Powered by Blogger.
RSS

Pantai Belawai, Sarawak


Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni entri pasal jalan2 lagi. Tapi kali ni jauh ckit.
Sepertimaba diakui ramai industri perlancongan di Sibu Sarawak agak jauh ketinggalan berbanding Kuching. Jadi bila dah sampai sini pandai2 la explore kawasan sekitar untuk lebih menarik. klu x memang sangap 2 minggu duk Sibu.

                                           
Diberitau perihal Pantai Kelawai oleh ipar duai saya, so kami cari 1 hari untuk kesana. actually x la sehari pun sepetang je

Bergerak kesana dari Kampung Bandong Sibu jam 2 petang. Dalam perjalananan sbg passengger sy byk tido aje. hihihi.. kami gunakan applikasi waze ke sana menunjukkan destinasi kami lebih 100km.

Untuk pengetahuan Kelawai ini jalan menghala ke Tanjung Manis. cuma dipisahkan oleh satu simpang hujung2.

Jalan pun banyak melompat2 dan akan melalui byk jambatan2 tinggi.

Sampai sana dlm 3 lebih. Nampak beberapa org tengah angkut atv masuk ke kawasan pantai

Sebagai seorang yg selalu menikmati pantai biru terengganu saya boleh katakan persisir pantai ni biasa2 saje cuma memandangkan kami dah beberapa hari terperap jauh dari kawasan riadah boleh la kan

                                                 bentuk buaya yg disiapkan pengunjung sebelum kami


pasir dia sangat2 halus dan jgn risau klu pakaian anda kotor terkena pasir ni. sgt mudah cuci bila kering. akan tanggal dgn sendirinya



disebabkan pasir yg halus kat sini sgt sesuai dibuat istana pasir. apalagi dengan jarak pesisir dgn ombak agak jauh.mmmg klu buat pertandingan istana pasir pn sgt sesuai.. ohh. alangkah besnya klu sy dpt buat sebuah resort di sini

untuk naik ATV dikenakan caj yg berpatutan iaitu RM10 untuk 10 minit.klu nk amek 20 minit boleh 30 minit boleh. tmbh la duit

lepas mandi pantai ada disediakan tandas untuk mandi juga dikenakan caj RM1 untuk mandi dan 30 sen untuk tandas. tp tandas dia biasa2 je la. kampung stlye. setau saya resort ini kepunyaan org perseorangan jadinya jangan la expert mcm berbintang2 ye.



mcm ni la pasir tu. halusss je



juga terdapat sebuah kedai makan. kami minum je di situ. harga pun berpatutan.




last but not least ada terdapat kolam untuk kanak2 berendam dan bermain. simple tp bg impact agak besar pada tempat ini. juga dikenakan sedikit bayaran masuk serendah rm2 sahaja

Ni tempat main budak2. klu xnk mandi pantai boleh berendam kat sini

jadi kepada sesiapa yang kebetukan bercuti di Sibu atau Sarikei atau sewaktu dengannya boleh la singgah ke sini untuk menambahkan koleksi gmbar anda

                                                                      ini laluan masuk ke resort ni. biasa2 je 


parking percuma disediakan. betul2 tepi jalan. cuma agak limited la. masa kami pegi bukan la weekeend jadi senang nk park tp rasanya kalau weekend boleh penuh

seperti biasa pada yang berminat mengikuti saya di laman sosial boleh la follow saya di IG @JN_aeos

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Natasya Resort Cameron Highland

seperti pos sebelum ini sy ceritakan kisah trip kami ke Cameron Highland. Post ni sy dedicate special untuk Natasya resort.

Natasya ini dimiliki sepenuhnya oleh pemilik melayu bumiputera. kalau anda masih ingt skincare product Natasya yg terkenal dgn sabun papaya dia tu. atau senang cerita bekas ibu mertua Jimmy Shanley tu. hah Natasya tu la

meh sini nk cerita perihal natasya ni:

1. located di Brinchang, daerah lain dari Tanah Rata. sebuah daerah paling puncak tau

2. berhampiran dengan Copthorne Hotel. kalau dari jalan nampak signboard hotel ni ikut je. mmg lobby dia n lobby Natasya hampir sama

3. Tempat check in dan Check out actually diluar ckit. kena tengok betul2takut terlepas

4. Building dia sgt british stlye. mmg nampak sgt cameron la kan

5. Sy amek apartment 1 bilik. hill view. mmg cantik.

6. Balkoni yang sgt besar

7. Water heater kena bukak 30 minit sebelum pakai. kalau tak mereput la mandi kesejukan

8. Peti ais 1 pintu, microwave, pinggan mangkuk, cawan, cerek disediakan.

9. TV ada astro channel tv1, tv2, tv8, tv3, ria

10. Ada wifi diberi. boleh tahan laju. tapi menjelang tengah malam getting weak. mgkn wifi dia pn nk tdo kut

11. towel mandi ada disediakan. tp hand towel xde

12. sabun mandi Natasya disediakan. tp seketul besar. sayang pulak. pakai 3 4 kali je.

13. Ruang tamu disediakan sofa bed. boleh dibuat tempat tdo jugak

14. Apartment yg kami dapat tidak disediakan sejadah. tetapi arah kiblat ada je.

15. best pasal powerpoint (plug) sangat byk. xyah berebut nk caj telefon

16. depan apartment ada playground

                                     ini adalah tempat check in check out bg Natasya Resort

                            kalau dari Kea Farm pastikan anda cari signboard ni untuk check in

                                                  dapat kunci apartment n password wifi
                dari lobby check in ke apartment agak jauh... tu kami punya last skali in purple


ini la laluan ke Natasya. Nampak british kan

balkoni yg agak besar

ruang tamu, ada sofa bed, air mineral free

                                apartment sy amek 2 queen bed. Nampak x towel ada 2 tu

           Ni ruang dapur. cukup lengkap semua ada. Tapi x boleh masak. Pada sy dah best dah ni

view dari balkoni. sejuk gilos

parking bawah bangunan. walaupun dlm gmbr atas ni bukan parking. hehe




                                                        playground budak2 mmg suka


SELAMAT BERCUTI!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trip 1 malam ke Cameron Highland

Bismillah…
Cuti awal muharram saya ambil kesempatan travel lg. walaupun sebenarnya bulan ni (Sept 2017) paling byk travel. Mula dgn blk kampong raya haji pastu 2 mggu lepas pegi semenyih eco venture resort then ni cuti jalan lagi.

Resort dh tempah siap2 tggl kat Natasya Resort. Nanti saya akan tulis entri lain utk tempat tinggal tu ye.

Bertolak dr Ampang jam 10 pagi. Mengikut kata beberapa blogger yg sy ricci mengatakan perjalanan mengambil masa approx 3 hours from KL. Perjalanan melalui PLUS agak sibuk memandangkan bermula cuti hujung minggu yg lebih dari biasa

Kami memilih untuk naik CH melalui Simpang Pulai memandangkan kami ada anak kecik dan kereta kami pun agak uzur. Risau jugak kan. Sebelum bertolak saya dah bagi anak2 makan ubat muntah. Tp ubat muntah tu mcm mengantuk kut. Anak 1st saya memang mcm xboleh bukak mata tido je. Yg kedua dan ketiga sikit pun tak de kesan. Rileks je dorang

Untuk yang jarang melalui highway PLUS, meh sini nak habaq. Exit Tapah dan Simpang pulai ni dah nk dekat ipoh. Klu korang ingat kan ada kes anak2 dara yang kena tangkap sbb selfie kat signboard ‘IPOH’ tu kan. Hah… exit simpang pulai selepas signboard tu. Maknanya agak jauh la dari KL tau

                  hah nmpk x signboard IPOH tu. yg tu la. Make sure kena lepas signboard ni dulu ye

Anda akan menjumpai exit Tapah dulu baru jumpa exit Simpang Pulai. Next exit selepas Tapah memang Simpang Pulai so, memang xkan terlepas la. Kedua2 signboard exit ni ada tertera Cameron highland. Selepas exit Tapah jalan terus dlm 50kn anda akan jumpa exit Simpang Pulai. Sebelum exit itu anda akan menjumpai RTC. Anda akan nmpk belah kiri RTC besar depan lagi ckit ada exit to simpang pulai.

                                                    nampak x signboard simpang pulai tu

Kos tol PLUS dari KL ke Simpang Pulai saya macam dh lupa tapi rasanya kurang dari RM30     
Untuk sapa2 yang nak isi minyak boleh isi disini dulu. Tapi kalau xnak isi lagi pun xpe. Jalan depan sana ada satu lagi Petronas baru bukak. Masa saya pergi tu rasanya macam baru sebulan bukak kut 
Lepas bayar tol akan nmpk simpang 3. Pegi kanan. Jalan lagi depan traffic light kanan lagi. Selepas itu bermulalah perjalanan ke Cameron Highland.

Benar kata blogger lain. Jalan melalui Sumpang Pulai agak lebar dan selesa. Terdapat beberapa laluan memotong disediakan. So sy rasa pilihan saya kali ini tepat. Terdapat beberapa gerai orang asli menjaja petai, madu dan beberapa bhn hutan lain sepanjang laluan tersebut.
Kami menggunakan applikasi waze utk mencari tempat penginapan kami iaitu natasya resort. Dalam 30 km sebelum smp ke Brinchang waze dah menunjukkan jangkaan jem yg teruk. Apa boleh buat kan. Hadap je la. Sambil2 ambil angin sepoi2 bahasa. cuaca sejuk dah mula terasa

                       bila anda nmpk batu tertulis ni. maknanya anada memasuki kawasan dingin

Kereta dan makin byk bila kita makin hampir ke destinasi. Mula la nmpk beberapa kenderaan pick up yg saya rasa mmg berasal dr kawasan Cameron Highland tunjukkan belang dgn memotong que dan menyelit2. Itu mmg sy x suka. Xpayah la nak tunjuk bagus sgt kan. kereta pick up kat sini unik sikit. dia tambah belakang tu mcm tggi ckit. kereta pick up tu maksud sy mcm triton ke, navara ke, hilux ke dan sewaktu dgnnya mmg semua tang lakang dia buat tggi utk letak barang kebun agaknya

Perjalanan makin parah. Waze menjangkakan kami akan tiba ke destinasi dalam 1 jam lagi walaupun menunjukkan jarak ke tempat dituju Cuma 12 km shj.
Hampir tiba di Brinchang, Kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata sbb Hubby nak pegi bank dulu. xpasti kat brincang ni ada ke ATM. mcm xde nmpk. so, utk yg lain dinasihatkan kluar duit siap2 klu anda stay kat brincang. Selepas je Kea Farm no more jam. Jalan trs ke Tanah Rata

Tanah Rata merupakan bandar utama utk penduduk Cameron Highland. Kat sini semua kedai ada. Bank dan beberapa kedai pelbagai. Hotel juga banyak, semua nye design english stlye
Selepas selelesai urusan hubby kami terus bergegas ke Natasya Resort berhampiran KEA farm. Masa tu around 4.30pm

lepas check in dan  bergambar ckir2 tempat penginapan kami yg 1 malam je tu kami turun blk pegi kea Farm Market. disebabkan apartment kami hujung skali so kami naik kereta jugak tapi park dekat2 dengan equatorial hotel pastu jalan kaki je.

misi pertama mendapatkan stawberry coklat. hahaha.. wajib kan. tempat yg kami sggh ni ada jual aiskrim strawberry, smoothie dan stawberry coklay. aiskrim dia campur2 dgn beberapa buah2an lain. menariknya strawberry coklat dia celup dlm coklat pastu dia celup dlm ais so coklat tu mcm mbeku ckit. sedap jugak mkn camni






Pastu jalan trs g pasar. mcm giler sekejap. mcm2 ada. antara yg wajib di cuba di sini adalah jagung cameron highland yg blh dimakan begitu shj, ubi keledek madu, cendawan goreng (biasa2 je) strawberry kering, jambu jeruk, strawberry packet etc

tp menurut kata pemilik ladang strawberry. yg dh siap paket ni boleh tahan sehari je. klu yg kita petik sendiri tu boleh tahan 3 hari. saya bersetuju sebab yg sy beli kat market hari esok tu dah mcm lembik2 dah

so, klu agak2 nk bwk blk ke nk bg org ke ada baiknya beli time nk blk je. tp sy beli yg kering. lagi sedap dan puas makan

menjelang kul 6 kami bergegas blk sebab mcm dah hujan ckit2. duk apartment menikmati view bukit n cuaca sejuk je.ooo sebelumbalik kami sggh beli makanan untuk makan malam. berhampiran tempat kitorg park kereta ada sebuah kedai nasi ayam. punya la ramai orang tp gigih jugak sya menunggu tapau. nasi ayam mak cik tu rm7 sebungkus mcm mahal jugak kan compare dgn kl. jangkaan sy mungkin kata cameron highland ni xde ladang ternak ayam. hahaha.. apa2 je la kan

Malam kat sini sangat sangat sangat sejuk. dalam 16 darjah celcius tp sy rasa sgt sejuk. mmg anak2 semua kena pakai baju 2 3 lapis dan baju sejuk lagi. mmg di galakkan sgt bwk stokin untuk budak2. untuk org dewasa pun kalau nak bawak pun boleh.

hari kedua hari untuk balik. disebabkan cuaca sejuk mmg berat hati nak mandi.

kul 11.30 kami check out. kaluar je dari Natasya mmg mencari tempat utk petik strawberry, cari ckit lagi fresh strawberry, pastu borong jagung lagi dan sessi bergmbar. kami ke kea farm lg sekali. kea farm ni mmg seawal pagi dh bukak.

pastu nk petik strawberry. actually ada byk ladang yg tawarkan  ni. tp kena pandai pilih jugak ada sesetengah tu tempatnya sgt bahaya. dan ada juga tempat yg kecik je. atau tempat yg sgt berbukit bakau. klu tempat kecik possibility utk dpt strawberry gemuk2 tu kirim salam la. mmg jarang. yg tempat besar pegi hujung2 ckit baru dpt yg merah2. kena la pandai pilih. xkan la yg baru kuning2 pun dh nk kutip kita jugak yg mkn nnt kan. amek yg merah gelap dan yg gemuk2 ckit. utk kutip tu dia mmg dah bg gunting dan bakul. tp sy kurang pasti kiraannya nya. sy hr tu amek dlm kurang ckit nk penuh bakul dia rasanya kurang sekilo. kena caj RM17. ok kut. dekat2 kawasan strawberry fresh ni juga dijual coklat yg nk cicah dgn strawberry ni dia pggl. coklat belgian rasa sy. sedp jugak tau






lepas tu sy ke tempat yg menjadi sebutan ramai iaitu Lavender Garden.. Allahu... mmg tempat ni sangat sangat sangat sangat menakjubkan. walaupun sy bukan la hantu bunga tapi cantik gilos. mmg sangat sesuai bg mereka yg gila bergambar. WAJIB DATANG ye. tapi disini dikenakan tiket iaitu RM15 dewasa, RM7 kanak2. bawah 3 tahun tidak dikira. jangan lupa naik di atas diatas diatas lagi. atas sana ada juga cafe ye




                                    


                                   byk sgt tmpt boleh bergambar kat cameron lavender. ini ceno'et shj

ok. saya x dapat ke ladang boh kg Palas (yang katanya tempat shooting cerita ombak rindu tu kan) atas sebab jalan yg teramat jem. ingtkan sy dah hampir tidak dapat singgah ladang teh. maklumla pegi cameron kalau x singgah cameron macam makan nasi x minum air la kan.

mula tu sy dah redha la. xdapat sggh kan. hari pn dh petang dlm kul 4 mcm tu. dah nk blk lagi kan. dlm perjalanan balik tu ternampak satu lagi ladang teh Cameron Bharat Valley.

boleh la sggh sini. org pun ramai jugak. boleh naik van safari dia dengan kadar caj RM15 dewasa, RM5 kanak2.  best jugak naik safari ni. satu pengalaman yg sukar dapat kat tempat lain. sampai kat puncak ladang dia tgglkan kita untuk bergambar sekitar ladang dalam setengah jam lagi dia dtg amek balik

actually dia sediakan ATV jugak kena bawak sendiri. can antara RM60-RM65. terkebetulan terserempak dengan yang amek ATV dia ada sediakan sebuah lagi ATV dgn pakar yang akan follow kita. huh! berpeluh nmpk dorg. adventure sangat





yang pasti ladang boh ini buat mata hitam ku hijau. segar sgt pandangan

lepas blk dr naik safari anak2 pulak nk mintak mkn. kat bawah tu ada sebuah cafe specialist jual teh la kan. tp ada la beberapa makanan sampingan n kek pn ada

TETAPI.. TETAPI...TETAPI... ntah di mana silapnya cafe ni dihujani ribuan lalat. saya sgt x selesa. sy xpasti samada ini musim atau kenapa. tengah2 minum lalat dtg masuk dalam air kita. lalat bermain2 tepi telinga, menari2 depan mata, singgah ditangan dikepala. sgt2 xselela. kami duduk sekejap sj. anak2 hbskan fries lps tu balik. tp ladang n cafe ni mmg tutup jam 6 ptg. kami kuar dari kawasan tu pn lebih 5.30 dah

masa untuk balik... dalam pada tu teringat satu kedai aiskrim yg diperkata ramai yg kami nmpak masa perjalanan datang smlm. apa lagi AVANT chocolate la. dalam ni juga ada beberapa tempat menarik untuk bergambar. pastikan masuk dalam tau. maa nk kluar tu wajib beli aiskrim. sedap sgt sgt sgt sgt..








ok jom balik. terus turun menghala ke simpang pulai lg. kena cepat sebelum hari gelap. alhamdulillah... begitu la kisah trip kami kali ini.

Tips penting :

1. waktu malam yang sangat sejuk. sila pakai baju setebal mungkin
2. ada barang2 anda xperlu letak dalam peti ais sbb peti ais walaupun bukak temp kecik boleh menyebabkan makanan anda hampir nk membeku. ia akan merosakkan texture makanan tersebut
3. berhati2 memilih kedai makan. banyak kedai makan yg di jalan kan oleh bukan islam. semoga kita dijauhkan dari segala yang tidak elok ye
4. kedai makan melayu kat sini kebanyakkan kurang rasa. xpasti adakah kerana sy berada di tempat tinggi deria rasa saya mengurang
5. kebanyakan tempat di CH tiada tempat parking yang proper. semuanya park di tepi2 jalan jadi sila hati2 dgn kereta lalu lalang terutama kepada anak2 kecik
6. Air panas walaupun di letakkan dalam Thermos cepat sgt sejuk

follow saya di IG @JN_aeos untuk gambar2 perjalanan kami

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS