membaca borak pak nil di harian metro ahad lepas. Ini adalah salah satu coretan wajib dibaca setiap hari minggu samada di akhbar mahupun alam maya.

500% bersetuju dengan tulisan pak nil ini. Secara ringkasnya adalah mengenai dia sorang artis popular tetapi tidak mempunyai kawan baik yg blh berkongsi segala2 mengenai curahan isi hati, keresahan, kegembiraan, kedukaan dan segala2nya. Sebagai manusia biasa tidak dpt lari dari segala perasaan itu. Kerana hokum karma menjanjikan hidup tidak selalunya di atas. Klu hari ini kita gembira esok lusa mgkn kita berduka. Di saat kedukaan itu kekadang kita perlukan seseorang utk meluahkan segala yg terbuku dihati. Seceria mana pn seseorang itu pasti ada hari sedih hari duka hari resahnya. Dan sekelam mana pn hidup seseorang itu pasti ada hari bahagianya walau Cuma sekelumit. Bukan hnya kita berkongsi duka ada ketika diwaktu kita sgt gembira pn juga kita memerlukan seseorang utk diceritakan kegembiraan dan kejayaan hati ini. Namun tidak semua org blh dan mampu menjadi pendengar/rakann yang baik. dia mgkn seorang pendengar tp dia bukan rakan baik. Silap pilih kita akan terkena balik.

Persoalannya siapakah yang layak menjadi teman, rakan, kawan karib kita ini yg secara mudah blh dikatakan kawan sehidup semati. Sy menyokong tulisan pak nil itu yang mengatakan dia memilih ahli keluarga nya sebagai rakan baik dia yang juga tempat meluah segala isi hatinya. Benar, pengajaran mendewasakan. Pak Nil pernah ditikam rakan baiknya sendiri sebelum ini itu yang mmbuatkan dia skrg tidak lg percayakan org luar untuk mejadi teman akrabnya melainkan adik beradiknya sendiri

Dan disini sy juga sependapat dengan mengatakan kawan baik sy adalah suami sy. dia tahu segala2 nye kegembiraan sy kedukaan sy dan sekiranya sy marah dia sekalipun sy akan luahkan padanya. Teringat kata2 Datuk Shah Rukh Khan dlm filem ‘kuch kuch hota hai’ dulu katanya “Love is friendship”. Yes, exactly yes.

Bukan maknanya sy tidak ada teman dan kawan2 lain. ada juga tetapi semuanya ada batasan. Pernah seketika dulu sy menggangap seseorang itu adalah kawan akrab sy bagai mau sehidup semati. Segala luahan isi hati yg tidak terlahir zahir akan diluah ceritakan.. namun kecewa kerana lama kelamaan keakraban itu seakan tidak sehala. Bila tidak lagi sefahaman timbul kebencian mula manusia ini akan menjaja segala kisah2 peribadi kita yg dulunya tersimpan rapi. Serik rasanya.

Sekarang cukup la dan sy sentiasa beringat. Sekiranya bercerita kisah2 peribadi tidak usah la di panjang2kan cukup sekadar cerita secara kasar atau ada lebih baik tidak usah dibuka langsung ceritanya. Kalau ikutkan sekarang sy ada ramai kawan2 yang dikatakan mmg rapat namun rapatnya mungkin hanya dipejabat sekadar berkongsi kisah2 pejabat kisah2 syarikat. Untuk kisah2 peribadi amat terhad. Tp tidak la langsung tidak bukak mulut. Seperti apa nama anak sendiri nama suami pekerjaan suami dan tempat tinggal kita. Untuk mengetahui kisah sebenar kita biarla org sendiri menilai. Benar atau salah sy redha, lebih baik dr kebenaran yg ditokok tambah

Borak pak nil juga menulis, padanya rakan artis adalah saingannya jadi tidak perlukan diceritakan semua kisah peribadi dan tidak perlula terlalu rapat bak isi dan kuku. benar dalam sebarang bidang sekalipun dgn rakan sealiran tidak perlulah dianggap teman akrab kerana itu adalah saingan kita. Persaingan ini perlu untuk memotivasikan kita. namun harus juga untuk kita berkumpul sekali sekala atau berborak2 kosong sambil mendengar isu2 terkini takut nanti kita pulak yang ketinggalan

Cukupla suami sy menjadi rakan karib sy. sy percayakan dia akan menjaga kisah2 peribadi sy sebagaimana sy menjaga kisah peribadi kami berdua. Mgkn kerana sy agak berjauhan dengan keluarga berbanding paknil yang hampir setiap hari blh bersua muka dengan adik beradiknya. Sy tidak menidakkan peranan ahli keluarga utk mengambil tahu setiap cerita adib beradik yang lain. sy di kuala Lumpur dan kebanyakan ahli keluarga di Terengganu. Agak mustahil untuk sy menangis diganggang telefon sambil meluahkan perasaan pada mereka. Dalam byk luahan sy memerlukan bahu seseorang. Ada masa ketika dan permasalahan lbh senang bercerita dengan adik beradik juga ibu sy.

Itu la kisah sy mengenai kepercayaan seorang rakan karib. Perlu tetapi tidak semua org mampu menjadi rakan karib. Pilihkan rakan karib anda yang sebaik mungkin. Berpesan2 untuk diri sy juga

Tulisan ini sedikit sebanyak mungkin akan mencuit beberapa hati. Namum ini hanyalah luahan dan pendapat sy. diharap para pembaca memahami kebebasan saya dalam bernukilan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Malaysia, 1 Ummah berbilang bangsa berbilang agama

Ini hanyala satu pandangan peribadi;




Bangga menjadi anak Malaysia. Alhamdulillah syukur pada tuhan kerna dilahirkan sy dibumi Malaysia bertuah ini. Aman damai, tiada peperangan dan sengketa, tiada bencana besar melainkan beberapa gangguan kecil yang sesekali menerjah muka2 depan akhbar utama. Masih dibawah kawalan dan kemampuan manusia.

Satu lagi kelebihan Malaysia; berbilang bangsa. Dari satu sudut mmg satu kelebihan namum realistiknya juga mencjadi satu cabaran. Bukan hanya utk rakyat jelata mcm saya ini malah pada pemimpin2 yang saban hari memerah otak dan fikiran utk menyatukan satu Malaysia ini bukan la semudah yang kita tonton dan baca di ruang2 media yang banyak hanya memperlihatkan yang indah2 belaka.

Memanjangkan kata2 tokoh negarawan kebanggan semua Tun Dr Mahathir Mohammad yang dilontarkan dlm temubual disalah satu rancangan baru2 ini. Sekiranya beliau msh seorang perdana menteri yang sememangnya tidak akan berlaku, antaranya ingin sekali beliau melakukan beberapa perkara yang menjurus kepada penyatuan rakyat berbilang bangsa ini. Dr situ sy menafsirkan betapa sukarkan menjadi pemimpin dan rakyat kepada Negara ini. Terkebetulan dengan sambutan hari kekasih baru2 ini, mmg sukar diperjelaskan kerana terlalu byk hati2 yang perlu dijaga. Seumpama menarik rambt dlm tepung. Bukan hanya pemimpin yang harus menyusun kata melontarkan pendapat malah semua orang harus memikirkan impak dan kesan dalam memberi pendapat. Saya seorang drnya bila di dalam satu pejabat yang berbilang bangsa dan agama. Apa harus sy jelaskan. Cuma mampu senyum. Tidak mahu dianggap terlalu fanatic pada mana2 pihak. Tp tuhan dan hati ini tau

Seperti juga seorang ustazah juga penceramah bebas telah dikecam oleh sekumpulan organisasi kristian yang menyelar dakwaan ustazah berkenaan mengenai valentines atau hari kekasih ini adalah sambutan orang kristian yang melakukan dgn cara dilaknat islam. Begitu lah kita tidak blh sewenangkan bercakap membuka mulut isu2 agama dan bangsa ini secara terbuka jika tidak di fikirkan kesannya. Dan sy pasti ustazah ini mgkn sudah memikirkannya namun terlepas pandang sesuatu.

Dalam keadaan yang sgt sensitive utk mengutarakn pendapat sekarang ini ada lebih baik utk kita hanya berdiam diri. Namun harus diingat diam bukan bermakna slh. Islam menghormati semua agama, dan melayu menerima kehadiran semua bangsa sebagai satu keluarga dlm Negara ini. Sy juga percaya kebanyakan agama juga mengutuk pergaduhan dan mengeji kemaksiatan

Jadi sama2 la kita menjaga agama, budaya dan keturunan kita. Dan saya doakan tuhan diberikan jalan semoga satu hari ada yang tampil dgn pendapat yang blh diterima pakai oleh semua rakyat 1 malaysia ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mekarnya Bakawali


Sebelum ini sy langsung xpernah mengambil tau kisah bakawali ini. Walaupun pernah mendengar nya biasanya dlm lagu2 melayu.

Dan mggu lps sewaktu sy pulang sempena cuti tahun baru cina. Satu pagi jumaat,mak memberitahu yang bunga bakawali kembang mekar. Sy Cuma menganggap ia satu hal biasa. Dan sy amek ringan hal tersebut sehingga sy keluar ternampak betapa menarik bunga tersebut. Terdetik hati sy utk mengambil gmbr. Dan sy yg sememangnya buta ilmu bakawali hnya menyentuk dn pergi begitu sj sesudah mengmbil beberapa keeping foto. Menjelang ptg sekali lg sy terpandang bakawali tersebut. Namun kali ini bunganya telah layu selayunya. Oo.. baru sy teringat seperti pernah terdgr org mengatakan perihal bunga ini yg hnya kembang di waktu mlm hari

Dan hari ini baru sy berkesempatan mencari beberapa maklumat mengenai bakawali ini. Byk rupanya kisahnya. Antaranya

Kelebihan bunga bakawali:

- boleh dijadikan ubat rabun mata.
- utk dijadikan air mandian sebelah pagi.ia dikatakan dapat menaikkan seri wajah. badan bau harum dan segar.bunga bakawali berbau harum dan menenangkan minda.dimurahkan rezeki – harus dgn niat baik
- kegunaan pencerah muka bukan untuk memutihkan muka tetapi untuk meratakan tona kulit muka
- dan sebagai pengganti toni dalam kesihatan tubuh badan
- digunakan untuk merawat luka dengan cara menumbuk halus sehelai daun bakawali dandisapukan pada bahagian yang luka sebelum dibalut. Sifat analgestik pada bakawali dapat menolong mengurangkan kesakitan.Ia juga mampu untuk menghentikan pengaliran darah pada luka.
- ada pendapat yang mengatakan dengan minum air rendaman bunganya tekanan darah tinggi dapat diturunkan, namun pendapat ini masih belum dapat dibuktikan

MITOS dan mengenainya:

-bunganya akan kembang mekar pada waktu malam sahaja dan harum wangi

- kepada anda yg mpunyai bakawali yg dlm tempoh berbunga,cuba anda duduk sehampir yg boleh pd bakawali anda dan dlm keadaan yg sunyi sepi...anda akan melihat satu proses pendebungaan yg mana bunga bakawali tersebut akan 'meletup' kecil dan mengeluarkan bunyi 'pop' berulangkali sambil melepaskan debunga halus

- selepas mandi bunga tersebut jangan dibuang dalam tong sampah, buang dalam sungai yang mengalir atau tanam

- kembang tengah malam. Ada titisan air dalam kelopak dia masa dia kembang

- Bunga bakawali mula kembang 9.30mlm dan kembang penuh 12mlm. Yang kelihatan berasap adalah debu-debu dari debunganya, adakalanya ia bertabur naik ke udara membentuk satu imej yang dikononkan sebagai jelmaan puteri kayangan. Pada pukul 4.30pg ia mula layu dan bila matahari mula terbit ia layu sepenuhnya

- Kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

- Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang

- Sebenarnya bunga bakawali semasa kembang tidak mengeluarkan asap, tetapi bunganya akan meletup semasa kembang dan melepaskan debunganya seolah-olah ia mengeluarkan asap.

- Memang bunganya akan terbit dari celah-celah daunnya. Ianya akan hanya kembang pada waktu malam. Keadaan fizikal bunga ni memang lembut dan mudah rosak. Mungkin sebab tu Allah takdirkan ianya kembang malam saje, kalau siang, tentu ia takkan bertahan sebab suhu yang lebih tinggi.

- Kata org tua-tua, kalau kita tunggu ia kembang, ia takkan kembang-kembangBaunya wangi macam bau bunga hutan masa kita tidur dalam hutan malam-malam



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

iphone 4


Memiliki sebuah telefon bimbit sehebat iphone 4 langsung tiada dlm anganan saya sehinggalah rabu lepas sewaktu maxis menjalankan rodshow ke office saya. Dihari pertama promosi berlangsung sy cume memikirkan utk mendapatkan tawaran berhubung blackberry smartphone. Namun sy perlukan 24 utk memikirkan sejauh mana keperluan sy dan berbaloikah sy melabur sebanyak itu utk sebuah telefon bimbit impian sy itu. Melepasi 24 jam saya masih tertanya2 haruskan. Hingga satu saat sy rasakan ada lebih baik sy terus mendapatkan iphone dimana terbaik dlm kelasnya buat masa ini. Itu mgkn lbh berbaloi

Sebanyak 5 kali sy berulang alik bertanyakan bermacam2 soalan dan kemusykilan kepada promoter berkenaan. Akhirnya sy terpaksa mengambil keputusan utk beli atau tidak kerana masa hamper suntuk. Dan keputusannya adalah yes, sy beli

teruja dgn kecanggihan teknologi sekarang tidak dpt menafikan betapa pantasnya perkembangan industri telefon bimbit ini. Puas tp bebanan makn bertambah. Insyaallah sy akan cuba tingkatkan pendapatan utk byr segalanya ini..hahhaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome 2011

Belum terlambat rasanya aku mengucapkan slmt tahun baru 2011. tirai calendar baru menjengah hari ke 7. namun telah byk kisah dan diari blh diisi. Dlm isu semasa isu hiburan. Gossip, politik, kes, kejadian semuanya tlh pn mencoretkan pembuka tahun baru. Aku msh sbk mcm biasa dgn baking xtvt aku. Tp didalam kesibukan tu aku tidah terlepas mengikuti semua isu2 dlm dan luar Negara tercinta ku ini. Mgkn andai berkesempatan aku akan coretkan di next post

Kali ni aku mahu bercerita mengenai azam tahun baru. Azam dan tahun baru xdpt dipisahkan mesti dtg seiring.

Sebelum tu aku mahu me’review’ azam aku tahun lepas. Antaranya aku ingt menjadi menteri kewangan keluaaga yang terbaik. Rasanya belum trecapai 100% kerana msh byk dipegaruhi oleh anasir2 yang xbaik so aku bg markah 30% shj utk ini.

Kedua aku berazam utk mencantikkan diri termasuk menguruskan badan. Dr segi ketrampilan aku rasa ada sedikit perubahan. Namum bab kurus badan ni mmg failed. Aku Cuma memberi 40% markah sahaja

Seterusnya. Mahu mengumpul harta lg. alhamdulillah disebabkan aku berjaya membeli satu rmh pada tahun 2010. walaupun msih dlm proses tp almost done. So, yang ni aku bg 80%. Kerana pd aku setiap tahun mesti memiliki satu harta besar

Dan lastly bab kerja di pejabat. Erm.. no komen. Tp aku markahinya 60%

Average aku Cuma mencapai 52.5% pencapaian tahun 2010

Insyaallah aku cuba memenuhi pencapaian tahun 2011 ini.berikut senaraia azam 2011 secara kasarnya

Bisnes. Ingin mengembangkan dan more serious (daftar perniagaan, top up modal lebih, name kad, sticker)

Kerja2 ofis - more bonus (blh ke, mcm ssh sbb under union)

Penampilan – kesinambungan tahun lepas yang penting mesti kurus target 50kg

Keluarga – menjadi isteri yang baik dan ank yg baik insyaallah

Itu sahaja dulu. segala bergantung kpd keadaan namum yang penting aku cuba hingga ke akhirnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harimau Malaya mengaum tumpaskan garuda


Alhamdulillah berkat doa seluruh rakyat Malaysai akhirnya skuad bolasepak tanah air berjaya membawa pulang AFF Suzuki cup buat pertama kalinya dlm sejarah penganjuran piala itu. Sungguhpun di asak dan di uji dgn pelbagai rintangan, dugaan, cacian, makian, hinaan, semua itu dipersetankan skuad muda ini. Di harap ini adalah petanda positif kepada perkembangan industri bola sepak tanah air.

Sejak dr awl mggu lalu beberapa nama2 pemain muda mula miniti dibibir para penduduk tempatan yg sebenarnya diakui tidak pernah mengikuti perkemabangan bola sepak tempatan mahupun antarabangsa sebelum ini. Namum secara tidak langsung sekadar nama mereka amat dikenali dan dikagumi rakyat Malaysia skrg. buktinya di laman2 social nama mereka cukup popular dan laman mereka mula dihujani beribu2 peminat. Alhamdulillah sudah ramai menyukai mereka. mereka ini cukup muda. Setahu saya ada yang baru menjangkaui 19 tahun. Insyaallah ada harapan yg amat cerah untuk mereka kemudian hari Cuma pohon mereka ini tidak meninggi diri dan berpijak dibumi nyata. Bola ini bulat bila2 masa booleh diatas dan dibawah. Pohon sekali lagi pada mereka tingkatkan usaha, jgn mudah lupa diri dan tanam keazaman yg kuat. Satu hari insyaallah tiada yg mustahil

Lanjutan dari kejayaan ini perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghadiahkan satu hari public holiday kpd para penduduk Malaysia bukti sokongan kerajaan terhadap industri sukan tempatan. Ramai yang gembira dgn pengumuman ini yang jatuh pada 31/12/2010. hari terakhir tahun 2010 mgkn sbg saguhati kerana new year eve jatuh pd hari sabtu yang tidak akan diganti cutinya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fenugreek Seeds


Ini adalah supplement utk ibu2 yg mash menyusukan bbynya utk menambahkan kuantiti susu msg2. Cara pengambilannya aa lah 3-4 biji sekali mkn. Seghari not more than 9 biji. Iananya adalah dari biji halba (yg otg buat nasi dagang)

Dari testimony yg aku baca, ramai yg berpuas hati dgn supplement ni other than menambahkan kuantiti susu ibu ia jgk dpt mmbantu dlm pelawasan..

Tp apa yg aku dpt… menghampakan

Dah lebih seminggu aku cuba amek fs ni but until now still waiting for a gud news. Nothing cnange. Production tetap sama. A little bit frust but it’s ok. think this supplement is not suit with me. Actually bukan xsesuai but no impact. Nk dpt ½ oz pn payah skrg. So, I’ll decide to try another supplement

Nasib baik aku cuba ameky g ada 70 kaspul je hr tu

Xpeduli la apa org nk ckp aku cuba akan sebaik mgkn buat yg terbaik utk anak aku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS