Powered by Blogger.
RSS

Adam & Hawa - Adam Mukhriz

Jom kita cerita pasal adam & hawa nak. Sebut saja nama adam terus rasa bahagia apatah lagi bila sebut nama AM. Terus gugur jantung saya. Benar-benar jatuh cinta dengan karakter yang di bawa oleh aaron aziz dalam telenovela igauan ramai ini.

Tidak perlu la saya bercerita lanjut mengenai kisah adam & hawa ini. Sedikit gambar2 koleksi untuk dijadikan tatapan. Harap maaf kerana kebanyakan gambar nya adalah gambar adam. alangkah bahagianya wanita yang benar2 mempunyai pasangan sesempurna adam

Mulai hari ini saya akan cuba review kisah Adam dan Hawa ini berdasarkan drama bersiri itu secara mingguan. Untuk intro jom kita cuci mata dengan gambar-gambar especially Adam Mukhriz

ini la novel asal tulisan Aisya Sofea


Sang juruterbang hensem Adam Mukhriz


antara scene meleleh/melting di minggu-minggu awal ditayangkan


scene di Perth, Australia


aksi menarik di Mekah ketika mereka mengerjakan umrah





Faces of Adam Mukhriz. Ok lepas ni kalau ada gambar-gambar menarik lagi saya akan kongsikan k.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang kutahu cinta itu indah

Lagu  “Yang  kutahu  cinta  itu  indah  feat.  nagita  slavina”
Artis  “Afgan”

Tak  pernah  aku  membaYangkannya
Bila  insan  sedang  patah  hati
Kali  ini  ku  rasakan  sesungguhnya

Siang  hari  ku  bagaikan  malam
Pelangi  pun  berwana  kan  gelap
ini  kah  Yang  di  namakan  patah  hati

Tak  ingin  ku  jalani  cinta  Yang  begini
Yang  Kutahu  cinta  itu  indah
Tak  ingin  ku  rasakan  jiwa  Yang  tak  tenang
ku  mau  kau  tetap  disisiku

Siang  hariku  bagaikan  malam
Pelangi  pun  berwarnakan  gelap
ini  kah  Yang  dinamakan  patah  hati

Tak  ingin  ku  jalani  cinta  Yang  begini
Yang  Kutahu  cinta  itu  indah
Tak  ingin  ku  rasakan  jiwa  Yang  tak  tenang
ku  mau  kau  tetap  disisiku

dan  tak  ingin  ku  rasakan
Jiwa  Yang  tak  tenang
ku  mau  kau  tetap  disisiku

Siang  hariku  bagaikan  malam

Pelangi  pun  berwarnakan  gelap


** satu lagi lagu kegemaran saya. tetapi setakat ini saya belum mendengarnya dimainkan diradio yang biasa saya dengar ini (pastinya era). lagu ini merupakan antara lagu yang selalu dimainkan didalam telefilem fenomena Adam&Hawa

* ok pas ni saya akan kongsikan mengenai cerita Adam&Hawa ye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hilang Naluri


Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan


Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku


Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku
  Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia
berharaplah


Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh


Matilah kau
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia


*anatara lagu favorite saya masa sekarang. sungguh menusuk kalbu dan dramatik lagunya. walau pun ada sesetengah pihak kurang menggemari liriknya yang agak kasar bahasanya. namun saya boleh menerima dan pada saya itu memang bahasa orang kecewa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penipuan Voucher Lim Tayar

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya pertama kali menggunakan perkhidmatan Lim Tayar. Di harap ini adalah kali terakhir saya menggunakan service mereka.

September lepas saya telah tertarik dengan Discount voucher yang ditawarkan oleh Lim Tayar menerusi laman Group On. Dengan hanya RM25 saya akan mendapat service yang bernilai RM180. 86% discount. Disamping percuma payung (complimentary gift katanya..)



Dan pada  13/10/2012 saya telah ke pusat service yang sepatutnya dengan voucher yang bernilai RM180 saya sangat teruja kerana pastinya service kereta saya kali ini agak murah kerana telah ditolak RM180

Tetapi agak dukacita bila akhirnya saya dikenakan RM463.10. Dengan hanya minority service ini adalah caj paling mahal saya pernah bayar tanpa pertukaran sebarang major spare part. Dan tambah malang alignment & balancing bayar sangat2 worst. Makin teruk dari sebelum di hantar. Sudahnya dengan customer service yang sangat tidak memuaskan. Semuanya serba saya tidak suka.



Saya tidak berpuas hati dengan redemption voucher discount saya bila hanya ditolak rm25 sahaja didalam resit. Pekerja disitu mengatakan ini kerana saya membli voucher itu dengan harga RM25 walaupun tertera di voucher bernilai RM180. saya langsung menelefon LIM TAYAR marketing officer seperti diberikan supervisor berkenaan. Saya meminta mereka fax kan saya senarai penuh service yang dibuat yang menunjukkan RM180 itu telah dibuat keatas kereta saya. Malangnya sehingga hari ini saya tidak menerima senarai tersebut. Tetapi beberapa kali officer mereka menelefon saya untuk membuat temujanji. Saya tidak akan melayan mereka kerana pada saya mereka telah menipu saya. Dan saya Cuma mau mereka menyenaraikan service rm180 tersebur kerana dia dalam resit pembayaran saya langsung tidak disebut rm180 yang ada Cuma rm25.


Salah seorang marketing mereka mengatakan rm180 itu untuk 3 benda iaitu alignment, balancing & payung. Logic ke? memang sangat penipu.

Dan salah seorang supervisor di pusat service pula mengatakan voucher tersebut sebenarnya memang untuk rm25 sahaja. itu rm180 ‘saja-saja tulis’

Dengan ini saya memang tidak akan menggunakan lagi service lim tayar ini. Sangat penipu. Malah beberapa rakan-rakan saya juga telah beberapa kali tertipu oleh lim tayar ini

Semoga diluar sana anda berhati-hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Padan Muka

Hanya disini tempat saya bercerita. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, ini kisah hati saya.

Cuba menjaga hati sendiri amat pedih. Tidak terhitung pujukan hati tidak terbilang takungan tangisan jiwa. Mungkin keadaan diri yang terlalu sensitif dan kebal perasaan yang teramat rapuh. Maafkan saya jikalau saya belum yang terbaik. Saya telah cuba tapi pernahkan dia juga suba menjadi yang terbaik untuk saya.

Satu malam yang agak kelam kabut sAya membawa usia kandungan 3 bulan melayan karenah suami dan anak kecil berusia kurang 2 tahun. Saya tidak pernah berhenti bekerja siang dan malam. Saya habiskan hari-hari dan waktu saya untuk keluarga. segalanya saya korbankan. Cuba Tanya saya berapa jam sehari saya berkerja. Berapa purata bulanan saya belanjakan untuk keluarga. Bila saya hiburkan diri saya. Berapa jam saya tido. Saya boleh titiskan airmata jika dikenangkan.

Tapi coretan ini bukan untuk menjawab semua itu.

Berbalik kepada satu malam itu, saya sangat berkecil hati. Saya yang alahan tidak perlu saya ceritakan atau tunjukkan kepada sesiapa susah senang menjalani trimester pertama kehamilan. Insyaallah ramai sedia maklum. Alhamdulillah juga saya masih diberi kekuaran untuk menjalani hidup hampir normal dan kekuatan mencari rezeki dan melayani kehendak keluarga sekuat yang mungkin.

Hari itu saya sarapan jam 1petang setelah sempat mencuri sedikit masa sementara menunggu kedatangan ‘rombongan cik kiah’ aka kawan-kawan saya. Saya makan tengahari jam 7 petang selepas semua tetamu beredar pulang. Saya cuba makan malam dengan 2 3 biji pisang jam 8 malam. Selesai makan malam saya melayani karenah anak lelaki comel saya. Tetapi mungkin kerana alahan + keadaan perut yang tidak stabil saya termuntah untuk pertama kali sepanjang 3 bulan janin berada diperut saya ini. Semua nya diluar kawalan.

Secara tidak langsung terkeluar satu perkataan yang amat melukakan hati saya ‘PADAN MUKA’ dari mulut sang suami. Apa perasaan saya? Hanya mampu menangis. Tidak saya faham apa maksud itu. Sampai sekarang saya masih memikirkan apa kan maksud kata-kata suami itu

Hati saya sangat terluka. Ini bukan kali pertama saya diberi penghinaan sedemikian. Buat suami, saya mohon maaf. Kerana pendapat saya padan muka itu menggambarkan saya memang harus dan sesuai untuk keadaan sedemikian. Hinanya saya.

Allah itu maha besar dan maha adil. Dia sangat Arif mengapa saya diperlakukan sedemikian. Semoga hati saya terus tabah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

At last, our house

ini la rumah original masa sign S&P. mmg standard without major enhancement. because dulu rumah ni disewa oleh budak2 tomboy. agak teruk rumahnya. tapi sebab murah ok je la. mana lagi nk cari rumah harga macam ni kawasan ampang kan



after bout 9 months menunggu akhirnya kami telah berhak ke atas rumah ini. hari berikutnya kami meneruskan procedure mengubahsuai bermula dari lesen MPAJ by kontraktor hingga la ke last touch up. amek masa sebulan dan agak tinggi kosnya



sekitar renovation menggunakan beberapa pekerja dengan sorg kontraktor (fullhouse management & services) dan beberapa sub kontraktor.




boleh dikatakan 80% menepati apa yang saya mahu berpadanan dengan kos mampu saya



cat dalaman menggunakan jenama seamaster dan luaran jenama Jotun Shield

seluruh tingkap (satu rumah) ditukar ganti. gril juga ditukar, cat seluruh rumah luar dan dalam, polish lantai atas bawah, simple cornice, kitchen kabinet (table top ready), pecah 3 tingkap depan jadikan main door 2 panel.


pilihan warna luar adalah cadangan kontraktor






maaf kami selepas siap sepenuhnya belum sempat di snap. insyaallah one day saya cuba amek gambar rumah itu. sekarang disini la kami menetap dan akan membesarkan anak kami disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keikhlasan dan doa seorang kawan


Awal pagi tadi semalam saya terdengar renungan di radio pagi mengenai tips untuk menjadi insan cemerlang adalah ikhlas dan doa kita kepada kawan. Saya terpanggil untuk mengulas lebih lanjut. Saya juga kurang pasti di mana saya, samada insan cemerlang samada seorang yang ikhlas samada seorang yang suka mendoakan kebaikan atau mungkin keburukan kawan sendiri. namun memang saya akui saya bukan la seorang yang sangat maksum sesempurnanya sebagai seorang kawan.ada kalanya saya harus dan perlu hipokrik demi menjaga hati kawan dan rakan yang lain.

Alhamdulillah saya mempunyai agak ramai kawan. Walaupun jika dibanding didalam laman facebook sy bukan antara yang mempunyai paling ramai kawan mungkin kerana saya bukan artis tapi sekurang-kurangnya walaupun sekadar 200 orang rakan hampir kesemuanya masih boleh dihubungi dan saling mengambil berat berbanding sesetengah nya yang mempunyai ribuan malahan ada yang mencecah jutaan rakan tp berapa orangkan yang betul-betul rakan di laman reality juga.

Dan sebagai seorang wanita berkerjaya dan mempunyai perniagaan sendiri (walaupun kecil kecilan) saya harus berkawan dengan semua orang. Saya memang gemar berkawan tapi batas had seorang kawan masih saya berjaga-jaga. Seperti artikel sy sebelum ini mengenai rakan karib jadinya saya berhati-hati untuk mengangkat seseorang menjadi seorang rakan karib

Ingin saya menyentuh sedikit disini mengenai keikhlasan seorang rakan. Sebagai peniagawati saya dikelilingi rakan yang juga pesaing-pesaing saya. Memandang satu persaingan yang sihat sebagaimana pernah diucapkan seorang sifu sedikit masa dulu. Rezeki Allah ini luas dan besar. 1 yang kita beri Allah akan bukak kita lg pintu rezeki yang lg besar. dengan itu saya sentiasa sematkan keikhlasan dalam berkongsi segala ilmu yang ada dalam segala bidang dengan seikhlas mungkin semoga pintu rezeki saya dibuka lebih besar. Alhamdulillah. Untuk tidak berkira dengan rezeki Allah saya dipermudahkan dalam mencari rezeki lain. tetapi saya agak terkilan bilamana keikhlasana saya mula disalahguna dan diperkotak katikkan orang. Selama ini sy sentiasa sabar sy ‘pejam mata’ dengan isu-isu kecik pendapat saya ini semua kebetulan duniawi tp makin lama dirasakan makin melampau dan terasa saya dipergunakan. Sejujurnya sy bangga menjadi antara pencetus idea kepada kejayaan kawan tetapi rasa terkilan bila kejayaan orang itu adalah secara singkat. Memang kawan tidak jatuhkan saya malah insyaallah langsung tidak menggugat sebarang perjalanan saya Cuma hati saya terluka dan terkecil hati mengenang masih ada kawan yang langsung tidak menghargai keikhlasan yang diberikan selama ini

Apa-apa pun sy tetap mendoakan kawan-kawan. Walau tercuitnya hati saya dengan sikap kawan ini saya tetap mendoakan kawan saya ini dilimpahkan rezeki yang tidak putus dr yang Esa. Saya halalkan segala apa yg telah diberikan dulu Cuma akan datang saya akan pertimbangkan untuk menjadi lebih ‘kedekut’ dalam memberi kerana tidak mahu lagi saya dipijak-pijak. Pesan saya juga kepada mereka-mereka yang menjadi pesiang saya dalam masa yang sama rakan. Saya ini amat gemar perbincang dan berkongsi segala ilmu yang ada kerana denga berkongsi ilmu itu akan lebih cepat berada di kepala kita. tetapi tolong hormati ilmu yang diberikan kerana ada kalanya untuk mendapatkan sesuatu saya terpaksa mengkaji berbulan-bulan dan hingga mengeluarkan kos yang besar dan adakalanya terseksa zahir dan batin untuk mendapatkan kesempurnaan dalam keinginan produk sendiri. tolong hormati usaha orang. Saya faham perasaan bila ada yang mengagumi atau menjadikan seseorang itu idola atau ikutan atau apa sahaja tetapi tidak perlukan sehingga segala-galanya harus di tiru. Jadi diri anda, dan cari keistimewaan product anda sendiri

Tidak saya katakan semua kerana ada beberapa kawan yang benar-benar ikhlas juga adalah pesaing saya malah saya kagum bila kami boleh berbincang kea rah menjana dan memantapkan perniagaan masing-masing sambil langsung tidak menyentuh perniagaan masing-masing. Maknanya perbiancangan kami sentiasa berasas kepada membina dan menjadi lebih baik. itu adalah beza nya niat seseoang dalam bersahabat saya kira. Bila mana terkadang kita pernah cuba mahu berkawan dengan seserang kerana mahukan sesuatu atau ingin memberi sesuatu.. terpulang..

Satu mohon saya doakan saya bahagia dunia dan akhirat. Inyaallah. Harap maaf andai entry ini agak sinis

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS