Powered by Blogger.
RSS

Siapa Rakan Karib Anda



Terpanggil untuk bercerita mengenai kawan baik selepas membaca borak pak nil di harian metro ahad lepas. Ini adalah salah satu coretan wajib dibaca setiap hari minggu samada di akhbar mahupun alam maya.

500% bersetuju dengan tulisan pak nil ini. Secara ringkasnya adalah mengenai dia sorang artis popular tetapi tidak mempunyai kawan baik yg blh berkongsi segala2 mengenai curahan isi hati, keresahan, kegembiraan, kedukaan dan segala2nya. Sebagai manusia biasa tidak dpt lari dari segala perasaan itu. Kerana hokum karma menjanjikan hidup tidak selalunya di atas. Klu hari ini kita gembira esok lusa mgkn kita berduka. Di saat kedukaan itu kekadang kita perlukan seseorang utk meluahkan segala yg terbuku dihati. Seceria mana pn seseorang itu pasti ada hari sedih hari duka hari resahnya. Dan sekelam mana pn hidup seseorang itu pasti ada hari bahagianya walau Cuma sekelumit. Bukan hnya kita berkongsi duka ada ketika diwaktu kita sgt gembira pn juga kita memerlukan seseorang utk diceritakan kegembiraan dan kejayaan hati ini. Namun tidak semua org blh dan mampu menjadi pendengar/rakann yang baik. dia mgkn seorang pendengar tp dia bukan rakan baik. Silap pilih kita akan terkena balik.

Persoalannya siapakah yang layak menjadi teman, rakan, kawan karib kita ini yg secara mudah blh dikatakan kawan sehidup semati. Sy menyokong tulisan pak nil itu yang mengatakan dia memilih ahli keluarga nya sebagai rakan baik dia yang juga tempat meluah segala isi hatinya. Benar, pengajaran mendewasakan. Pak Nil pernah ditikam rakan baiknya sendiri sebelum ini itu yang mmbuatkan dia skrg tidak lg percayakan org luar untuk mejadi teman akrabnya melainkan adik beradiknya sendiri

Dan disini sy juga sependapat dengan mengatakan kawan baik sy adalah suami sy. dia tahu segala2 nye kegembiraan sy kedukaan sy dan sekiranya sy marah dia sekalipun sy akan luahkan padanya. Teringat kata2 Datuk Shah Rukh Khan dlm filem ‘kuch kuch hota hai’ dulu katanya “Love is friendship”. Yes, exactly yes.

Bukan maknanya sy tidak ada teman dan kawan2 lain. ada juga tetapi semuanya ada batasan. Pernah seketika dulu sy menggangap seseorang itu adalah kawan akrab sy bagai mau sehidup semati. Segala luahan isi hati yg tidak terlahir zahir akan diluah ceritakan.. namun kecewa kerana lama kelamaan keakraban itu seakan tidak sehala. Bila tidak lagi sefahaman timbul kebencian mula manusia ini akan menjaja segala kisah2 peribadi kita yg dulunya tersimpan rapi. Serik rasanya.

Sekarang cukup la dan sy sentiasa beringat. Sekiranya bercerita kisah2 peribadi tidak usah la di panjang2kan cukup sekadar cerita secara kasar atau ada lebih baik tidak usah dibuka langsung ceritanya. Kalau ikutkan sekarang sy ada ramai kawan2 yang dikatakan mmg rapat namun rapatnya mungkin hanya dipejabat sekadar berkongsi kisah2 pejabat kisah2 syarikat. Untuk kisah2 peribadi amat terhad. Tp tidak la langsung tidak bukak mulut. Seperti apa nama anak sendiri nama suami pekerjaan suami dan tempat tinggal kita. Untuk mengetahui kisah sebenar kita biarla org sendiri menilai. Benar atau salah sy redha, lebih baik dr kebenaran yg ditokok tambah

Borak pak nil juga menulis, padanya rakan artis adalah saingannya jadi tidak perlukan diceritakan semua kisah peribadi dan tidak perlula terlalu rapat bak isi dan kuku. benar dalam sebarang bidang sekalipun dgn rakan sealiran tidak perlulah dianggap teman akrab kerana itu adalah saingan kita. Persaingan ini perlu untuk memotivasikan kita. namun harus juga untuk kita berkumpul sekali sekala atau berborak2 kosong sambil mendengar isu2 terkini takut nanti kita pulak yang ketinggalan

Cukupla suami sy menjadi rakan karib sy. sy percayakan dia akan menjaga kisah2 peribadi sy sebagaimana sy menjaga kisah peribadi kami berdua. Mgkn kerana sy agak berjauhan dengan keluarga berbanding paknil yang hampir setiap hari blh bersua muka dengan adik beradiknya. Sy tidak menidakkan peranan ahli keluarga utk mengambil tahu setiap cerita adib beradik yang lain. sy di kuala Lumpur dan kebanyakan ahli keluarga di Terengganu. Agak mustahil untuk sy menangis diganggang telefon sambil meluahkan perasaan pada mereka. Dalam byk luahan sy memerlukan bahu seseorang. Ada masa ketika dan permasalahan lbh senang bercerita dengan adik beradik juga ibu sy.

Itu la kisah sy mengenai kepercayaan seorang rakan karib. Perlu tetapi tidak semua org mampu menjadi rakan karib. Pilihkan rakan karib anda yang sebaik mungkin. Berpesan2 untuk diri sy juga

Tulisan ini sedikit sebanyak mungkin akan mencuit beberapa hati. Namum ini hanyalah luahan dan pendapat sy. diharap para pembaca memahami kebebasan saya dalam bernukilan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget