Powered by Blogger.
RSS

Caj bayaran untuk penukaran mykad di JPN


Saya nk kongsikan caj denda untuk penukaran kad pengenalan (myKad) untuk pengetahuan bersama. J. Sebelum ni tak pernah amek tau pun disebabkan ada berlaku kat adik baru2 ni terus rasa nak amek tahu. Nasib baik ada seorang sahabat saya yg bekerja di kaunter jabatan pendaftaran Negara boleh kongsikan

 

·         Penukaran kali pertama RM110

·         Penukaran kali kedua RM310

·         Penukaran kali ketiga RM1000

 

Pengecualian:

 

-          Pelajar bawah 18 tahun dikecualikan denda. Cuma kena bayar RM10 sebagai bayaran proses

-          Jika hilang disebabkan kes jenayah seperti rompak, ragut, pecah rumah atau kes kemalangan jalanraya, banjir, kebakaran; denda dan bayaran proses juga dikecualikan (harus dsertakan dengan laporan polis yang jelas)

-          Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) RM10 sebagai bayaran proses tetapi jika disertakan dokumen sokongan (report polis jika kemalangan/surat jabatan kebajikan/surat OKU) semua bayaran dikecualikan

-          Pelajar yang berumur melebihi 18 tahun boleh dapat pengurangan 30% di JPN daerah, 70 %negeri (dengan kelulusan pengarah), 90% di JPN ibu pejabat (dengan kelulusan ketua pengarah). Perlu disertakan dokumen sokongan KAD PELAJAR/SURAT PENGESAHAN BELAJAR

-          Dewasa 18 tahun ke atas (bekerja/tidak bekerja) boleh dapat pengurangan seperti di atas dengan disertakan surat sokongan dari ketua kampong atau laporan polis

-          Berikut adalah mereka2 yang langsung tidak dikenakan sebarangan bayaran

o   OKU

o   Penerima Jab. Kebajikan Masyarakat

o   Banduan (baru keluar penjara)

o   Penghuni CCRC (AADK)

§  Syarat: perlu surat sokongan atau pengesahan

 

Fuhh! Berpeluh jugak ye nk bayar kalau dah sampai seribu. Agak2 bergadai periuk belanga la kata orang. So senang cerita jagala mykad masing2 sebagai harga paling berharga. Klu ikutkan mmg sgt2 berharga pun.

 

Agak2nya mcm mana ye klu kita hilang kat mana2 dan tiada kad pengenalan. Bagaimana untuk mengesahkan kita warganegara apa. Sapa nama kita. Mana alamat kita. Berapa umur kita. Tengok, takut kan

 

 

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget