Sambungan dari episode lepas Johan menerima panggilan dari seseorang
“Nak jumpa? Kat mana ye? I'll see u there” Janji johan untuk bertemu seseorang
Sementara itu ibu Johan yang ke rumah Azie menuduh Ain sengaja merahsiakan statusnya sebagai isteri selama ini untuk menagih simpati Johan yang akhirnya membuatkan Johan jatuh cinta padanya
“Ain tak mcm tu. tak baik tuduh dia” Azie terus menyebelahi Ain kerana dia amat yakin dengan rakan karibnya itu tidak seperti yang dituduh ibu Johan
“Yang kamu nak menyebelahi dia kenapa? Sepatutnya dari dulu lagi Johan tu dengan kamu bukan dengan dia” Tegas Ibu Johan yang masih marah
Dirumah mama Ain mereka berkumpul keleuarga tanpa Ain dan Am (dorang masih duk malu-malu dalam bilik). Mama Am bersyukur dan rasa seperti mimpi bila mana rancangannya untuk menyatukan mereka akhirnya tercapai. Seperti kata suami Kak Zah ini la Adam dan Hawa versi moden
“Ain hawani… Sepatutnya kita yang bagi hadiah kat dia.. erm…” getus mama Am sambil membelek-belek cenderahati sumbangan Ain
Ibu Johan masih dirumah Azie. Masih tidak puas hati walaupun bukan depan Ain Azie yang menjadi mangsa. Terus disabitkan dengan keluara Ain bersubahat sama menyembunyikan status Ain walaupun mereka semua tahu Ain masaih isteri orang. Namun Azie tetap dengan pendiriannya yang Azie xbersalah dalam hal ni. Johan sudah mengetahui cerita sebenar pasal Ain dah lama sejak di Australia lagi kenapa Ain jugak yang dia nak. So, disini kedua-duanya bersalah
Rupanya panggilan telefon diterima Johan tadi adalah dari eja, adik Ain.mnadapatkan kepastian kenapa Eja mahu berjumpanya sambil memandang Eja penuh makna
Jelas Eja dia Cuma mahu bertanya samada benar kah Johan sekarang sedang bercinta dengan Azie dan Eja mahu Johan menerima keadaaa ain yang realitinya
Dibilik Am;
Ain menatap baju tido kotakkotak yang dibeli untuk Am.Cepat-cepar disorokkan dibawah seiimut bila Am keluar dari toilet. Am sperti mengagak ada sesuatu disembunyikan isterinya. Bila Ain masuk toilet, Am cuba melihat apa yang disorok ain. Rupanya baju tdo. Am Cuma tersenyum. Diletakkan balik ditempat asal
Mereka bersiap-sipa untuk solat berjemaah bersama tetamu yang hadir kenduri mereka. Am ternampak Ain sedang membetul-betulkan telekung sembahyangnya. Am cuba ingin membantu Ain
“Tak apa taka pa.. ain kan ada wuduk” tepis ain
“Ye la tuan puteri bila dah sedia sila keluar” pesan Am sebelum keluar “ asssalamualaikum”.. “waalaikumussalam” jawab Ain sambil senyum simpul
Tiba tiba satu suara cuba mempengaruhi Ain
“Kenapa kau duduk sini Ain . Macam mana Aku nak tidur dengan selesa kalau aku kena kongsi bilik dgn dia.” tiba-tiba Ain terbayang-bayang wanita yang bersama Am di restoran tempoh hari. masih menajdi tanda Tanya. Siapa kah itu
Mak ain yang tidak dapat menghadirkan diri di majlis diorang tidak pernah putus mendoakan supaya Ain dikuatkan iman dan semangat untuk Ain mengadapi ujian, dilindungi dari segala keburukan dandiberi kebahagiaan dunia dan akhirat
Apabila Ain keluar dari bilik terus ke tempat jemaah sedang menunggu untuk berjemaah. Am sedang berbual-bual dengan imam. Mama Ain sempat bertanya serba sedikit mengenai mak Ain
“Dia memang nak sangat datang tapi adik bobgsu ain ada periksa. Tak dapat datang”Ain menrangkan sebab ibunya tak dapat datang
Sementara itu Azie yang telah mengetahui yang Ibu Johan telah meminang Ain untuk Johan. Dia tersangat kecewa dan penuh tanda tanya
Kembali ke rumah mama Am ketika semuanya sudah bersedia untuk berjemaah bersama. Pak Abu Imam menyarankan agak solat mereka diimamkan Am lebih afdhal katanya. Mulanya Am menolak tetapi akhirnya Am tidak dapat menolak lagi. Am meneruskan menjadi Imam
Ain yang awalnya memperlekehkan Am tidak boleh menjadi Imam akhirnya bagai tak percaya Am menjadi imam mereka malam itu
Selesai solat kelihatan Ain menangis teresak-esak. Dia mula sedar satu persatu begotu banyak dosa dia pada suaminya. Dia bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana diberikan seorang suami yang bertanggungjawab seperti Am. Malah dia juga berbangga dengan suaminya
Ain terus salam mama Am dan mintak ampun sambil menangis. Am menyedari perbuatan Ain itu
“Alhamdulillah ini semua kaasa allah. Ini lah airmata sorg isteri yg mengerti pengorbanan suaminya” kata mama Am pada Ain penuh syukur dan percaya pada kuasa maha Esa
Manakala Azie juga turut mendoakan hubungan dia dan Johan agak diberikan petunjuk. Sambil selepas solat Azie masih cuba menghubungi Johan masih tidak dapat dihubungi
Kembali ke rumah mama Am. Am salam mamanya sambil memohon ampun atas segala salah dia selama ini. Dia sedar Am dah banyak susahkan mama. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.
Dan Ain juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. Am mula bergenang airmata
“Ain mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abang banyak sabar dengan Ain. Ampunkan Ain bang.” Kata Ain sambil mencium tangan suaminya tanda hormat.. Am terus memeluk Ain dan mencium kepala Ain. Mereka sama-sama menangisi keadaan itu.
Dikesempatan itu mama Am menyerahkan cincin ke tangan Am untuk disarungkan ke jari manis Ain. Ini bagaikan cincin perkahwinan meraka. Ain merasa seperti pengantin baru yang menjalani saat pembatalan air sembahyang disarungkan cincin. Alhamdulillah walaupun agak lambat akhirnya Ain merasa seperti baru dinikahi. Mama Am juga amat senang dengan situasi itu. Tiada lagi sengketa antara mereka.senang tiada lg sengketa. Mulai saat ini tiada lelaki lain dalam hidup Ain selain Adam mukhriz
0 comments:
Post a Comment