Powered by Blogger.
RSS

Di lahirkan pada 15 Dec 1948 oleh pasangan Muda dan Wook dengan nama Mat Jidin. Namun telah kembali dijemput Ilahi pada 21 Januari 2006. Semoga rohnya aman disana. amin...


Saya amat merindui Arwah. Teramat sangat. sukar digambarkan kerinduan saya saat ini. 5 tahun kepergiannya seakan baru semalam. tidak akan saya lupakan kejadian seminggu selepas Aidiladha tahun tersebut. Terngiang2 ditelinga panggilan telefon dari ibu memanggil kami adik beradik pulang ke kampung kerana ayah sedang nazak. seakan mamai kerana panggilan diterima jam 3 pagi. temenung sejenak memikirkan apa yang harus aku laku kan. pelbagai persoalan bermain dibenak kepala.


2 hari selepas diserang serangan strok yang terus membuatkan ayah koma akhirnya ayah menghembuskan nafas terakhir dirumah kami ketika semua anak2nya berada disisi. sukar menerima kenyataan diwaktu itu. serasa hampir separuh hidup direntap. Mak banyak menenangkan saya. juga mengenangkan mak tentukan lebih perit menerima kepergian seorang suami dari saya yang kehilangan seorang bapa yang hanya kadang kala pulang ke kampung berbanding mak yang setiap hari menjaga, berteman, berbual, bermanja, berkasih, bersayang dan berkongsi dengan ayah. sedikit demi sedikit saya cuba menerima hakikat sy kini telah ketiadaan bapa.


sedikit ingin aku imbas peribadi ayah yang sentiasa dekat dengan ku.


seorang yang tegas dan garang tapi ramah dan happy go lucky. rumah tidak akan sunyi bila dia ada. teringat saya bersahur dibulan puasa rumah kami tidak pernah sunyi walaupun jam 4 pagi seakan 8 malam. cukup meriah dengan gelak gelak tawa dan gelagat kami anak beranak yang biasanya didalangi ayah. sungguh lucu bila kenangkan keletah ayah. sungguh kami rindukan ayah. andainya saya tau itu hari terakhir sy berjumpa sy tidak akan berenggang dengan ayah. namun takdir tuhan tiada siapa boleh menghalang


Ayah seorang penasihat yang baik juga. banyak nasihat yang diturunkan. paling saya banyak guna pakai adalah dalam perniagaan. walaupun ayah cuma menjalankan pernigaan SME tp pada saya dia pengurus yang amat bijak disamping itu dia juga banyak berpesan2 mengenai hubungan dengan masyarakat, agama dan pelbagai lagi. banyak perkara yang nmpk seperti remeh tapi pada ayah tiada titikberatkan


cuma saya sedikit ralat kerana ada beberapa impian saya yang belum sempat diberikan ayah. rasanya terlalu cepat ayah pegi pada usia 56 tahun. namun sya redha bukan saya seorang sygkan ayah Dia juaga sygkan ayah.. semoga ayah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. alfatihah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget