Powered by Blogger.
RSS

Happy 1st Birthday kepada bunga hati the firzanies


11.11.2015 – maka genap la setahun umur my little angle ni. Macam sekejap je masa berlalu. Masih terngiang2 pengalaman bersalin kan puteri tunggal ni.


Alhamdulillah dia la penyeri keluarga kami. Kaletah harian yg buat saya selalu terfikir untuk menjadi surirumah sepenuh masa sbb nak tengok dia je 24 jam.



Masih belum boleh berjalan tp sudah boleh bertatih kata orang. Agak lasak bagi seorang perempuan.


Juga menjadi kesayangan abang2nya

Walaupun baru2 ini di serang demam dan virus hingga dimasukkan ke hospital pada sy normal setiap ank ada cerita dan kisah masing2. Itu perlu untuk kematangan dan pengalaman. Itu la harga untuk menjadi ibu.

Yang paling ketara untuk orked dia masih lagi ‘fully breastfeeding. Segala puji bagi Allah memberikan rezeki untuk orked membesar dgn titisan emas ini. Bab breastfeeding ni insyaallah sy akan kongsikan di post seterusnya



Ucapan untuk orked. Jadi la ank yang berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Dan doa seperti lain2 ibu semoga Orked sihat sentiasa dibawah naungan Allah SWT. Insyaallah mummy akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin.


Selamat hari lahir baby. Mummy sentiasa rindukan bauan syurga ditubuhmu 

 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 bulan penyusuan susu ibu untuk orked

Alhamdulillah.. 12 bulan penyusuan susu ibu untuk Orked Delisha Firzani


Bersemempena ulangtahun pertama orked 11 November lalu, secara tidak langsung merupakan bulan ke 12 sy menyusukan orked secara penuh. Tidak dicampur dengan sebarang susu formular. Alhamdulillah.. seperti niat sy sejak awl mengandung sy mahu kali ini merasai pengalaman menyusukan anak dengan sepenuhnya selama 2 tahun. Mengikut sunnah nabi

Kalau ingin diceritakan sedari awal memang berkajang2 ceritanya tp sy Cuma ingin kongsikan serba sedikit pengalaman sendiri. Memandangkan masih berbaki separuh jalan untuk menyempurnakan perjalanan penyusuan ini dengan sempurna sy berharap tulisan ini menjadi pembakar semangat saya untuk tidak berputus asa


Sy mula menyimpan susu stok susu diminggu kedua pantang. Sebenarnya itu sudah kira agak lambat. Saya cuma pam sekali sehari shj. Awlnya dapat la 2 botol (8oz) sekali pam. Sehingga la hbs cuti bersalin 90 hari sy. Stok susu alhamdullillah penuh jugak freezer kecik saya tu. Minggu pertama bekerja saya sudah menyiapkan dr dengan milkbooster. Untuk permulaan saya menggunakan mom’s choc keluaran pump on the go. Alhamdulillah rasa sy milkbooster ini juga byk membantu saya.



Selepas 2 bulan sy juga mengambil habbasyi oil. Sehingga sekarang mom’s choc saya mkn diwaktu mlm sebelum tidur dan habbasyi oil sy mkn diwaktu pagi.

Masuk bulan ke 4 5 bekerja stok susu makin berkurang disebabkan kekangan waktu kerja dan masih terumbang ambing menetapkan waktu mengepam. Di ofis saya pam 3 kali sehari (10am, 1pm dan 4 pm). Bila stok susu makin kurang sy mula berfikir bagaimana utk sy capai 2 tahun kalau waktu itu sj sy dah kekurangan stok. Dari situ sy mula menambah waktu pam. Jadi sehingga skrg sy pam 5 kali sehari. 3 kali diofis dan 2 kali dirumah. Tengah mlm sebelum tdo 12-1am dan subuh hari 5-6am. Saya pernah terbaca waktu pam paling effective adalah dr 12mlm sehingga 6pagi. Dan baby orked jugak jarang kacau utk menyusu waktu tdo. Jadi sangat sesuai waktu begitu saya buat stok susu ebm

Sehingga skrg itu la rutin sy setiap hari. Mungkin ada yang akan katakana x penat ke? Atau lambatnya tdo atau sempat ken k pam seawall subuh. Pd sy semuanya disebabkan keinginan. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Ikutkan susah bukan sikit yg harus dikorbankan, sangat banyak tp sy letak dalam kepala saya kalau saya tak pam baby sy nk makan apa

Cabaran menjadi ibu menyusu:

·         Malas nk keluar makan kat luar. Walaupun dh ada nursing cover. Tetap selesa duk kat rumah baby dpt mengempeng 24 jam free style

·         Nk beli baju kena amek kira ‘nursing friendly’. Skrg dh byk kan. Tp jaga2 ada yg kata nursing friendly tp bila dh pakai x pun contoh zip depan ada tp pendek sgt

·         Semua bra kena tukar jd nursing bra… sabar je la sbb nursing bra jarang yg cantik2

·         Ruang freezer kena spacekan utk susu ebm. Sampai skrg sy jarang menyimpan ikan kea yam. Klu beli terlebih pun sy akan basuh siap2 masukkan dlm Tupperware letak jauh2 ckit dr susu

·         Resah bila tetamu dtg rumah. Especially klu bermalam. Sbb kita biasa akan ikut keselesaan kita dlm menyusu mcm sya suka sambil baring. Klu ada tetamu byk nk ke amek kira

Apapun dugaan dan kekangan ini semua terkawal. Jangan risau kita yang kawal tempat dan cara kita. Insyallah semua ok  je

Berikut saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kekal menyemai titisan emas. Ini cuma la pendapat saya mungkin berbeza dengan orang lain. Benda baik harus untuk dikongsikan

1.       Niat – seawal kehamilan saya sudah pasang niat untuk menyusukan anak ketiga sy ni sehingga 2 tahun. Sy berpegang kepada niat awal. Kerana biasanya hidup kita akan berpandukan kepada niat dan target pertama kita. Mungkin selepas 5 6 bulan mengandung kita akan rasa “susah jugak nanti kan ada ank nak buat keje itu ini. Tapi insyaallah jika niat awl td dh tertanam di hati murni Allah tetap bersama kita. Akan tolong kita. Akan ada jalan kita

 

2.       Waktu mengepam yang konsisten – masa kita sudah tentukan jam berapa pukul berapa. Ada orang siang hari Cuma buat 2 sessi sahaja. Terpulang. Tetapi jaga konsistensi masa. Sebagai pekerja bank banyak kali juga masa saya terganggu contohnya jika ada meeting, discussion, course dan lain2 sebab. Tp seboleh mungkin jangan skip sessi mengepam . Lambat sikit tidak mengapa tp sessi mesti cukup

 


3.       Pam yang selesa – sekarang ni di pasaran dah banyak sangat pam yang bagus sy nmpk berbeza dengan waktu sy mengandungkan ank pertama dulu. Jadi, pilihla pam yang selesa. Xperlu mahal. Cukup utk selesa untuk diri kita. Pam ni sy beli sewaktu usia kandungan sy 7 bulan. Maknanya masuk dlm checklist brg wajib beli sebelum bersalin. Nmpk tak kat situ dh jelas niat dan keinginan kita

 

4.       Join kumpulan penyusuan – samada group whatsapp atau fb atau mana2 sosial media. Berkawan la dgn mereka. Setiap hari ada ilmu baru. Kalau sy ada group fb. Waktu mengepam sy akan menjelajah ke group ini. Akan buat kita lebih semangat untuk nk dpt susu byk2 mcm dorg

 

5.       Pedulikan kata-kata orang – saya juga mengalami kata2 org yg pelik dan bertanya x susah ke masih susukan ank. Jangan salahkan mereka. Kita dulu pun tidak ada ilmu peyusuan seperti mereka juga. Jadi sekadar iyakan sj kata2 mereka

 

6.       Milkbooster – sy tak pasti orang lain. Tp untuk diri sy memang perlu mungkin kerana masa sy untuk direct feeding baby sy sgt terhad. Sy Cuma ada 4 jam shj sehari weekdays uk direct feeding dia. Jadi kalau sy xjaga pemakanan mmg mudah terjejas.

 

7.       Power pumping -  ini membantu. Buat la sekali sekala. Klu nmpk susu agak nk merudum cepat2 buat 

 

8.       Stay positif, tenang dan jangan stress

Lain2 tu sy rasa hampir sama dengan tips dari teman2 lain

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orked admitted Pantai Hospital Ampang

Pd 15 oct lalu orked telah dimasukkan ke hospital. Sebenarnya hr itu adalah hr ke 12 orked demam. Kejam kan. Dan hampir seminggu juga orked lemah. Hanya tido. 


Ini antara hari2 awal orked di serang virus demam

Khamis sehari sebelum tu atas inisiatif babysitter dia cuba menghubungi seorang wak yg juga merupakan relative dia. Menurut katanya wak tu blh 'teropong'. Dikatakan orked mengalami sejenis sawan. Ada 1 istilah dlm bhs jawa tp sy tidak dpt pastikan sebutannya itu. Ptg tu lepas amek orked ht sy sgt risau. Dia hanya terbaring tdo. Rindu betul sy dgn kaletahnya.
Keadaan orked yg hanya tido sehari semalam

Keesokan pgnya selepas berbincang dgn suami kami memutuskan utk merefer dia ke klinik izham berdekatan. Sbnrnya sepanjang 12 hr ini kali ke3 sy mbawa orked ke klinik. Akhirnya doktor menasihatkan kami trs membawa dia ke hospital berdekatan

Berikut sy kongsikan beberapa gmbr kenangan berumahtangga di hospital utk 3 hari

Ini hari kedua

Selain demam orked juga mengalami selaput mata yg mbuatkan mata dia bengkak

Ini baru nk bermain selepas 2 mggu lemah

Ang eqi. Abg ibad dan papa selalu dtg menjenguk kami di hospital menghilanhkan kebosanan saya

Kesian kan. Antara fasiliti hospital ada playground


Syahdunya rasa hati

Sekarang alhamdulillah. Orked dh sihat sepenuhnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS