Powered by Blogger.
RSS

Trip ke Port Dickson (25 Mac-26 Mac 2011)- episod 2





Akhirnya kami pulang ke Tiara. Kami membeli waistband untuk kebenaran bermain di water park. Untuk membeli waistband ini perlukan sedikit trick rupanya. Bg kami yang 2 dewasa dan 1 kanak2 bwh 5 tahun. Sepatutnya tiket untuk dewasa adalah rm30 sekepala dan kanak2 bawah 5 tahun rm5. tp dengan membawa anak ini ke kaunter dengan rm5 akan mendapat 2 waistband untuk jumaat dan sabtu (berlainan kaler). sbnrnya waistband itu adalah untuk penjaga. Jadi anak td tidak perlu memakai waistband dan si penjaga tidak perlu membeli waistband lain lg. jadi sy Cuma perlua mencari 1 lagi waistband untuk suami sy. kebetulan mak cik misyatin td ada menawarkan waistband ini dgn harga rm10 sekeping. jadi secara keseluruhan sy Cuma membayar rm25 utk bermain dewater park ini. such a good deal



Sepetang bermain. Anak sy pun mula bosan bila dah menjelang petang bila pengunjung pun makin ramai. mgkn kebetulan hari yang sama andaian sy ada 2 kumpulan pelajar/remaja menginap di tempat yang sama. dr pemerhatian terdapat lebih 2 buah bas parking di tiara.Tapi tidak la seramai weekend memnadangkan itu adalah jumaat.. hamper 2 jam berendam kami pulang kebilik merehatkan badan sambil2 memikirkan menu malam kami. melalui info dari internet terdapat beberapa cadangan tempat yang blh dicuba. Antaranya nasreen songkla seafood. Medan selera nelayan, mutiara seafood dan beberapa lagi.


Akhirnya kami memilih nasreen songkla seafood. Rasanya pemilihan kami tidak salah. Makananya sedap dan service sgt cepat. Kami order nasi putih 3, air milo dan horlick, siakap 2 rasa,cendawan goreng telur, telur dadar, tom yam campur. Semua sekali berjumlaj rm60. pada saya cukup berbaloi. Namun dek kerana ketidakselesaan anak sy terpaksa meninggalkan restoren tersebut secepat mungkin. Diingatkan kepada sesiapa yang berhajat nmencuba restoren ini diingatkan datang seawall mgkin terutama dimalam minggu dan cuti umum. Dipahamkan biasanya seawall jam 8 malam org dh mula memenuhi semua meja.



Bila perut sudah kenyang axtivity seterusnya adalah tido. Tidak perlu disuruh, sorong bantal kepala sudah dihanyut mimpi. Sesedarnya besok pg. pagi ini kami Cuma bfast dengan megi yang dibeli dikedai serbaneka dihadapan Tiara ini malam tadi. Dengan sedikit kek bekal dari kuala Lumpur dan keropok jajan cukup utk mengisi perut untuk ke kolam lagi pagi ni.


akan bersambung................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trip ke Port Dickson (25 Mac-26 Mac 2011) - episod 1







Percutian jangka pendek yang amat menyeronokkan. Especially seronok bila dpt keluar dari kesesakan kuala Lumpur sekali sekala. Dan keseronokan ini tambah berganda bila melihat heroku bagai amat menghargai setiap moment berada disana.


Memilih ke Port Dickson selepas mencari beberapa tempat2 menarik lain hanya utk satu malam ingin pergi jauh dr rumah dan segala tugas2 dan kerja2 seharian. Merancang seawall March lalu sewaktu kononnya ingin meraikan ulangtahun ke 2 perkahwinan kami terkebetulan babysitter anakku mohon bercuti pada 25 Mac untuk menghadiri perkahwinan relative nya. Jadi ini la masa yang sesuai untuk saya mencari sedikit ketenangan.


Selepas mencari beberapa info dalam forum.cari mengenai tempat2 percutian dia PD. Saya terpanggil untuk melawat laman blog tiarabeachmurah.blogspot.com dan berinteraksi dengan pemiliknya ana_musa yang terkebetulan online diwaktu itu. Setelah berbincang segala nya. Akhirnya saya menempah bilik studio F-3-22 dengan ana-musa.


Tiba di Tiara beach lingkungan jam 12 tengahari itu pun setelah delay gara2 beratur panjang sewaktu membeli breakfast di mc’donald pagi 25 Mac itu. Sy di arahkan bertemu mak cik misyatin iaitu pemegang kunci kepada bilik F322 itu.


Jam 1++ sy sudahpn dibenarkan check in Tiara disebabkan hari sebelumnya tiada penghuni. Keselesaan amat terasa dibilik tersebut. Segala kemudahan asas disediakan. Rasanya tidak salah jugak sy memilih Tiara beach Resort sebagai destinasi percutian pertama kami dia port Dickson ini. Seakan malas keluar bilik bila di belai dengan suasana dingin air-cond ditambah bila melihat suasana diluar yang amat panas. Mahu sj kami melelapkan mata seketika. Menjenguk ke luar bilik dapat menyaksikan terus permandangan ke ‘water park’ amat2 strategik.


Bila kenangkan waktu terus berjalan dan kami harus bergerak untuk tidak membuang masa hanya dibilik. Kami bergerak ke blue lagoon. Namun hampa rupanya tiada apa pun disini. Mungkin kami telah tersalah tempat ataupun tersalah hari. Yang ada Cuma bebrapa krew produksi yang sedang menjalan pegambaran. Kedai pun Cuma 1 sahaja yang dibuka. 1 kedai makan dan 1 kedai brg2 mandi. Air kelihatan amat surut. Terdapat beberapa org seakan sedang mengutip sesuatu.




.............. bersambung.......................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS