Powered by Blogger.
RSS

Keikhlasan dan doa seorang kawan


Awal pagi tadi semalam saya terdengar renungan di radio pagi mengenai tips untuk menjadi insan cemerlang adalah ikhlas dan doa kita kepada kawan. Saya terpanggil untuk mengulas lebih lanjut. Saya juga kurang pasti di mana saya, samada insan cemerlang samada seorang yang ikhlas samada seorang yang suka mendoakan kebaikan atau mungkin keburukan kawan sendiri. namun memang saya akui saya bukan la seorang yang sangat maksum sesempurnanya sebagai seorang kawan.ada kalanya saya harus dan perlu hipokrik demi menjaga hati kawan dan rakan yang lain.

Alhamdulillah saya mempunyai agak ramai kawan. Walaupun jika dibanding didalam laman facebook sy bukan antara yang mempunyai paling ramai kawan mungkin kerana saya bukan artis tapi sekurang-kurangnya walaupun sekadar 200 orang rakan hampir kesemuanya masih boleh dihubungi dan saling mengambil berat berbanding sesetengah nya yang mempunyai ribuan malahan ada yang mencecah jutaan rakan tp berapa orangkan yang betul-betul rakan di laman reality juga.

Dan sebagai seorang wanita berkerjaya dan mempunyai perniagaan sendiri (walaupun kecil kecilan) saya harus berkawan dengan semua orang. Saya memang gemar berkawan tapi batas had seorang kawan masih saya berjaga-jaga. Seperti artikel sy sebelum ini mengenai rakan karib jadinya saya berhati-hati untuk mengangkat seseorang menjadi seorang rakan karib

Ingin saya menyentuh sedikit disini mengenai keikhlasan seorang rakan. Sebagai peniagawati saya dikelilingi rakan yang juga pesaing-pesaing saya. Memandang satu persaingan yang sihat sebagaimana pernah diucapkan seorang sifu sedikit masa dulu. Rezeki Allah ini luas dan besar. 1 yang kita beri Allah akan bukak kita lg pintu rezeki yang lg besar. dengan itu saya sentiasa sematkan keikhlasan dalam berkongsi segala ilmu yang ada dalam segala bidang dengan seikhlas mungkin semoga pintu rezeki saya dibuka lebih besar. Alhamdulillah. Untuk tidak berkira dengan rezeki Allah saya dipermudahkan dalam mencari rezeki lain. tetapi saya agak terkilan bilamana keikhlasana saya mula disalahguna dan diperkotak katikkan orang. Selama ini sy sentiasa sabar sy ‘pejam mata’ dengan isu-isu kecik pendapat saya ini semua kebetulan duniawi tp makin lama dirasakan makin melampau dan terasa saya dipergunakan. Sejujurnya sy bangga menjadi antara pencetus idea kepada kejayaan kawan tetapi rasa terkilan bila kejayaan orang itu adalah secara singkat. Memang kawan tidak jatuhkan saya malah insyaallah langsung tidak menggugat sebarang perjalanan saya Cuma hati saya terluka dan terkecil hati mengenang masih ada kawan yang langsung tidak menghargai keikhlasan yang diberikan selama ini

Apa-apa pun sy tetap mendoakan kawan-kawan. Walau tercuitnya hati saya dengan sikap kawan ini saya tetap mendoakan kawan saya ini dilimpahkan rezeki yang tidak putus dr yang Esa. Saya halalkan segala apa yg telah diberikan dulu Cuma akan datang saya akan pertimbangkan untuk menjadi lebih ‘kedekut’ dalam memberi kerana tidak mahu lagi saya dipijak-pijak. Pesan saya juga kepada mereka-mereka yang menjadi pesiang saya dalam masa yang sama rakan. Saya ini amat gemar perbincang dan berkongsi segala ilmu yang ada kerana denga berkongsi ilmu itu akan lebih cepat berada di kepala kita. tetapi tolong hormati ilmu yang diberikan kerana ada kalanya untuk mendapatkan sesuatu saya terpaksa mengkaji berbulan-bulan dan hingga mengeluarkan kos yang besar dan adakalanya terseksa zahir dan batin untuk mendapatkan kesempurnaan dalam keinginan produk sendiri. tolong hormati usaha orang. Saya faham perasaan bila ada yang mengagumi atau menjadikan seseorang itu idola atau ikutan atau apa sahaja tetapi tidak perlukan sehingga segala-galanya harus di tiru. Jadi diri anda, dan cari keistimewaan product anda sendiri

Tidak saya katakan semua kerana ada beberapa kawan yang benar-benar ikhlas juga adalah pesaing saya malah saya kagum bila kami boleh berbincang kea rah menjana dan memantapkan perniagaan masing-masing sambil langsung tidak menyentuh perniagaan masing-masing. Maknanya perbiancangan kami sentiasa berasas kepada membina dan menjadi lebih baik. itu adalah beza nya niat seseoang dalam bersahabat saya kira. Bila mana terkadang kita pernah cuba mahu berkawan dengan seserang kerana mahukan sesuatu atau ingin memberi sesuatu.. terpulang..

Satu mohon saya doakan saya bahagia dunia dan akhirat. Inyaallah. Harap maaf andai entry ini agak sinis

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget