hah nmpk x signboard IPOH tu. yg tu la. Make sure kena lepas signboard ni dulu ye
bila anda nmpk batu tertulis ni. maknanya anada memasuki kawasan dingin
lepas check in dan bergambar ckir2 tempat penginapan kami yg 1 malam je tu kami turun blk pegi kea Farm Market. disebabkan apartment kami hujung skali so kami naik kereta jugak tapi park dekat2 dengan equatorial hotel pastu jalan kaki je.
misi pertama mendapatkan stawberry coklat. hahaha.. wajib kan. tempat yg kami sggh ni ada jual aiskrim strawberry, smoothie dan stawberry coklay. aiskrim dia campur2 dgn beberapa buah2an lain. menariknya strawberry coklat dia celup dlm coklat pastu dia celup dlm ais so coklat tu mcm mbeku ckit. sedap jugak mkn camni
Pastu jalan trs g pasar. mcm giler sekejap. mcm2 ada. antara yg wajib di cuba di sini adalah jagung cameron highland yg blh dimakan begitu shj, ubi keledek madu, cendawan goreng (biasa2 je) strawberry kering, jambu jeruk, strawberry packet etc
tp menurut kata pemilik ladang strawberry. yg dh siap paket ni boleh tahan sehari je. klu yg kita petik sendiri tu boleh tahan 3 hari. saya bersetuju sebab yg sy beli kat market hari esok tu dah mcm lembik2 dah
so, klu agak2 nk bwk blk ke nk bg org ke ada baiknya beli time nk blk je. tp sy beli yg kering. lagi sedap dan puas makan
menjelang kul 6 kami bergegas blk sebab mcm dah hujan ckit2. duk apartment menikmati view bukit n cuaca sejuk je.ooo sebelumbalik kami sggh beli makanan untuk makan malam. berhampiran tempat kitorg park kereta ada sebuah kedai nasi ayam. punya la ramai orang tp gigih jugak sya menunggu tapau. nasi ayam mak cik tu rm7 sebungkus mcm mahal jugak kan compare dgn kl. jangkaan sy mungkin kata cameron highland ni xde ladang ternak ayam. hahaha.. apa2 je la kan
Malam kat sini sangat sangat sangat sejuk. dalam 16 darjah celcius tp sy rasa sgt sejuk. mmg anak2 semua kena pakai baju 2 3 lapis dan baju sejuk lagi. mmg di galakkan sgt bwk stokin untuk budak2. untuk org dewasa pun kalau nak bawak pun boleh.
hari kedua hari untuk balik. disebabkan cuaca sejuk mmg berat hati nak mandi.
kul 11.30 kami check out. kaluar je dari Natasya mmg mencari tempat utk petik strawberry, cari ckit lagi fresh strawberry, pastu borong jagung lagi dan sessi bergmbar. kami ke kea farm lg sekali. kea farm ni mmg seawal pagi dh bukak.
pastu nk petik strawberry. actually ada byk ladang yg tawarkan ni. tp kena pandai pilih jugak ada sesetengah tu tempatnya sgt bahaya. dan ada juga tempat yg kecik je. atau tempat yg sgt berbukit bakau. klu tempat kecik possibility utk dpt strawberry gemuk2 tu kirim salam la. mmg jarang. yg tempat besar pegi hujung2 ckit baru dpt yg merah2. kena la pandai pilih. xkan la yg baru kuning2 pun dh nk kutip kita jugak yg mkn nnt kan. amek yg merah gelap dan yg gemuk2 ckit. utk kutip tu dia mmg dah bg gunting dan bakul. tp sy kurang pasti kiraannya nya. sy hr tu amek dlm kurang ckit nk penuh bakul dia rasanya kurang sekilo. kena caj RM17. ok kut. dekat2 kawasan strawberry fresh ni juga dijual coklat yg nk cicah dgn strawberry ni dia pggl. coklat belgian rasa sy. sedp jugak tau
lepas tu sy ke tempat yg menjadi sebutan ramai iaitu Lavender Garden.. Allahu... mmg tempat ni sangat sangat sangat sangat menakjubkan. walaupun sy bukan la hantu bunga tapi cantik gilos. mmg sangat sesuai bg mereka yg gila bergambar. WAJIB DATANG ye. tapi disini dikenakan tiket iaitu RM15 dewasa, RM7 kanak2. bawah 3 tahun tidak dikira. jangan lupa naik di atas diatas diatas lagi. atas sana ada juga cafe ye
byk sgt tmpt boleh bergambar kat cameron lavender. ini ceno'et shj
ok. saya x dapat ke ladang boh kg Palas (yang katanya tempat shooting cerita ombak rindu tu kan) atas sebab jalan yg teramat jem. ingtkan sy dah hampir tidak dapat singgah ladang teh. maklumla pegi cameron kalau x singgah cameron macam makan nasi x minum air la kan.
mula tu sy dah redha la. xdapat sggh kan. hari pn dh petang dlm kul 4 mcm tu. dah nk blk lagi kan. dlm perjalanan balik tu ternampak satu lagi ladang teh Cameron Bharat Valley.
boleh la sggh sini. org pun ramai jugak. boleh naik van safari dia dengan kadar caj RM15 dewasa, RM5 kanak2. best jugak naik safari ni. satu pengalaman yg sukar dapat kat tempat lain. sampai kat puncak ladang dia tgglkan kita untuk bergambar sekitar ladang dalam setengah jam lagi dia dtg amek balik
actually dia sediakan ATV jugak kena bawak sendiri. can antara RM60-RM65. terkebetulan terserempak dengan yang amek ATV dia ada sediakan sebuah lagi ATV dgn pakar yang akan follow kita. huh! berpeluh nmpk dorg. adventure sangat
yang pasti ladang boh ini buat mata hitam ku hijau. segar sgt pandangan
lepas blk dr naik safari anak2 pulak nk mintak mkn. kat bawah tu ada sebuah cafe specialist jual teh la kan. tp ada la beberapa makanan sampingan n kek pn ada
TETAPI.. TETAPI...TETAPI... ntah di mana silapnya cafe ni dihujani ribuan lalat. saya sgt x selesa. sy xpasti samada ini musim atau kenapa. tengah2 minum lalat dtg masuk dalam air kita. lalat bermain2 tepi telinga, menari2 depan mata, singgah ditangan dikepala. sgt2 xselela. kami duduk sekejap sj. anak2 hbskan fries lps tu balik. tp ladang n cafe ni mmg tutup jam 6 ptg. kami kuar dari kawasan tu pn lebih 5.30 dah
masa untuk balik... dalam pada tu teringat satu kedai aiskrim yg diperkata ramai yg kami nmpak masa perjalanan datang smlm. apa lagi AVANT chocolate la. dalam ni juga ada beberapa tempat menarik untuk bergambar. pastikan masuk dalam tau. maa nk kluar tu wajib beli aiskrim. sedap sgt sgt sgt sgt..
ok jom balik. terus turun menghala ke simpang pulai lg. kena cepat sebelum hari gelap. alhamdulillah... begitu la kisah trip kami kali ini.
Tips penting :
1. waktu malam yang sangat sejuk. sila pakai baju setebal mungkin
2. ada barang2 anda xperlu letak dalam peti ais sbb peti ais walaupun bukak temp kecik boleh menyebabkan makanan anda hampir nk membeku. ia akan merosakkan texture makanan tersebut
3. berhati2 memilih kedai makan. banyak kedai makan yg di jalan kan oleh bukan islam. semoga kita dijauhkan dari segala yang tidak elok ye
4. kedai makan melayu kat sini kebanyakkan kurang rasa. xpasti adakah kerana sy berada di tempat tinggi deria rasa saya mengurang
5. kebanyakan tempat di CH tiada tempat parking yang proper. semuanya park di tepi2 jalan jadi sila hati2 dgn kereta lalu lalang terutama kepada anak2 kecik
6. Air panas walaupun di letakkan dalam Thermos cepat sgt sejuk
follow saya di IG @JN_aeos untuk gambar2 perjalanan kami































