Powered by Blogger.
RSS

Percutian 2 hari 1 malam melaka

Since cuti sekolah ni dan my 1st son eqi baru je start cuti so saya pun ambil peluang untuk bawak anak2 berjalan. Memang tak nak jalan jauh2 sangat memandangkan dana yang x berapa nk tebal mengambil kira banyak kena peruntukkan untuk persekolahan yg nak bukak lg 2 minggu. 

 

Saya memilih Bayou Lagoon Park resort, Melaka. Sebenanrya ini bukan la pertama kali kunjungan saya ke sana. 2 ke 3 tahun lepas dh pernah dtg. Masa tu ibad kecik lagi. Masa tu Bayou ni baru2 bukak.

Sy booking dari awal melalui trivago. Kepada sapa2 yg xpernah cuba booking hotel pakai trivago sangat2 di rekomen pakai. Sgt menarik. Tapi memandangkan cuti sekolah jangan la berangan nk dpt harga murah. Tu pun banyak hari yg dh penuh especially sabtu mlm ahad. Sy dapat rate rm280 untuk studio room (no breakfast/no Jacuzzi) free theme park entrance for two

ni dia cerita penuh activity 2 hari kejadian

Ahad 13/12/2015; 

9am bertolak dr KL, sampai ke tol air keroh dlm 10++ trs menuju ke 1st destination Wildlife Theatre Melaka. Sy dh beli tiket masuk Wildlife ni dr groupon sebelum tu. Sy dpt dr groupon. Rm12 utk dewasa dan rm8 utk kanak2. Tempat ni sedikit jauh tau. Dekat pulau Melaka sana. Mcm hujung2 melaka je. Sampai2 sana ngam2 1st show. 11.30am. so trs redeem voucher n amek tempat duduk paling best. Ada dlm 50 orang kut pd masa tu. X ramai pun klu dibandingkan dengan tempat dia yang mcm stadium tu. Masih byk tempat kosong.

 


Ini theatre tau bukan zoo. Maksudnya persembahan binatang shj. Lepas tu anda Cuma duduk setempat tu je bukan berjalan around


Mula2 dia keluarkan beberapa jenis haiwan kita blh pegang n amek gmbr. Lps tu bru dia kluarkan sealion(singa laut)ada la beberapa pertunjukan sealion td sambil dia bacakan beberapa fakta mengenai sealion.




Overall utk rm12 berbaloi. Xmahal dan xmurah. Tp klu original price dia rm15 rasanya agak mahal. Hehehe. Rm3 pun berkira kan.

Tengahri tu kami menuju ke bandaraya Melaka. Tp ya ampun jln jem sana sini. Sungguh ramai mereka2 dtg Melaka kan. Kami singgah dataran pahlawan utk tengok tempat Melaka Alive. Pun ramai sgt parking xde langsung. Kami trs menuju ke bukit katil area bayou lagoon ni. Dalam perjalanan kami singgah maka di kedai mkn berhampiran. Merasala asam pedas Melaka dengan satay. Satay dia not bad Cuma kecik ckit. Boleh la kut utk 60 sen secucuk. Masa sampai bukit katil around 2pm awal lg. kami sggh museum art 3d dulu. Museum yg blh amek gmbr mcm real ni. Dia area bayou jugak actually. Masa ni hari dah hujan rintik2 ombak bergelombang. Turun je dari kereta tgk org ramai giler ya ampun. Kasut kat luar tersangat banyak.  Fuhh!!! Xyah je la. Terus kami ke kaunter check in bayou lagoon. Gamble je la harap2 bilik dah ready

Mencari parking depan bayou pun satu hal punya susah apa lagi dlm hari hujan. Dh dpt tu pegi kaunter check in. baru tau kaunter check in dia kena amek nombor giliran tau. Menunjukkan betapa sentiasa org penuh kat sini. dah check in dpt bilik tingkat 6. Sy tmbh 1 extra bed memandangkan saya keluarga agak besar ank2 kecik kan. Mmg sesak la depan bayou tu masa nk angkat beg semua.

 

Bilik kitorg mengadap parking kereta. Pandang depan nmpk 1 lg theme park. Rupanya itu la gold coast Melaka. Baru sy tau gold coast Melaka tu bersebelah je dgn bayou. Last time masa sy dtg resort sebelah ni masih dlm pemulihan. Kalau x slh sy dengar cerita sebelum bayou wujud dh ada resort jugak kat situtp xdpt sambutan dia tutup. Lepas bayou dh ada dorg tukar management buat blk. Xtau la betul ke tidak. Not bad gold coast Melaka ni sbb theme park dia bukak smp midnight. Blh la budak2 main smp lebam. Insyaallah next time kita cuba

Dengan dibekalkan 3 free entrance ke theme park bayou sy Cuma perlukan 1 sj lg tiket masuk utk ank sy yg 3 tahun lebih tu. Entrance fee masuk theme park rm22 dewasa dan rm16 utk kanak2. So yg dpt free tu kita kira utk dewasa la. Yg free ticket tu blh masuk 2 hari maknanya start day kita chek in dgn day kita check out. Tp ticket beli yg tmbh tu mmg per entry ticket. So, pandai2 la nk pakai ye

Petang tu hujan masih turun tp ramai je yg pegi dan msh trs main kat theme park. Ye la dh byr kan. Main je la smp lebam. Walaupun sebenarnya 2 org ank sy selsema masa tu.



Dlm theme park ni byk kemudahan ada café utk panaskan badan boleh jugak buat berteduh tika hujan ni. Ada kedai souvenir. Ada tmpt sewa pelampung dan towel. Utk pengetahuan pihak hotel melarang hotel towel dibawa ke theme park. So dia sediakan khidmat sewa towel dgn hrga rm5 sehelai (kena tmbh lg rm5 utk refundable deposit). Ada jugak org jual tidbit mcm popcorn etc. so, mmg x boring la kalaupun anda x main nk melawat kawasan sj. hehehe

Mlm sy Cuma keluar sekejap menikmati cahaya lampu Melaka je. Sbnrnya sy lupa ikutkan perancangan sy nk g naik Melaka cruise tp sy lupa trs xnaik tp sbnrnya xde hal pun sbb sy takut x sesuai utk ank kecik sy tu nk naik cruise mlm2 ni.

14/12/2015

Hari kedua- kami xde amek bfast buffet. So, mkn je la megi,roti n segala bekal bwk dr kl tu. Kul 8.30 mcm tu dh turun ke theme park. Selain theme park actually dia ada byk lg mainan mcm game yg mesin tu ada bumper car dan mcm2 lg sy xcuba pun

Cukup la 1 2 jam berendam. Pastu packing utk check out. Nk dijadikan cerita kul 11 lbh mcm tu tiba2 power dlm bilik tu dh mati tau. Trs rasa nk maki je bayou ni. Baru je nk bg rating baik sekali buat pedajal mcm nk halau kita plak. Selepas di siasat rupanya black out. Hbs semua kawasan bayou tu. Expected after 2 hrs baru ok. Rosak la program ingtkan masa nk kuar g amek gmbr kat theme park. Nk g museum 3d art tu semua x dpt semua xde power. Kami pun terus ke dataran pahlawan tgk2 kut2 blh selit nk masuk Melaka alive.cari parking je dh berejam. Walaupun isnin mgkn sbb cuti sekolah mmg susah cari parking. Akhirnya selepas 3 4 kali tawaf dapatla parking ditengah kepanasan padang tu. Pastu nk cari tmpt bayar parking plak

Tips: parking kat sini berkupon. Ada 2 jenis bayaran. Per hour atau perday. Per hour x pasti berapa. Tp blh beli utk sehari punya. Sehari rm5 blh pakai dimana2 kawasan dibawah jajahan Melaka tengah. Kami pakai yang tu je.

Pastu trs berlari menuju ke kaunter Melaka alive. Melaka alive ni atau nama lain dia the pirate adventure. Skali tgk kaunter tiket kosong. Rehat la pulok.. ishkk la hai. Tetulis di cermin kaunter tiket. Lunch 1.30 ke 3pm. Mmg kitorg smp lmbt 3 minit je kut. Pastu jln2 la kawasan dataran pahlawan tu cuci mata tgk beca berhias. beca ni klu nk sewa rm40 sejam dia bawak pusing2 bndar Melaka. Tp xpasti utk berapa orang. Mgkn 2 ke 3 org je kut. Tp comei2 la beca nya. Kebanyakan tema hello kitty n frozen. Pastu blh la tgk segala mezium2 lain kawasan sini termasuk museum umno. Byk la bnda menarik Cuma 1 je susah nk cari  iaitu nk beli air. Huh! Mengamuk sy mencari air x jumpa. Klu nk mkn blh masuk dlm pasaraya tu. Apa ye nama mall tu. Ada food court, ada a&w, ada burger king (tp yg ni sy cari x jumpa. Lambing je ada). Ada ayam penyet la mcm2 ada. Tp semuanya org ramai.. huwaggghhh… masih xjumpa air

 

Jam 3 tepat kami jadi org kedua terawal beli tiket. Lepas geram sbb dh lama tggu. Masuk2 dlm sungguh sebenarnya di luar jangkaan sy. Sy ingat macam mana rupa. Skali seram jugak tau. Semuanya hantu. Bukan lanun tp hantu. Hahahaha.. ank sy 3 3 menangis semua. Selain jumpa hantu dan lalui perjalanan seram tu kita juga akan dihidangkan dengan tayangan movie seolah2 kita duk dlm kapal pirate tu.

Ni luar melaka alive

Bawah ni antara gmbr yg ada dlm pirate adventure melaka alive ni





Ni dgn pekerja dlm tu yg bawak ke cinema. Tp mcm confuse plak kenapa muka meols lg berhantu dr dia hahahaha

Nmpk tu ank meols semua menangis dlm ni. Me pun nk nangis serabut dh

Tips: utk yg bawak ank kecik sebaiknya xpayah je la sbb movie tu bising sgt. Klu yg besar sikit bgtau siap2 itu bukan hantu. Sebab dorg takut dgn jln gelap lagi.  Boleh snap picture tp kat movie tu je x blh amek. Pastukan pasang flash awl2 sbb dlm mmg gelap. Msuk dlm tu sekejap je xsmp setengah jam pun. Ermmm…. Boleh la boleh la bak kata Jarjit upin ipin

Kluar dr melaka alive boleh la cuti mata di galeri kraftangan berhampiran utk yg nk beli ole2 ke, souvenir, key chain, fridge magnet, kerepek dan segala mknn keluaran original Melaka. Kat sini la bru jumpa air minum. Huh! Lega

Ikutkan perancangan seterusnya nk ke upside down house (rumah terbalik). Tp di sebabkan beberapa kali tersalah jalan dan mcm jauh je trs kami batal kan. Last skali pegi ke 3d museum art. Ala ini yg lukisan2 yg nmpk real tu. Yg klu org amek gmbr nmpk mcm hidup je tu

 

Bawah ni sy kongsikan beberapa keping gmbr yg diambil dr museum 3d art tu. Pd sy klu org ramai agak rimas sikit nk bergmbr so klu boleh cari waktu yg org kurang so kita free nk buat gaya apa. Ini spoil je gmbr. Masa sy pegi tu ok la org so so masih boleh bergaya la hahahaha



















Akan ada pekerja dia dtg kacau kita utk amek gmbr pakai kamera dia jugak. Terpulang klu nk boleh xnk pun boleh. Tp ps sy frame gmbr yg dia buat tu x lah gempak sgt so so. 1 keping yg dorg buat tu rm25.. tp boleh kurang tau. Ajak budak tu bisik2 tawar hrga

Itu la pit stop terakhir sebelum terus gerak balik kl

Kalau perasan kisah percutian sy ini tidak cerita pasal makan sbb kami memang kalau berjalan xkisah makan minum. Itu bukan dalam schedule. Makan je apa yg jumpa

Nota kaki ayam:

  • Depan pintu masuk bayou resort yg juga pintu masuk ke museum art 3d tu ada makcik jual pisang goreng dan mcm. Harga dia rate kl hokeh. Jgn la makan kat situ. Mahal. Sy terserempak dgn satu keluarg menjamu pisang goreng minum air dengan buah utk 2 dewasa dan 3 kanak2 dia kena dekat rm50 hengget. Cepat kaya la mak cik
  • Dalam bayou lagoon ada mesin main gem tu yg amek2 patung kecik2 tu jangan la start main nnt gian. Mcm kena rasuk main tu hbs duit kat situ je
  • Bayou lagoon juga menyediakan pakej masuk harian. Kurang pasti rate dia tp dengar kata pakej tu skali dengan makan minum. Tp per entry. Utk yang xnak tdo situ
  • Pilihan bilik bayou ada yg dengan jakuzi. Xpayah berjakuzi sgt. Main kat theme park pun dang pengsan dengan air. Amek pakej studio bilik biasa. Jimat dan ckit
  • Beberapa tempat2 menarik lain sya tak sempat singgah yang sy rasa wajib buat siaran ulangan ke Melaka antaranya Melaka factory outlet (baru bukak), joker walk(nak pegi mamee punya kilang)
  • Kat bayou jugak ada 9d simulator. Dia mcm naik roller coaster rasanya tp simulasi ajer la. Tp mcm kitorg kat sana tempat ni under maintenance tengok pintu je la

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS