Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni entri pasal jalan2 lagi. Tapi kali ni jauh ckit.
Sepertimaba diakui ramai industri perlancongan di Sibu Sarawak agak jauh ketinggalan berbanding Kuching. Jadi bila dah sampai sini pandai2 la explore kawasan sekitar untuk lebih menarik. klu x memang sangap 2 minggu duk Sibu.
Diberitau perihal Pantai Kelawai oleh ipar duai saya, so kami cari 1 hari untuk kesana. actually x la sehari pun sepetang je
Bergerak kesana dari Kampung Bandong Sibu jam 2 petang. Dalam perjalananan sbg passengger sy byk tido aje. hihihi.. kami gunakan applikasi waze ke sana menunjukkan destinasi kami lebih 100km.
Untuk pengetahuan Kelawai ini jalan menghala ke Tanjung Manis. cuma dipisahkan oleh satu simpang hujung2.
Jalan pun banyak melompat2 dan akan melalui byk jambatan2 tinggi.
Sampai sana dlm 3 lebih. Nampak beberapa org tengah angkut atv masuk ke kawasan pantai
Sebagai seorang yg selalu menikmati pantai biru terengganu saya boleh katakan persisir pantai ni biasa2 saje cuma memandangkan kami dah beberapa hari terperap jauh dari kawasan riadah boleh la kan
bentuk buaya yg disiapkan pengunjung sebelum kami
pasir dia sangat2 halus dan jgn risau klu pakaian anda kotor terkena pasir ni. sgt mudah cuci bila kering. akan tanggal dgn sendirinya
disebabkan pasir yg halus kat sini sgt sesuai dibuat istana pasir. apalagi dengan jarak pesisir dgn ombak agak jauh.mmmg klu buat pertandingan istana pasir pn sgt sesuai.. ohh. alangkah besnya klu sy dpt buat sebuah resort di sini
untuk naik ATV dikenakan caj yg berpatutan iaitu RM10 untuk 10 minit.klu nk amek 20 minit boleh 30 minit boleh. tmbh la duit
lepas mandi pantai ada disediakan tandas untuk mandi juga dikenakan caj RM1 untuk mandi dan 30 sen untuk tandas. tp tandas dia biasa2 je la. kampung stlye. setau saya resort ini kepunyaan org perseorangan jadinya jangan la expert mcm berbintang2 ye.
mcm ni la pasir tu. halusss je
juga terdapat sebuah kedai makan. kami minum je di situ. harga pun berpatutan.
last but not least ada terdapat kolam untuk kanak2 berendam dan bermain. simple tp bg impact agak besar pada tempat ini. juga dikenakan sedikit bayaran masuk serendah rm2 sahaja
Ni tempat main budak2. klu xnk mandi pantai boleh berendam kat sini
ini laluan masuk ke resort ni. biasa2 je
parking percuma disediakan. betul2 tepi jalan. cuma agak limited la. masa kami pegi bukan la weekeend jadi senang nk park tp rasanya kalau weekend boleh penuh
seperti biasa pada yang berminat mengikuti saya di laman sosial boleh la follow saya di IG @JN_aeos
0 comments:
Post a Comment