2 tahun abang pergi
Padan Muka
Hanya disini tempat saya bercerita. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, ini kisah hati saya.
Cuba menjaga hati sendiri amat pedih. Tidak terhitung pujukan hati tidak terbilang takungan tangisan jiwa. Mungkin keadaan diri yang terlalu sensitif dan kebal perasaan yang teramat rapuh. Maafkan saya jikalau saya belum yang terbaik. Saya telah cuba tapi pernahkan dia juga suba menjadi yang terbaik untuk saya.
Satu malam yang agak kelam kabut sAya membawa usia kandungan 3 bulan melayan karenah suami dan anak kecil berusia kurang 2 tahun. Saya tidak pernah berhenti bekerja siang dan malam. Saya habiskan hari-hari dan waktu saya untuk keluarga. segalanya saya korbankan. Cuba Tanya saya berapa jam sehari saya berkerja. Berapa purata bulanan saya belanjakan untuk keluarga. Bila saya hiburkan diri saya. Berapa jam saya tido. Saya boleh titiskan airmata jika dikenangkan.
Tapi coretan ini bukan untuk menjawab semua itu.
Berbalik kepada satu malam itu, saya sangat berkecil hati. Saya yang alahan tidak perlu saya ceritakan atau tunjukkan kepada sesiapa susah senang menjalani trimester pertama kehamilan. Insyaallah ramai sedia maklum. Alhamdulillah juga saya masih diberi kekuaran untuk menjalani hidup hampir normal dan kekuatan mencari rezeki dan melayani kehendak keluarga sekuat yang mungkin.
Hari itu saya sarapan jam 1petang setelah sempat mencuri sedikit masa sementara menunggu kedatangan ‘rombongan cik kiah’ aka kawan-kawan saya. Saya makan tengahari jam 7 petang selepas semua tetamu beredar pulang. Saya cuba makan malam dengan 2 3 biji pisang jam 8 malam. Selesai makan malam saya melayani karenah anak lelaki comel saya. Tetapi mungkin kerana alahan + keadaan perut yang tidak stabil saya termuntah untuk pertama kali sepanjang 3 bulan janin berada diperut saya ini. Semua nya diluar kawalan.
Secara tidak langsung terkeluar satu perkataan yang amat melukakan hati saya ‘PADAN MUKA’ dari mulut sang suami. Apa perasaan saya? Hanya mampu menangis. Tidak saya faham apa maksud itu. Sampai sekarang saya masih memikirkan apa kan maksud kata-kata suami itu
Hati saya sangat terluka. Ini bukan kali pertama saya diberi penghinaan sedemikian. Buat suami, saya mohon maaf. Kerana pendapat saya padan muka itu menggambarkan saya memang harus dan sesuai untuk keadaan sedemikian. Hinanya saya.
Allah itu maha besar dan maha adil. Dia sangat Arif mengapa saya diperlakukan sedemikian. Semoga hati saya terus tabah
Di lahirkan pada 15 Dec 1948 oleh pasangan Muda dan Wook dengan nama Mat Jidin. Namun telah kembali dijemput Ilahi pada 21 Januari 2006. Semoga rohnya aman disana. amin...
Hebatnya seorang ibu
Ahad kedua bulan May setiap tahun telah dinamakan sebagai hari ibu sedunia bg utk memberi kesempatan atau kesedaran utk semua umat manusia sejagat bg memperingati mahupun mengimbas segala pengorbanan setiap insan yg bergelar ibu. Betapa mulianya insan ini. Tiada sebesar pengorbanan yang blh kita bandingkan dgn pengorbanan seorg ibu yg melahirkan dan membesarkan zuriat mereka dengan penuh daya dan kasihnya.
Saya juga seorang ibu ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pengajaran yg sy dpt sepanjang baru setahun bergelar ibu ini. Amat2 perit namun rasa ini hilang bilamana melihat senyuman seorang anak. Walau sesakit mana pun proses kelahiran telah terjadi, walau parut tidak akan hilang selamanya, walau pengalaman itu amat tragis, walau berhari ditahan di wad, walau sebaldi darah tumpah, walau 9 bulan seksa badan, walau seminggu tidak dpt tdo lena, walau bertahun lena diganggu, walau bergadai wang ringgit, walau nyawa dihujung tanduk… ajaibnya ciptaan tuhan segalanya adalah jujur dan ikhlas demi utk seorang anak amanah Allah ini. Sedar la wahai anakku. Tiada hadiah terbaik bg seorang ibu selain dari melahirkan seorang ank yg cukup sempurna dan tiada kebahagian lain yg dicari seorang ibu melainkan melihat ank tersebut senyum kepadanya. Indahnya anugerah tuhan. Aku bangga dengan gelaran ibu ini
Perjalanan keibuan sy msh panjang. Kali ini sy ingin dedikasi hari ibu ini kpd ibu sy yg amat2 sy kasihi. Tiada kata blh digambarkan dengan ibu sy ini melainkan dengan panggilan ‘IBU HEBAT’. Maha besar Allah telah mengkurniakan sy seorang ibu hampir sempurna sifatnya. Terima kasih tuhan kerana menjadikan sy ank kepada ZALIHA BINTI ABDULLAH.
Kenapa ibu sy hebat. ada beberapa criteria yg ingin sy catitkan dimuka laman ini. Namum ini hnya la sebagian shj. Walaupun berjuta org diluar sana juga mengatakan ibu mereka hebat. sy tetap mengatakan di dunia ini. Ibu sy ibu no1 utk hati sy.
Mak sy seorang ibu tunggal sejak tahun 2006. selepas kami kehilangan arwah ayah kami juga suami mak. sejak itu mak bertungkus lumus menyempurnakan segalan keperluan duniawi untuk kami walaupun pd ketika itu hanya sy dan adik sy shj yg msh dibwh tnggungannya. Kerana yang lain sudah pun berumahtangga. Namun ketika itu sy sudah pn mpunyai karier sendiri. jadi mak hanya menanggung adik sy yg ketika itu sedang belajar. secara zahirnya ya dia Cuma perlu menganggung seorang ank ppuan yg sudahkan besar remaja. Namun secara batinya. Dia harus membahagiakan kesemua anknya. 6 kesemuanya dengan pelbagai perangai. Segala bebanan dibahunya. Klu sebelum ini ada ayah sebagai tempat berkongsi suka duka sekarang mak harus menanggungnya seorang diri. Dlm diri mak kebal dgn ilmu agamanya. Hamper setiap malam mak membuat sembahyang hajat. Baca quran sehinga 2 3 pagi. Mungkin ini juga cara mak hilangkan kesunyian dia
Dulu mak bekerja sbg peniaga sy xpasti sejak bila dia bekerja kerana dari cerita2 org mak sy bekerja sejak dia mula berkahwin dgn ayah. 2 3 tahun sebelum kehilangan ayah mak sudahpun berhenti dr berniaga. Namum itu la mak sy tidak suka berdiam diri. Ada sj yg dia mahu buat. Kadang2 kami anak2 pn penat tgk mak. Tp mak sgt kuat. Segala kerja2 lelaki dia blh buat. Kesian dgn mak tp mgkn itu juga sbb kenapa mak sgt kuat.
Sgt kagum dgn mak. Sy berdoa siang mlm supaya mak mendapat kesihatan yg terbaik.Saya tahu mak ada impian dia sendiri paling tidak ingin melihat anak2nya senang.
Mak tidak suka bergambar, tidak byk cakap, sekali sekali berlawak jugak, bertahi lalat, manis didagu, kuat bekerja, xsuka menyusahkan org walaupun ank sendiri, mak duka masak. Masakan dia semua sedap. Nasi dagang dan gulai tongkol, ketupat palas, gulai ikan sungai, lempeng kepala muda, nasi minyak, nasi lemak terengganu, tumis ikan, lompat tikam, pulut kelapa, ikan goreng pn sedap. Semua sedap. Mak juga tidak suka berdendam. Apa sj org lakukan padanya hnya dianggap angin lalu. Mak juga anak yg baik utk nenek sy. selang beberapa bulan dia akan pulang ke kampung halamannya melawat ibunya.
Terima kasih mak menjaga sy dari kecil, membesarkan sy, mengajar sy, menyara saya, menghantar sy kesekolah, bersusah payah kerana sy, mskkan untuk sy, buatkan air suam utk sy mandi pg2 waktu sy sekolah rendah. Buatkan susu untuk sy waktu sy kanak2 sbb sy suka minum susu, gorengkan telur hancur untuk sy sbb sy suka makan bekal kat rmh org. paling sy ingt kami kemalangan sewaktu mak membocengkan motor dgn sy sewaktu pulang dr tadika. Kesian mak. Tp dia tabah. Mengahntar sy kesekolah menengan dikelantan, menghantar sy ke kuala Lumpur untuk masuk kolej, menemani sy keman sj, sanggup menjaga sy dalam pantang, menjaga ank sy. memujuk hati sy yg hampir pitam sewaktu ayah nazak, memenuhi apa sj keinginan mulut sy, menguruskan perkahwinan sy. penguruskan segala kenduri berkaitan sy mahupun keluarga sy
Saya rindu mak sy rindu mak. Ikuatkan hati mau sj sy terus balk ke terengganu skrg memeluk mak. Tp apa kan daya mak sy harus menjalankan kewajipan kerja2 sy disini.
Ini sj yang mampu sy coretkan kerana sys dh tdk sanggup menanggung genangan airmata yg sudak penuh dilingkaran mata.
Andai ku mampu ku ingin menyelami hatimu
Andai ku mampu ku ingin sentiasa disisimu
Andai ku mampu ku ingin bercerita denganmu
Andai ku mampu ku ingin membahagiakanmu selalu
Andai ku mampu ku ingin berikan semuanya untukmu
Andai ku mampu ku ingin kau ceritakan ku kesunyianmu
Andai ku mampu ku ingin pohon sejuta kemaafan
Andai ku mampu ku ingin balas segala jasamu
Andai ku mampu ku ingin berterima kasih lagi
Andai ku mampu ku ingin menggantikan mu
Andai ku mampu ku ingin Allah peliharakanmu
Andai ku mampu ku ingin dirimu selamanya ada
Trip ke Port Dickson (25 Mac-26 Mac 2011)- episod 2
Trip ke Port Dickson (25 Mac-26 Mac 2011) - episod 1
2nd Anniversary, tough but yet sweet
14/03/2011 – Alhamdulillah genap la 2 tahun usia perkahwinan saya dan the only Mohd Fairus Nizam yang bertakhta dihati..ceeewaahh. Segala kebahagian yang dicipta antara kami telah ditafsirkan dengan kehadiran putera permata hati pujaan kalbu kami ‘ Reefqi Azzuri Firzani’ berusia 1 tahun 2 bulan yang saban hari mengeletek kami dengan aksi2 keletahnya.

Seketika biarkan saya menjejak cerita disebalik kebahagian ini
Masih baru dan masih segar diingatan segala kesukaran dan kepayahan ditempuh sepanjang 5 tahun persahabatan terjalin sebelum kami mengambil keputusan utk mendirikan rumahtangga. Bukan satu perjalan yang mudah untuk kami terutama saya. Terlalu berliku dan terlalu sukar. Sekali lagi syukur, walaupun sukar namun berjaya saya harunginya. Bukan satu dua dugaan yang hadir sepanjang 7 tahun saya mengenali lelaki itu malah sudah beberapa kali sy di hasuti dgn anasir2 jahat yang hampir membuat sy hilang pertimbangan. Namun saya tahu dan insyaallah selamanya sy akan kekalkan untuk selamanya kami harus bersama

Syukur juga pada tuhan andai sy tidak diuji pasti saya tidak sekuat sekarang. Pasti Allah menguji kita bersebab untuk memberi kita peluang lain juga kerana Dia tahu hambaNya ini mampu mengharunginya

Kita tutup cerita sedih itu. Semua itu kita jadikan pengajaran dan pengalaman.. Byk sgt lg yang harus sy pelajari dan perbaiiki dlm ilmu rumahtangga ini. Andai dibuat satu jangkamasa pembelajaran untuk belajar iilmu ini tidak akan lengkap dengan kiraan semester dan penggal. Hingga ke akhir hayat saya harus belajar untuk menjadi isteri, sahabat, ibu dan teman yang baik utk keluarga saya.
Akhir sekali terima kasih cinta kerana sy berjaya mengucupi nikmat bercinta ini

Farewell to Mr Edward Chong Tat Huing
Secara kasarnya beliau seorang yang sangat teliti dan sgt mementingkan company ni…. hahaha. tp idia tidak sukakan protocol. Lebih gemarkan semuanya berjalan secara informal
Beliau byk membantu saya dlm karier inii direct * indirectly. Sehingga ke saat akhir dia mash fight something for me. Really appreciated that. Bos yg paling santai saya rasa. Boleh bergurau senda walaupun ada masa ketika sgt serious. Sy akan meindui teman pg sy yg say morning everytime dia bukak pintu office.
Apa2 pn saya berdoa moga dia success dlm kerjaya dia yang seteruskan. Menurut kata orang beliau akan menguruskan perniagaan di negeri kelahiran nya Sabah.. tidak pasti apa jenis perniagaan. Tp panjang umor insyaallah kita jmpa lg walaupun bunyinya seperti agak mustahil.
Apa2 pun terima kasih bos atas segalanya.
Ibuku ada 17 cucu
cucu paling baru Muhamad habibullah
yang ni about 3 bulan muhammad khairin naqib
1 year old boy
Mengimbas di awal pg 29 December 2009 yang lalu, mmg nightmare la utk kurang lbh 2 mggu slps itu. Tp bila fikir blk skrg itu adalah pengalaman paling berharga bg seorang perempuan bahkan seorang ibu. Bukan semua orang dpt merasakannya.
Buat masa skrg belum terfikir utk tambah lg seorang mgkn keadaan ekonomi yang masih terkapai2 sekarang. Biar la aku membesarkan my boy tu dulu seorang dgn penuh kasih sayang. Tiba masa insyaallah Allah akan membukakan pintu hati aku dan suami menghadiakan adik untuk e-qi
Happy bday eqi. Mama luv u so much. Not much mama mntak Cuma b a gud boy forever. Eqi terlalu kecil utk meminta berlebih2. buat masa skrg aku rasa dia dh jadi yang terbaik. Jarang menyusahkan aku dan suami dan teramat2 buat hidup kami berseri2
Sempena hari lahirnya smlm aku bawa dia dan suami makan di keny rogers walaupun tidakla dia paham segalanya tp aku harap he know that yesterday was special day.
Papanya pula menghadiahkan sebuah kereta beremote control utk dia. TQ papa
Reefqi Azzuri Firzani
Dah lama x update blog ni. sejak give birth to my luvly prince. aku bukak cerita tahun ni dgn about my hero
REEFQI AZZURI FIRZANI BIN MOHD FAIRUS NIZAM was born on 29/12/2010 after 10 strugle hours in labour room. Thank god finally cam make it as normal delivery


whatever it is.. i luv him so much... mmmuahhh... i'll do anything for you sayang
Menjelang minggu ke-34
Bermacam2 cerita berlegar dlm fikiran aku. Setiap hari belajar dan dapat tahu benda baru pasal bersalin, baby dan to be a mama. Dan hari2 yg dialalui pn penuh dgn debaran. Sebetulnya masih jauh perjalanan aku di alam kehamilan ni. aku anggarkan lebih kurang sebulan lagi masa aku bersama baby dalam kandunganku tp aku harus bersedia dari segi mental dan fizikal kerna segala2nya xmustahil blh berlaku dan kata org diakhir2 minggu ni amat penting. Aku juga ingin menikmati minggu2 terakhir ini dengan penuh keistimewaan. Kita tidak mampu menjangkaka segala menungkinan yg akan berlaku maksud aku mungkin kan ini adalah satu2nya pengalaman aku. Mungkin kan aku berpeluang lagi merasai nikmat alam kehamilan ini dikemudian hari. Nauzubillah aku bukan mendoakan yang buruk2 tapi disebalik kegembiraan yang terbayang dimata ini aku juga harus sedar segala perancangan yang dibuat pasti dengan restu yang maha Esa. Aku mohon agar dijauhkan segala kesulitan dan keburukan dalam proses bersalin ku kelak. Seperti ibu2 lain aku juga ingin dan mendoakan segala yang terbaik utk zuriat ku ini. Ini adalah tanda cinta dan kasih ku pada suami ku. Ini adalah pelengkap kebahagiaan perkahwinan kami insyallah







