Powered by Blogger.
RSS

Cuti Gong xi Fa chai

1st day msk keje slps bercuti sempena sambutan tahun baru cina. Sebenarnya xde la lama sgt sy bercuti, klu kira keje last week 1 hari je annual leave. Tp since CNY ni jatuh hari khamis dan jumaat seakan lama je cuti. bila cuti lama biasa la blk terengganu la. seronoknya jumpa semua mak, keluarga semua especially anak buah baru ku Muhammad Khairin Naqib. Sungguh semangat budak tu. bygkan umor dia baru 2 bulan tp dh pakai baju utk baby 6-12 bulan.

Bertolak blk terengganu pada 02.02.2011 (rabu) yang lepas selepas menyiapkan semua order org. Bergerak dr kl pukul 11 pagi singgah isi minyak dan sbgnya dan singgah rumah kekanda kesayangan ku angah di kemaman sambil hantar carrot cake kegemaranku itu. Tiba di felda kesayanganku jam 8 malam. Seronok dpt jumpa semua

Keesokan harinya pegi melawat pakcik ku yang sakit di hospital nur zahirah kuala terengganu. Sedih melihat kesakitan yang ditanggungnya. Sakit jantung lelah dan mcm2 lg. namun aku kagun ayat suci terus dibaca dan xlekang dr mulutnya. Dan mlm itu juganya beliau telah dijemput kerahmatullah. Innalillahiwainnahilaihirrajihun. Drnya kita dtg dan kpdnya jg kita kembali. Allah amat menyayanginya. Meninggalkan seorang balu dan seorang anak tunggal lelaki. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Namun aku amat mengasihi beliau apatah lagi beliau adik arwah bapaku yang amat rapat dan beliau sendiri amat mirip rupa arwah bapaku… al fatihah

Jumaat 04.02.2011. dirumahkau diadakan majlis cukur jambul naqib cum membayar nazar abangku sempena mendapat baby boy nye. Sungguh sedap gulai kambing itu. Aku jatuh cinta tp aku tetap mengawal nafsu mkn ku drpd terus membesarkan badan..ahaks. ptgnya aku melawat keluarga arwah pak cik ku. Razali bin Muda. Yang meninggal di usia 61 tahun

Sabtu 05.02.2011, bertolak balik ke Kl Lumpor jam 9 pg. tiba di KL jam 8 mlm. Kelambatan berpunca dr beberapa pennyinggahan..hehehe

Sorry xbergambar langsung blk kg kali ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: