Sambutan Hari Lahir Eqi at SchoolIbad juga menyelit skali
Advance celebration for my 1st son. 25 hari awal. Birthday sebenar dia 29 December. Sejak masuk smart reader 2 tahun ni belum sempat celebrate dgn kawan2 dia sbb bday dia jatuh masa cuti sekolah. Sy tidak mahu dia rasa terpinggir tidak pernah sekali pun sambut dgn kawan2 dia. Sebagai kenangan dia smart reader sy rancang kan sebuah sambutan utk nya.
Memang niat saya mahukan sebuah sambutan yang simple tp memorable utk teachers dan friends dia. Hampir 3 mggu sy cuba fikirkan segala2 nya. Ok la boleh la menjadi sesuatu untuk dia ingati insyaallah
Mmg dari awl eqi request nak kek crane. Lately dia sgt obsess dgn crane. Kat kl ni kan byk banguna2 under construction. Klu ada crane dia mmg sgt teruja especially tower crane. Ada cadangkan dia utk buat kek2 kartun yg agak in mcm robocar poli, tobot, Thomas & friends tp semua dia xnk. Dia nk crane jugak. Penat jugak sy memikirkan mcm mana nk buat. Nk ode kat mana. Ada ke org blh penuhi permintaan dia tu.
Akhirnya sy dpt idea utk buat tema construction. so mula cari beberapa mainan crane yg agak sesuai utk letak atas kek. Oh, sblm tu sy dh decide utk buat sndr kek. Since bahan2 dh ada. Jadi la rupa itu kek nya. Ok la teruja jugak eqi walaupun awlnya tipu dia kata buat kek kawan mama.
Menu2 lain sy ode je. Nasi goring cina xpedas sebekas pastu pudding sedut tp dlm bekas dadih. Pastu sy goreng ckit nugget.
Pastu pasal goodies antara elemen yg juga penting agak pening jugak kepala sy memikirkan. Akhirnya ini la jadinya.
Antara isi dalam dia. Roti twiggies coklat, set sudu, garfu, pisau plastic, button badge, coklat dan topeng mata yg kertas tu. Goodie tu semua buat sndr. Simple je bila mengenangkan biasa eqi pun setiap kali bwk blk goodie bag x smp sekerat hari terus rosak kemana2 dh semua brg. Utk elakkan pembaziran kita bg yg biasa2 je la
Sambutan hari lahir eqi di sekolah
Happy 1st Birthday kepada bunga hati the firzanies
11.11.2015 – maka genap la setahun umur my little angle ni. Macam sekejap je masa berlalu. Masih terngiang2 pengalaman bersalin kan puteri tunggal ni.
Alhamdulillah dia la penyeri keluarga kami. Kaletah harian yg buat saya selalu terfikir untuk menjadi surirumah sepenuh masa sbb nak tengok dia je 24 jam.
Masih belum boleh berjalan tp sudah boleh bertatih kata orang. Agak lasak bagi seorang perempuan.
Juga menjadi kesayangan abang2nya
Walaupun baru2 ini di serang demam dan virus hingga dimasukkan ke hospital pada sy normal setiap ank ada cerita dan kisah masing2. Itu perlu untuk kematangan dan pengalaman. Itu la harga untuk menjadi ibu.
Yang paling ketara untuk orked dia masih lagi ‘fully breastfeeding. Segala puji bagi Allah memberikan rezeki untuk orked membesar dgn titisan emas ini. Bab breastfeeding ni insyaallah sy akan kongsikan di post seterusnya
Ucapan untuk orked. Jadi la ank yang berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Dan doa seperti lain2 ibu semoga Orked sihat sentiasa dibawah naungan Allah SWT. Insyaallah mummy akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin.
Selamat hari lahir baby. Mummy sentiasa rindukan bauan syurga ditubuhmu
Orked admitted Pantai Hospital Ampang
Pd 15 oct lalu orked telah dimasukkan ke hospital. Sebenarnya hr itu adalah hr ke 12 orked demam. Kejam kan. Dan hampir seminggu juga orked lemah. Hanya tido.





























