Powered by Blogger.
RSS

2nd Anniversary, tough but yet sweet


14/03/2011 – Alhamdulillah genap la 2 tahun usia perkahwinan saya dan the only Mohd Fairus Nizam yang bertakhta dihati..ceeewaahh. Segala kebahagian yang dicipta antara kami telah ditafsirkan dengan kehadiran putera permata hati pujaan kalbu kami ‘ Reefqi Azzuri Firzani’ berusia 1 tahun 2 bulan yang saban hari mengeletek kami dengan aksi2 keletahnya.


Seketika biarkan saya menjejak cerita disebalik kebahagian ini

Masih baru dan masih segar diingatan segala kesukaran dan kepayahan ditempuh sepanjang 5 tahun persahabatan terjalin sebelum kami mengambil keputusan utk mendirikan rumahtangga. Bukan satu perjalan yang mudah untuk kami terutama saya. Terlalu berliku dan terlalu sukar. Sekali lagi syukur, walaupun sukar namun berjaya saya harunginya. Bukan satu dua dugaan yang hadir sepanjang 7 tahun saya mengenali lelaki itu malah sudah beberapa kali sy di hasuti dgn anasir2 jahat yang hampir membuat sy hilang pertimbangan. Namun saya tahu dan insyaallah selamanya sy akan kekalkan untuk selamanya kami harus bersama



Syukur juga pada tuhan andai sy tidak diuji pasti saya tidak sekuat sekarang. Pasti Allah menguji kita bersebab untuk memberi kita peluang lain juga kerana Dia tahu hambaNya ini mampu mengharunginya


Kita tutup cerita sedih itu. Semua itu kita jadikan pengajaran dan pengalaman.. Byk sgt lg yang harus sy pelajari dan perbaiiki dlm ilmu rumahtangga ini. Andai dibuat satu jangkamasa pembelajaran untuk belajar iilmu ini tidak akan lengkap dengan kiraan semester dan penggal. Hingga ke akhir hayat saya harus belajar untuk menjadi isteri, sahabat, ibu dan teman yang baik utk keluarga saya.


Akhir sekali terima kasih cinta kerana sy berjaya mengucupi nikmat bercinta ini


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget