Powered by Blogger.
RSS

Budget trip to Ho Chi Minh city

16-18 January 2020

#JNBUDGETTRIPTOHCMC 

Seawal 4 pagi kami dh tpacak kat klia 2

Bfast dulu disubuh hari kat  old town white coffee
ni la geng redah saya kali ni. Nasib akak ni sporting. Nk cari geng travel ada byk criteria perlu ambil kira antaranya yg x cerewet especially bab makan n tempat tggl. Klu yg bab puteri lilin payah ckit der. 
Tapi klu kata nk cari geng sekepala lagi susah. Cukup boleh terima lebih kurang dh cukup dh utk sy. Nk duk skali 2 3 hari je pn. Xyah nk buat syarat penyertaan panjang2 la

 
Makanan dlm flight. Dpt lebih sbb kami xperasan rupanya tiket kami dh termasuk nasi free. Tp nasib jugak tmbh menu lain. Yg hijau tu vege beriani tu yg free. Namanya vege n free xde rsa apa pun. Dlm flight kami makan menu kami order. Beriani tu kami makan kat hotel. Jimat kan

Naik shuttle bus ke Ben Thanh area VND20k. ada 1 lg bus henti2 itu lg murah bus 152 diorg pggl VND5k sj. Yg shuttle ni pn ok dia tlg angkat beg kita n siap inform once dh smp utk yg agak confuse tmpt dia

Kami nk g check in hotel dulu

ni hotel kami saigon pink 2. Org ramai2 tu sbb sy amek gmbr ni mlm. Dpn ni mmg psr mlm hr2

1st, Ben Thanh dulu. Tp honestly pd sy Ben Thanh skrg dh overrated. Dulu 10 tahun lps mmg murah. Skrg mahal nk mati. Diakui jugak oleh staff hotel. Sini mmg cekik darah. Dh la penjual2nya eksyen gila

beli jugak baju kemeja. Quality sini mmg bagus. Tp kena pndai cari kedai sbb takut kena pau 

tempah baju kurung siap2 untuk raya. Esok pg siap. Ada sesetengah tu 2 jam je boleh siap. Upah tempah baju rm70-rm80. Ye dorg pakai duit rm

Mlm dh lapar isi perut dulu kejap

sambung cari tudung and telekung n singgah pasar malam

ini la malaysia street. Tiap2 mlm ada pasar mlm n klu boleh cri hotel area ni je. Senang nk mkn semua senang

antara tmpt mkn halal area malaysia street. Kiri kanan kedai haji. 

Menu pn semua mcm malaysia mcm nasi lemak, roti canai, nasi goreng, nasi ayam. So xde la rsa diperantauan sgt. Org hotel tu kata kedai2 tu adik beradik n suami isteri je

untuk telekung recomended pegi kedai rohani je. Jln depan ckit dr Ben Thanh. Kualiti n harga sgt memuaskan. Tp cni xleh bargain. Beli 1 pn hrga mcm tu beli 100 helai pn hrga sama. Blh byr dlm VND/RM. Card accepted with service charge

Antara kain pasang yg boleh dijumpai di sini. Untuk sy kain pasang variety bandung n jakarta much better

Kopi Vietnam mmg terbaik
konon2 nk try vietnam roll. Tp malaysia punya jauhhhh lagi sedap sis. Xnyesal klu x try

kami banyak berjalan je sepanjang di sini. Jimat duit disamping collect steps kan

Ni satu lagi tempat berpuaka selain rohani utk tudung telekung td. Kat sini byk baju, sluar, kasut brg2 sports, brg leather, triple a, 1 to 1, copy ori, segala mcm. Cuma hati2 kat sini tsangat jarang kedai tulis tanda hrga. So pandai2 la. Bargain kaw2 jugak masa beli

rupa saigon square. Walking distance sj dr ben tahn/malaysia street. Mat2 salleh byk mbeli kat sini. Depa beli trs nmpk ori. So, pedehal, beli je la kan. 

tgh bargain dlm saigon square. Nmpk x henbeg2 jenama antarabangsa katanya

Kuar ckit dr saigon square ada takashimaya mall. Not bad tau. Dh penat mburu dlm saigon squarw td boleh rehat dlm takashimaya ni. Masa kitorg g kebetulan ada sale bju budak2 VND99k lbh kurang rm16 je. Sbg mak2 kitorg mmg xcukup tgn la memilih bju budak2. Kat sini blh pakai kad klu ada. Pakai bigpay pun boleh

Contoh makanan yg makan kat sana. Menu malaysia kan. Sambal belacan kedai hajah basirog ni sedap. Huhu
nmpk x hujung tu. Kedai signboard kuning tu. Tu la rohani syurga pencinta duck n siti khadijah

Ni la hasil 3 hari kami kat sini. 

Nk bg credit kat brother ni. Pekerja kat saigon pink. Ken namanya. Sgt2 helpful. Dan sgt baik. Dia jugak yg pgglkan kitorg teksi blk. Kitorg dh xlarat nk pggl grab. Dia blh wrap kan beg korang. Rm10 per bag

last coffee before departure

MAS In flight meal - dinner

babai ho chi minh. Insyaallah will come back again soon

Facts:
- Flight ticket booked since end oct 2019, pegi naik airasia blk naik MAS (hasil carian traveloka)
- hotel booked early Nov 2019 dgn agoda
- sim card order dgn lazada kat bawah ni
- follow my IG @jn_aeos for more photo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Flight Landing View KLIA


Amazing view...

Mungkig ramai lg yg xtau ada satu kawasan tersembunyi di kawasan KLIA ni

utk yg bertanya bagaimana jln ke sana. Boleh follow direction atas ni. Credit to tuan fb tu.
Yg no 1 tu masuk lane arrival tu kena amek lane bawah ye. Agak confuse sbb arrival ada mhala ke atas dan ke bawah. And actually korg xperlu tau pn mana depan tune n blkg tune hotel yg pasti korg akan lalu area tune hotel. N sy xbukak waze pun. Kerana dlm wazr tlalu byk nama 'jln pekeliling'.
Yg no 2 tu actually bukan menara tinjau tp anjung tinjau. Mcm stage je belah kanan korg warna purple. Trs je lg

Masa sis g hr tu dh start ada org niaga ckit. Makin lama makin ramai la kut. Tp panas lit2. Demi gmbr cantik sis teruskan berposing di layan oleh shuben sis yg sanggup masuk longkang semata2 nk gmbr onz

Tips seterusnya bawak la payung. Panas lit lit. Rsa tebakar kulit muka ni. Lecak jugak la keti duk situ setengah jam

Jgn risau kat kawasan kargo tu plan smp setiap 2 minit. Duk je situ smp ptg sure dpt gmbr cantik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantai Belawai, Sarawak


Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni entri pasal jalan2 lagi. Tapi kali ni jauh ckit.
Sepertimaba diakui ramai industri perlancongan di Sibu Sarawak agak jauh ketinggalan berbanding Kuching. Jadi bila dah sampai sini pandai2 la explore kawasan sekitar untuk lebih menarik. klu x memang sangap 2 minggu duk Sibu.

                                           
Diberitau perihal Pantai Kelawai oleh ipar duai saya, so kami cari 1 hari untuk kesana. actually x la sehari pun sepetang je

Bergerak kesana dari Kampung Bandong Sibu jam 2 petang. Dalam perjalananan sbg passengger sy byk tido aje. hihihi.. kami gunakan applikasi waze ke sana menunjukkan destinasi kami lebih 100km.

Untuk pengetahuan Kelawai ini jalan menghala ke Tanjung Manis. cuma dipisahkan oleh satu simpang hujung2.

Jalan pun banyak melompat2 dan akan melalui byk jambatan2 tinggi.

Sampai sana dlm 3 lebih. Nampak beberapa org tengah angkut atv masuk ke kawasan pantai

Sebagai seorang yg selalu menikmati pantai biru terengganu saya boleh katakan persisir pantai ni biasa2 saje cuma memandangkan kami dah beberapa hari terperap jauh dari kawasan riadah boleh la kan

                                                 bentuk buaya yg disiapkan pengunjung sebelum kami


pasir dia sangat2 halus dan jgn risau klu pakaian anda kotor terkena pasir ni. sgt mudah cuci bila kering. akan tanggal dgn sendirinya



disebabkan pasir yg halus kat sini sgt sesuai dibuat istana pasir. apalagi dengan jarak pesisir dgn ombak agak jauh.mmmg klu buat pertandingan istana pasir pn sgt sesuai.. ohh. alangkah besnya klu sy dpt buat sebuah resort di sini

untuk naik ATV dikenakan caj yg berpatutan iaitu RM10 untuk 10 minit.klu nk amek 20 minit boleh 30 minit boleh. tmbh la duit

lepas mandi pantai ada disediakan tandas untuk mandi juga dikenakan caj RM1 untuk mandi dan 30 sen untuk tandas. tp tandas dia biasa2 je la. kampung stlye. setau saya resort ini kepunyaan org perseorangan jadinya jangan la expert mcm berbintang2 ye.



mcm ni la pasir tu. halusss je



juga terdapat sebuah kedai makan. kami minum je di situ. harga pun berpatutan.




last but not least ada terdapat kolam untuk kanak2 berendam dan bermain. simple tp bg impact agak besar pada tempat ini. juga dikenakan sedikit bayaran masuk serendah rm2 sahaja

Ni tempat main budak2. klu xnk mandi pantai boleh berendam kat sini

jadi kepada sesiapa yang kebetukan bercuti di Sibu atau Sarikei atau sewaktu dengannya boleh la singgah ke sini untuk menambahkan koleksi gmbar anda

                                                                      ini laluan masuk ke resort ni. biasa2 je 


parking percuma disediakan. betul2 tepi jalan. cuma agak limited la. masa kami pegi bukan la weekeend jadi senang nk park tp rasanya kalau weekend boleh penuh

seperti biasa pada yang berminat mengikuti saya di laman sosial boleh la follow saya di IG @JN_aeos

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS