Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 49



Berkisar kepada pertemuan enam mata antara Azie, Johan dan Ain

Sambungan episode lepas di mana Ain telah menetapkan tempat untuk bertemu Azie dan Johan bagi menyelesaikan masalah hubungan mereka. Azie menunggu dalam gelisah sambil ditenangkan Johan. Azie yang diburu rasa bersalah tidak sanggup bertentang mata dengan Ain sambil memikirkan sekirakan Ain bertindak diluar kawalan samada marahkan dia atau malukan mereka direstoran yang dijanjikan

Ain yang hadir dihantar Am terus memasuki restoran tempat yang dijanjikan. Menolak pelawaan Am untuk menemaninya Ain rasakan ini masalah mereka bertiga tidak perlu Am masuk campur.

“take care sayang” ucap Am sebaik ain keluar dari keretanya.

Belum sempat Am meninggalkan tempat itu dari jauh kelihatan 2 pasangan yang sangat dikenali terutama si perempuan

Dee dengan Mustafa??”

Am rasa tidak sedap hati. Terus dibatalkan niat untuk pulang

Sebaik Ain masuk ke restoran. Dilihat kelibat Azie dan Johan sangat mesra. Dia berfikir sejenak kenapa selama ini dia sangat kejam langsung tidak diberi peluang pada Azie dan Johan. Sememangnya mereka secocok bersama

Terus ke meja mereka. Azie yang serba salah memandang Ain dengan pelbagai andaian. Namun Ain hadir dengan senyuman tanda merestukan hubungan mereka.
 
Ain menerangkan kepada mereka yang dia langsung tidak marahkan Johan dengan apa yang berlaku namun sedikit terasa hati kerana mereka tidak mencerikan perial sebenar dan terus menjalinkan hubungan dibelakang Ain. Ain menerima hubungan mereka dengan hati yang terbuka. Ain menerangkan juga dia sayangkan Azie sebagai kawan baiknya. Namun Johan yang merupanya orang yang paling kenal masa silam Ain sepatutnya harus berterus terang dengan Ain

Azie curiga dengan mereka. Azie merasakan Johan dan Ain seakan menyembunyikan sesuatu darinya.

Johan membuka mulut menceritakan perihal Ain telah berkahwin suatu ketika dulu.
Namun Johan masih dengan teorinya. 8 tahun Ain ditinggalkan sudah cukup memutuskan hubungan Ain dan suami.

“I’m still his wife” Ain menolak tanggapan Johan sambil menerangkan perihal sebenar

Azie terkejut dan tertanya-tanya siapa suami Ain

Disamping itu Dee yang ternampak kelibat Ain dan kawan-kawannya di restoran yang sama seperti biasa terus mengganggu Am.

Am seakan sudah mengagak Dee akan menghantar mesej padanya mengenai Ain. Tapi Am terlalu mengenali Dee sebagai perempuan yang paling teruk yang dia pernah jumpa. Tidak usai dilayan dengan provokasi Dee itu

Dari jauh Azie terlihat satu kelibat manusia

“Eh.. itu kan Am’

Am terus menghampiri mereka bertiga. Ain tergamam namun menerima kehadiran Am

“Assalamualaikum”
“Am I disturbing”
“No, just in time” Ain menjawab seperti bangga dengan heronya


“Hai sayang” dihulurnya tangan pada Ain. Ain menyambut tangan suaminya. Tiba-tiba Am bersikap amat romatik dengan mencium tangan Ain.

Azie masih tertanya-tanya

Am mengambil tempat disebelah Ain.

“Johan, kenalkan. This is my husband, Adam Mukhriz”
Azie tergamam. Seakan tidak percaya. Dan sekaran persoalannya tadi terjawab

Johan gelisah dan tidak puas hati. Dia tidak gemar situasi itu kerana di mindanya masih ingat dan kenal Am seperti cerita Ain dahulu

Dee pulak sangat terpukul dengan kehadiran Am di meja Ain sebentar tadi denganmelihat dimata sendiri kemesraan Am dan Ain

Dalam perjalanan pulang Azie sangat puas hati dengan pertemuan dengan Ain tadi. Seperti sudah reda satu masalahnya bilmana dia tau Ain sebenarnya isteri Adam Mukhriz. Sekarang tiada lagi gangguan hubungan nya dengan Johan

Johan pula tidak dapat menerima perlakuan Ain tadi. Dia rasa Ain macam mahu mengenakan dia dan berpakat dengan Am

Manakala Ain pulang dengan Am

“Can I ask you something?” Am memulakan bual. Am bertanyakan Ain mengenai perlakuan Ain tadi adalah dengan ikhlas atau hanya mahu menunjuk-nunjuk dihadapan Azie dan Johan seperti mahu mengubat luka dihati Ain sendiri

Disitu berlakunya sedikit pergaduhan kecil. Bak kata Ain

“Boleh tak Am jangan bercakap. Bila Am bukak mulut je kita gaduh” memang Ain akui dia terpaksa berlakon sebagai loving couple dengan Am bagi menjaga airmuka Am sebagai suaminya

“Bagaimana kalau Ain tidak menyambut tangan Am tadi?” Tanya Ain. Memang tindakan bijak Ain untuk tidak mengeruhkan keadaan walaupun secara realitinya mereka berdua masih bergolak dengan perasaan tarik tali

Saksikan kisah selanjutnya untuk episod akan datang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: