Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 56

Episod bermula kembali ke saat sarung cincin seperti episode lepas

Johan mula mengungkit Ain tinggalkan dia bila Am datang balik padanya. Padahal dulu dia yang susah senang bersama Ain. Tiba-tiba Johan terima panggilan telefon.



“Kenapa la bukan Ain yang call” sambil melihat nama yang tertera dia henfonnya. Azie yang call. Azie Cuma memujuk Johan untuk selesaikan masalah bersama-sama supaya jangan terus lari dan menjauhkan diri darinya
“I sanggup susah senang dengan U. I sayangkan U” rayu Azie
Johan masih beralasan. Azie sedih dan menceritakan yang ibu Johan telah datang mencari Ain dirumah tetapi Ain tiada dan Azie menjadi tempat lepaskan kemarahan ibunya. Tapi Azie masih mahu menerima Johan dan mahu selesaikan semua masalah bersama
“Azie, can we talk later. Kepala I dah serabut sangat dah ni”



Di rumah mama Am Azie membantu saudara mara mengemas beberapa pekakas yang akan digunakan untuk kenduri mereka. Ada juga saudara mereka yang menjemput Ain kerumah mereka.



Selesai membantu Ain cuba bersembang-sembang bersama wanita-wanita kesayangan Am (Mama, Kak Zah dan Erin). Mama menyatakan yang Am ada membelikan sepasang kain untuk Ain berwarna merah jambu. Ain pelik kenapa Am tidak sendiri bagi pada Ain. Tapi mama kata Am takut nanti Ain tak suka warna pilihan dia

“Itu dulu, sekarang ni Am adalah jiwa dan hati Ain selama-lamanya”  Detik hati Ain

Kembali ke bilik Ain membelek-belek kain pemberian Am. Memang cantik dan lembut. Ain mencium kain tersebut. Am ternampak bila kebetulan Am membuka pintu bilik


“Buat apa cium kain tu cium la tuan yang belikan lagi best” Am menegur sinis dan gatal
Am nampak Ain agak terkejut Ain bila nampak Am memakai baju tido petak-petak yang dibeli Ain. Seingat Ain dia belum berikan pada Am

“Mana abang dapat baju tu” Tanya Ain malu-malu
“Ini kan bilik abang. Semuanya milik abang termasuk Ain” jawab Am. Ain senyum
“Kenapa suruh mama bagi kain ni. bagi la sendiri”
“Suka tak?” Tanya Am balik tanpa menjawab soalan Ain
“Suka” sambil mengelakkan badan dia dari disentuh Am yang tiba-tiba agak menggatal “Ain tukar baju dulu”




Ain datang dengan mengenakan baju tidur merah. Sangat seksi dimata suami untuk malam pertama mereka.
“Wow” terpacul dibibir Am “Sini la sayang, tempat isterikan disisi suami” Ain datang ke suaminya “Wanginya. Pakai minyak wangi apa?” macam-macam la Am ni malam ni
“Mana ada minyak wangi. Ain pakai bedak je”
“Malam pertama kita pakai bedak je” (aduh! Am.. am… kenapa banyak tanya??)
“Tak la Ain pakai minyak wangi sikit” jawab Ain bagai mengambil hati. Faham Ain ini la malam mereka.


Ain mula mengatur kata. Nampak Ain sangat berlembut dengan suaminya malam ini. Di terangkan perihal panggilan ‘abang’ yang sepatutnya dah lama dia gunakan untuk memanggil Am. Tapi kerana karakter am ketika awal perkenalan mereka jadi ketika itu Ain lebih selesa memanggil Am dengan ‘Am’.



‘Jadi Ain dan ubah fikiran? Dah tak benci Abang lagi?’ Tanya Am “Kenapa berubah fikiran? Maksud abang apa yang membuatkan Ain berubah menerima abang?” Am minta kepastian
“Bila Ain tengok abang imamkan solat maghrib tadi” jelas Ain.
Ain menerangkan selama ini ramai orang mengatakan Am dah banyak berubah. Tapi Ain tak peduli dan tak percaya. Malam ini Ain nampak sendiri Am sudah banyak berubah. Am bukan lagi Adam Mukhriz yang dulu
“Tapi Ain tetap sama. tetap cantik macam dulu” pujuk Am
“Ain tahu abang buat semua ni untuk Ain kan” Am mengangguk. “Untuk menjadi ketua keluarga yang baik” tambah Ain



Kisah Johan pula. Johan pulang kerumah dalam tidak keruan. Ibunya datang kebilik. Marah-marah Johan

“Kenapa kamu ni? Ibu Tanya ni” Sambil memburuk-burukkan Ain. Sampai sekarang ibunya belum boleh menerima kenapa Ain mainkan perasaan anak tunggalnya itu. Namun Johan tetap berkeras menegakkan Ain tidak bersalah. Terus Johan keluar rumah lagi


Kembali ke bilik Am
“Abang nak tau tak masa tu bukan abang sorang je sayang Ain” Am terus membulatkan mata tanda menyoal
“Ain pun sayangkan abang?” Tanya Am seoalah tidak percaya
“Ain banyak dosa dengan abang. Ain banyak menduga kesabaran abang. Ain selalu mempersoalkan kejujuran Abang” jelas Ain sambil memegang tangan Am


“Jadi malam ni abang boleh ampunkan dosa Ain?” Suara ain bergetar. Mata Am mula berkaca menahan sebak (ohh.. so touching, iols menangis…)
“Sejak hari pertama Ain tinggalkan abang macam tu. Abang dah lama maafkan Ain. Abang redha” jelas Am
“Betul?”Am mengangguk
“Abang tak de marah atau benci Ain. Sebab Abang sayang Ain”
Terus cameraman keluar dari bilik Am dan bilik jadi gelap… (faham-faham je la ye.Ini malam pertama mereka. Jangan kacau)


Semalaman Ibu Johan menunggu Johan pulang sampai tertido di sofa. Bapanya yang bangun pagi itu kejutkan ibunya. Bapanya juga menasihatkan ibu nya agar tidak terlalu berkeras dengan Johan.
“berlembut bukan bereti mengalah” kata bapa Johan”


Pagi itu Am sudah bersiap semua. muka penuh seri. Rasa lengkap sudah tanggungjawabnya sebagai isteri. Sambil memegang cincin perkahwinannya dijari. Dia mula merasakan perubahan ketara pada hidupnya. Dia kini tidak lagi keseorangan. Am telah membawa seribu kebahagiaan dalam hidup dia. Terima kasih Allah. Ucap hatinya sambil memandang Am yang masih tido dikatil dengan baju kotak-kotak pemberiannya itu

Sebuah teksi berhenti betul-betul didepan pagar rumah Azie kebetulan Azie membuka pagar. Eja datang. Bukan untuk berjumpa Ain yang memang sudah diketahui berasa dirumah mertuanya. Eja ingin bercakap sedikit dengan Azie. Mereka bersetuju keluar bersama


Ok. bersambung lagi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa episode 55

Sambungan dari episode lepas Johan menerima panggilan dari seseorang
“Nak jumpa? Kat mana ye? I'll see u there” Janji johan untuk bertemu seseorang

Sementara itu ibu Johan yang ke rumah Azie menuduh Ain sengaja merahsiakan statusnya sebagai isteri selama ini untuk menagih simpati Johan yang akhirnya membuatkan Johan jatuh cinta padanya

“Ain tak mcm tu. tak baik tuduh dia” Azie terus menyebelahi Ain kerana dia amat yakin dengan rakan karibnya itu tidak seperti yang dituduh ibu Johan
“Yang kamu nak menyebelahi dia kenapa? Sepatutnya dari dulu lagi Johan tu dengan kamu bukan dengan dia” Tegas Ibu Johan yang masih marah

Dirumah mama Ain mereka berkumpul keleuarga tanpa Ain dan Am (dorang masih duk malu-malu dalam bilik). Mama Am bersyukur dan rasa seperti mimpi bila mana rancangannya untuk menyatukan mereka akhirnya tercapai. Seperti kata suami Kak Zah ini la Adam dan Hawa versi moden

“Ain hawani… Sepatutnya kita yang bagi hadiah kat dia.. erm…” getus mama Am sambil membelek-belek cenderahati sumbangan Ain

Ibu Johan masih dirumah Azie. Masih tidak puas hati walaupun bukan depan Ain Azie yang menjadi mangsa. Terus disabitkan dengan keluara Ain bersubahat sama menyembunyikan status Ain walaupun mereka semua tahu Ain masaih isteri orang. Namun Azie tetap dengan pendiriannya yang Azie xbersalah dalam hal ni. Johan sudah mengetahui cerita sebenar pasal Ain dah lama sejak di Australia lagi kenapa Ain jugak yang dia nak. So, disini kedua-duanya bersalah

Rupanya panggilan telefon diterima Johan tadi adalah dari eja, adik Ain.mnadapatkan kepastian kenapa Eja mahu berjumpanya sambil memandang Eja penuh makna



Jelas Eja dia Cuma  mahu bertanya samada benar kah Johan sekarang sedang bercinta dengan Azie dan Eja mahu Johan menerima keadaaa ain yang realitinya



Dibilik Am;
Ain menatap baju tido kotakkotak yang dibeli untuk Am.Cepat-cepar disorokkan dibawah seiimut bila Am keluar dari toilet. Am sperti mengagak ada sesuatu disembunyikan isterinya. Bila Ain masuk toilet, Am cuba melihat apa yang disorok ain. Rupanya baju tdo. Am Cuma tersenyum. Diletakkan balik ditempat asal

Mereka bersiap-sipa untuk solat berjemaah bersama tetamu yang hadir kenduri mereka. Am ternampak Ain sedang membetul-betulkan telekung sembahyangnya. Am cuba ingin membantu Ain


“Tak apa taka pa..  ain kan ada wuduk” tepis ain

“Ye la tuan puteri bila dah sedia sila keluar” pesan Am sebelum keluar “ asssalamualaikum”.. “waalaikumussalam” jawab Ain sambil senyum simpul

Tiba tiba satu suara cuba mempengaruhi Ain

“Kenapa kau duduk sini Ain . Macam mana Aku nak tidur dengan selesa kalau aku kena kongsi bilik dgn dia.” tiba-tiba Ain terbayang-bayang wanita yang bersama Am di restoran tempoh hari. masih menajdi tanda Tanya. Siapa kah itu


Mak ain yang tidak dapat menghadirkan diri di majlis diorang tidak pernah putus mendoakan supaya Ain dikuatkan iman dan semangat untuk Ain mengadapi ujian, dilindungi dari segala keburukan dandiberi kebahagiaan dunia dan akhirat

Apabila Ain keluar dari bilik terus ke tempat jemaah sedang menunggu untuk berjemaah. Am sedang berbual-bual dengan imam. Mama Ain sempat bertanya serba sedikit mengenai mak Ain


“Dia memang nak sangat datang tapi adik bobgsu ain ada periksa. Tak dapat datang”Ain menrangkan sebab ibunya tak dapat datang

Sementara itu Azie yang telah mengetahui yang Ibu Johan telah meminang Ain untuk Johan. Dia tersangat kecewa dan penuh tanda tanya


Kembali ke rumah mama Am ketika semuanya sudah bersedia untuk berjemaah bersama. Pak Abu Imam menyarankan agak solat mereka diimamkan Am lebih afdhal katanya. Mulanya Am menolak tetapi akhirnya Am tidak dapat menolak lagi. Am meneruskan menjadi Imam

Ain yang awalnya memperlekehkan Am tidak boleh menjadi Imam akhirnya bagai tak percaya Am menjadi imam mereka malam itu

Selesai solat kelihatan Ain menangis teresak-esak. Dia mula sedar satu persatu begotu banyak dosa dia pada suaminya. Dia bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana diberikan seorang suami yang bertanggungjawab seperti Am. Malah dia juga berbangga dengan suaminya

Ain terus salam mama Am dan mintak ampun sambil menangis. Am menyedari perbuatan Ain itu 

“Alhamdulillah ini semua kaasa allah. Ini lah airmata sorg isteri yg mengerti pengorbanan suaminya” kata mama Am pada Ain penuh syukur dan percaya pada kuasa maha Esa

Manakala Azie juga turut mendoakan hubungan dia dan Johan agak diberikan petunjuk. Sambil selepas solat Azie masih cuba menghubungi Johan masih tidak dapat dihubungi

Kembali ke rumah mama Am. Am salam mamanya sambil memohon ampun atas segala salah dia selama ini. Dia sedar Am dah banyak susahkan mama. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.

Dan Ain juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. Am mula bergenang airmata

“Ain mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abang banyak sabar dengan Ain. Ampunkan Ain bang.” Kata Ain sambil mencium tangan suaminya tanda hormat.. Am terus memeluk Ain dan mencium kepala Ain. Mereka sama-sama menangisi keadaan itu.

Dikesempatan itu mama Am menyerahkan cincin ke tangan Am untuk disarungkan ke jari manis Ain. Ini bagaikan cincin perkahwinan meraka. Ain merasa seperti pengantin baru yang menjalani saat pembatalan air sembahyang disarungkan cincin. Alhamdulillah walaupun agak lambat akhirnya Ain merasa seperti baru dinikahi. Mama Am juga amat senang dengan situasi itu. Tiada lagi sengketa antara mereka.senang tiada lg sengketa. Mulai saat ini tiada lelaki lain dalam hidup Ain selain Adam mukhriz







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa Episod 54

Johan masih cuba mempertahankan Ain dengan mengatakan Am tidak serious dengan Ain. Selama ini Am mengaburi mata Ain melalui duit nafkah bulanan yang diberikan supaya Ain terus terikat dengannya. Dakwa Johan Ain terseksa seperti yang diketahui sewaktu diAustralia dulu. Dia tidak mahu Ain terus menderita dibawah ikatan Am. Tapi ibu Johan tetap mahu Johan terus melupakan Ain. Masih ramai wanita lain yang jauh lagi baik dari Ain yang telah menipu mereka.


Hubungan Ain dan Azie yang kembali pulih makin utuh. Mereka berkongsi segala suka duka seperti tiada sebarang sengketa pernah melanda mereka. Mereka juga sama-sama mendoakan kebahagian antara mereka dengan pasangan masing-masing.




Ain memulakan persiapan diri untuk berhadapan dengan keluarga Am. Dia membelikan beberapa helai pakaian sebagai cenderahati untuk ahli keluarga Am menandakan tautan ikatan kekeluargaan antara mereka dan Ain bersedia menjadi sebahagian dari ahli keluarga mereka juga tidak ketinggalan untuk sang suami yang sudah mula bertakhta dihati Ain.Ain mahukan sesuatu yang personal yang membuatkan Am sentiasa dekat dengan Ain. Akhirnya Ain memilih satu kemeja petak untuk Am.
(yang ni saya ingat dia nk belikan jam tangan. Teringat pulak ombak rindu)



Sebelum itu Ain menghubungi ibunya mengajak ibunya sertai kenduri mereka. Namun ibunya menolak kerana kenduri diadakan hari bersekolah dan Suria (adik Ain) harus bersekolah memadangkan dia menghadapi peperiksaan. Hadir atau tidak itu bukan perkara utama yang penting ibunya sentiasa doakan segala yang terbaik untuk anaknya.

“Ingat pesan mak. Jaga hubungan suami isteri. Jangan buat perkara yang tidak disukai suami. Jaga aib suami.”
“Insyaallah pesan mak sentiasa Ain ingat”


Ibu Ain tahu dan dapat merasakan anaknya itu akan memasuki fasa baru sebagai seorang isteri dan mengharapkan kebahagiaan milik mereka. Dia bersyukur akhirnya Ain dibukakan hati untuk menerima Am sebagai suaminya.


Manakala ibu bapa Johan masih memikirkan perihal anaknya yang seakan gila talak pada Ain. Semua angkara Ain tekanya. Ain yang tidak membataskan diri berkawan walaupun dia tau dia sudah bersuami. Sukar untuk ibunya menerima Ain kembali.

Pagi itu, Ain sudah siap sepenuhnya untuk memulakan hari yang baru dan kehidupan baru bersama Am. Azie seperti biasa dan memahami kebahagiaan yang dirasakan Ain. Azie cuba mengusik-usik Ain yang kelihatan sangat berseri-seri.



“Akhirnya Adam bersatu juga dengan Hawanya” begitu la tertulis. Kalau jodoh sudah tertulis lambat atau cepatnya pasti ianya akan bersatu. Azie turut gembira dengan kebahagiaan Ain.

Kedengaran bunyi hon dari luar rumah menandakan Ain harus pergi mengikuti suaminya. Azie sentiasa doakan segala yang terbaik untuk sahabatnya. Malah Ain juga berpesan pada Azie untuk tidak manangguhkan perkahwinan dia dan Johan.



“Welcome home sayang”
Ucap Am setibanya di rumah mama Am. Semua persiapan kenduri sedang dijalankan. Keluar dari kereta Am ain kelihatan seperti kaget melihat semua persiapan itu. Sepertinya kenduri yang agak besar

“This is not my plan” tegas Am mengenai semua persiapan itu
Ain faham kerana sedari awal dia sudah mengtahui yang mama Am yang merancang semuanya untuk mereka
“ Masuk la” Jemput Am pada Ain sebagai menantu rumah tersebut

Dibilik Am memperkenalkan biliknya.

“Terima kasih kerana Ain telah menerima Am seadanya”
Ain cuma mengangguk namun dihatinya bergetar bila bertentang mata dengan suaminya Am.



Baru Am mahu mengatur ayat lagi tetapi pintu bilik diketuk seseorang. Ah! Kacau. Gertak am didalam hati.

“I’ll be back” pesan Am sambil meniru gaya bangsa kulit hitam sambil dia buat isyarat supaya Ain tunggu dia.

Ain membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan baju yang dibeli untuk Am. Dipeluknya baju tersebut. Seakan tidak sabar memeluk suaminya




Di rumah Ain dan Azie ibu Johan datang tanpa diundang. Agak kehairan Azie menerima kedatangan ibu Johan.

“Mana Ain” Azie kehairanan dengan aksi ibu Johan
“Kamu tahu mengenai status Ain kan” Tanya ibu Johan lagi
“Saya pun baru jugak tahu” jawab Azie “kenapa ya” sambung azie lagi

Bersambung diepisod akan datang. Episode paling dinanti ramai. Episode kenduri kendara


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa episod 53

Johan masih terngiang-ngiang kata2 Ain yang memutuskan hubungan mereka. Bukan mudah baginya. Dia masih bertekad untuk meneruskan niatnya

Di awal pagi keesokannya, Ain memandu pulang ke kampung bagi menyelesaikan masalah mengenai ibu johan yang akan datang ke rumahnya hari ini. Tetapi dikepala Ain masih tertanya-tanya siapa wanita yang bertemu Am di restoran semalam. Dia mula meragui Am.

Sementara Azie sedang beranganan Johan akan melamarnya sikit waktu lagi

Tiba dikampung sambil terbaring diribaan ibunya tanda melepaskan rindu si anak pada ibuhya. Ain meluahkan rasa risau dan serba salah atas kedatangan ibu Johan sedangkan dia sudah terangkan segalanya pada Johan. Sambil itu ibu Ain cuba mengorek cerita anaknya itu suami isteri

"Ain dengan Adam dah serumah?"
Ain menggeleng kepala tanda tidak. Ibunya mengucap panjang
"Dia tak ajak kita pun. Tak kan kita nak terhegeh-hegeh" ain menjawab manja.
(Kalau la Am dengar ni. Mau dan dan ni jugak Am datang jemput Ain ke rumahnya)
Ibunya dapat rasakan kali ini nada Ain agak berbeza
"Maknanya ain dah berbaik2 dengan Am"
"Ntah. Macam tu la sekali baik sekali gaduh"
"Biasa la adat la gaduh gaduh. Nama pun suami isteri"
Ibu Ain gembira dengan perkembangan terbaru anak dan menantunya itu


Dirumah mama Am sedang mengaturkan kenduri kesyukuran diatas perkahwinan Adam dan Hawanya. Segalanya telah diatur rapi malah Kak Zah sudah mula menjemput beberapa saudara dan kenalan dekat.

"Ma, tak rasa mcm tlalu awal ke?"
"Ini la masanya. Nanti kalau dah gaduh dah tertangguh lagi"
Am menolak untuk mengadakan kenduri besar-besaran kerana mereka sdh 8 thn berkahwin. Tiada lagi istilah pengantin baru. Tapi mama ain tetap berkeras untuk meneruskan kerana sudah lama dipendamkan niat itu


Ain harus segera pulang. Sambil mbawa bekalan makanan ibunya.

"Lg satu hal am tu jgn lengah2kan" psn mak ain sementelah Ain bergegas pulang utk mengelak btembung ibu johan

Didlm perjlnn pulang ain terserempak kereta ibu bapa johan. Cepat-cepat ain bertukar laluan

Telefon ain berbunyi
"Assalamialaikum menantu mama"

Mama Am terus mengingatkan Ain mengenai kenduri mereka kerana tarikh sudah ditetapkan. Ain mengikut sahaja.

Sebelum menamatkan perbualan mama Am memberikan telefon kepada Am

"Pandai nk pancing kita bg mama ckp dulu. Nak apa ni?" gurau Ain
"I Love u too" tiba-tiba keluar dari mulut Am

Setibanya Ibu bapa Johan di rumah Ain ibu ain teah menjamu mereka dengan juadah kampong. Selesai menjamu selera mereka berbincang di ruang tamu. Bunyi yang agak serious. Pastinya mengenai hubungan Johan dan tujuan utama Ibu Joha  ketemu ibu Ain itu

Sy ingtkan faridah dtg nk putuskan yg kita bincang hr tu
"Xde la ini johan dah pilih untuk ain" sambil menghulurkan sebentuk cincin tanda. Ibu Ain tergamam
"Faridah, johan xde ckp apa2 ke?"

Ibu Ain cuba menerangkan segala kebenaran biarpun sedikit dimarahi oleh ibu johan yang amat kecewa.
Dia tetap menyalahkan Ain dan Ibunya kerana tidak menerangkan dari awal yang Ain sudah bersuami. Walaupun telah diterangkan yang Johan telah mengetahui mengenai status Ain dari awal. Namun ibu Ain menerima segala cemuhan Ibu Johan seperti yang dijangkakan. Tiada apa yang boleh diucapkan melainkan ucapan maaf

Manakala di kolej Ain beberapa pelajar sedang memperkatakan tentang sesuatu. Rupanya kehadiran Am dikolej Ain sedikit mngujakan beberapa pelajar. Am hadir bersama sejambak bunga ditangan. Tentunya untuk isteri tercinta.

"Macam tak suka je" Tanya Am sebaik Ain datang ke arahnya

Ain menerima bunga itu tanpa kata

"Pensyarah pun manusia juga ada perasaan" ulas Am
"Kenapa dtg tak sempat tggu ain hbs mengajar ke"
"Hal kenduri kita. Dah lupa ke?" Am menerangkan tentang kehadiran dia hari itu
"Kenapa? Am panik ke? Kata nak buat biasa-biasa je"

Am menarik buku ditangan Ain tanda membantu Ain membawa barangannya sedang Ain menggengam jambak bunga pemberian Am Tadi

Segala perbuatan mereka ini diperhatikan Fauzi dari jauh. Tahu la Fauzi pensyarahnya itu bahagis dengan suaminya. Dan dia tau si suami boleh membahagiakan pensyarah yang pernah dicintainya itu. Fauzi senyum tanda restu yang redha

Johan masih seperti hilang waras. Masih dengan berbagai alasan dan cara untuk dapatkan Ain

"Mulai skrg ibu xizinkan dan tak restu kamu jampa Ain lg" Ibu johan memberi alasan sambil menolak kehadiran Ain lagi dalam hidup mereka

Bersambung episode seterusnya
sebelum tu lets enjoy the photos













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pos poskad 70 tahun baru sampai

Di ambil dari metro ahad, 25.11.2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fesyen artis di Shout Award

Sumber gambar adalah seperti yang tertera pd gambar. Tq ya
Dan ada juga yang diambil dari instagram artis itu sendiri

* Marsha milan sangat hawt! Superb beb

* Yuna suci dalam pitih urban. Tetap muslimah di award yang bingit2 ni

* Yasmin Hani kelihatan sangat berisi. Atau mungkin ketiadaan kain tutup bahagian atas bahunya membuat dia kelihatan sangat sihat atau mungkin kerana bersama geng2 celepet yang lain semua kecik2 molek

* Sara Ali. Trending tiba-tiba dengan seluar pendek ala2 kato' tu. memang dia tunggu nk pakai macam ni kat award kut

* Nabila Huda. Seperti selalu. Begitu la dia. Artia tidak hipokrik. Tp majlis ini memang dicipta untuk orang2 sepertinya. Enjoy ur night gurl

KOMEN-KOMEN SAYA DISINI HANYA BERDASARKAN GAMBAR. SORI KERANA SAYA TIDAK MENONTON. 2 MINIT PERTAMA TENGOK SAJA SAYA SUDAH PENING. MUNGKIN KERANA SALURAN INI SENDIRI (708) TIDAK PERNAH SEBATI DENGAN JIWA SAYA













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS