Powered by Blogger.
RSS

Nikmat Kelahiran

Musim org bersalin agaknya sekarang ni kan. Ramai betul kawan2 aku yang bersalin sebulan dua ni. aku pulak yang cuak bila dgr cerita2 ni. kat sini aku nak cerita pasal kwan-kawan aku yang dh selamat bersalin, sambil2 berdoa aku pn nanti dipermudahkan segala urusan bersalin ni..

Bermula dengan kak su. Kak su ni actually kawen dgn cousin husband aku. Tp disebabkan keakraban kitorg aku dh anggap dia macam keluarga sendiri dah. Selamat melahirkan baby girl pada 26 July yang lalu. Kalau diikutkan expected due date dia 8 ogos. Tp skrg ni aku dgr ramai betul beranak awal termasuk la kak su. Baby dia diberi nama Siti Airish NurKasih. Nama dia diberi selepas 13 hari melahirkan. Masa pregnant and scan doctor sahkan anak dia lelaki so. Mmg confident la dia cari nama lelaki je siap beli baju lelaki lagi. Tuhan maha besar bila keluar je perempuan. Meraban jgk la dia mencari nama anak perempuan. Nama Airish tu adalah salah satu nama pilihan berada dlm simpanan aku. Tp.. xpe la. kak su dah amek nnt aku cari nama lain. Ikukan hari tu aku nak letak nama MIA IRIS FIRZANY kalau anakku perempuan. Tp sekarang aku dah cari nama beberapa nama lain. Jgn ingt nama IRIS tu x de makna tau. Iris tu maknanya sekuntum bunga dalam bahasa Sanskrit





Lepas tu kisah Si Liza. Kawan satu ofis aku. Bersalin pada 9 ogos yang lalu. Baby boy diberi nama Afif Amsyar (Gambar). Kadng2 bila xcaya dulu aku kehulu kehilir dengan liza yang tengah sarat dalam perut dia ada baby ni. besarnya keajaiban tuhan. Dalam masa Cuma berbelas2 hari dia sudah cukup membesar. Aku belum berkesempatan bertemu mata dgn Afif. Liza berpantang di kampong mertua dia dia Tanjung Karang.

Nikmatnya hidup menjadi seorg ibu. Tp mereka semua sudah lama bergelar ibu. Ini pengalaman kesekian kalinya mereka. Tp aku.. dalam keterujaan menjadi ibu masih menebal perasaan takut dan tiada self-confident. Macam tak percaya. Mampu kah aku. Hanya doa yang mampu kupanjangkan agar aku tabah dan tenang dalam setiap hari ku.

Ya Tuhan… Padamu aku bermohon, pemudahkan lah segala perjalan hidup dan urusan harian ku menempuh perjalanan hari mu sepertimana kau mempermudahkan urusan ibu dan sahabat Rasulullah SAW

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: