Powered by Blogger.
RSS

Trip ke Port Dickson (25 Mac-26 Mac 2011) - episod 1







Percutian jangka pendek yang amat menyeronokkan. Especially seronok bila dpt keluar dari kesesakan kuala Lumpur sekali sekala. Dan keseronokan ini tambah berganda bila melihat heroku bagai amat menghargai setiap moment berada disana.


Memilih ke Port Dickson selepas mencari beberapa tempat2 menarik lain hanya utk satu malam ingin pergi jauh dr rumah dan segala tugas2 dan kerja2 seharian. Merancang seawall March lalu sewaktu kononnya ingin meraikan ulangtahun ke 2 perkahwinan kami terkebetulan babysitter anakku mohon bercuti pada 25 Mac untuk menghadiri perkahwinan relative nya. Jadi ini la masa yang sesuai untuk saya mencari sedikit ketenangan.


Selepas mencari beberapa info dalam forum.cari mengenai tempat2 percutian dia PD. Saya terpanggil untuk melawat laman blog tiarabeachmurah.blogspot.com dan berinteraksi dengan pemiliknya ana_musa yang terkebetulan online diwaktu itu. Setelah berbincang segala nya. Akhirnya saya menempah bilik studio F-3-22 dengan ana-musa.


Tiba di Tiara beach lingkungan jam 12 tengahari itu pun setelah delay gara2 beratur panjang sewaktu membeli breakfast di mc’donald pagi 25 Mac itu. Sy di arahkan bertemu mak cik misyatin iaitu pemegang kunci kepada bilik F322 itu.


Jam 1++ sy sudahpn dibenarkan check in Tiara disebabkan hari sebelumnya tiada penghuni. Keselesaan amat terasa dibilik tersebut. Segala kemudahan asas disediakan. Rasanya tidak salah jugak sy memilih Tiara beach Resort sebagai destinasi percutian pertama kami dia port Dickson ini. Seakan malas keluar bilik bila di belai dengan suasana dingin air-cond ditambah bila melihat suasana diluar yang amat panas. Mahu sj kami melelapkan mata seketika. Menjenguk ke luar bilik dapat menyaksikan terus permandangan ke ‘water park’ amat2 strategik.


Bila kenangkan waktu terus berjalan dan kami harus bergerak untuk tidak membuang masa hanya dibilik. Kami bergerak ke blue lagoon. Namun hampa rupanya tiada apa pun disini. Mungkin kami telah tersalah tempat ataupun tersalah hari. Yang ada Cuma bebrapa krew produksi yang sedang menjalan pegambaran. Kedai pun Cuma 1 sahaja yang dibuka. 1 kedai makan dan 1 kedai brg2 mandi. Air kelihatan amat surut. Terdapat beberapa org seakan sedang mengutip sesuatu.




.............. bersambung.......................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: