Powered by Blogger.
RSS

Happy 1st Birthday kepada bunga hati the firzanies


11.11.2015 – maka genap la setahun umur my little angle ni. Macam sekejap je masa berlalu. Masih terngiang2 pengalaman bersalin kan puteri tunggal ni.


Alhamdulillah dia la penyeri keluarga kami. Kaletah harian yg buat saya selalu terfikir untuk menjadi surirumah sepenuh masa sbb nak tengok dia je 24 jam.



Masih belum boleh berjalan tp sudah boleh bertatih kata orang. Agak lasak bagi seorang perempuan.


Juga menjadi kesayangan abang2nya

Walaupun baru2 ini di serang demam dan virus hingga dimasukkan ke hospital pada sy normal setiap ank ada cerita dan kisah masing2. Itu perlu untuk kematangan dan pengalaman. Itu la harga untuk menjadi ibu.

Yang paling ketara untuk orked dia masih lagi ‘fully breastfeeding. Segala puji bagi Allah memberikan rezeki untuk orked membesar dgn titisan emas ini. Bab breastfeeding ni insyaallah sy akan kongsikan di post seterusnya



Ucapan untuk orked. Jadi la ank yang berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Dan doa seperti lain2 ibu semoga Orked sihat sentiasa dibawah naungan Allah SWT. Insyaallah mummy akan jaga amanah Allah ini sebaik mungkin.


Selamat hari lahir baby. Mummy sentiasa rindukan bauan syurga ditubuhmu 

 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget