Powered by Blogger.
RSS

Petanak Beach Chalet & Cafe

Assalamualaikum


Kesempatan balik ke Sibu saya amek kesempatan pegi la melawat saudara jauh suami di Mukah yg mengusahakan chalet kecik di psisiran pantai 

Sangat mendamaikan
Kelihatan 6 buah chalet kecil tersusun menghadap ke laut china selatan

Ini adalah tempat utama yg juga dijadikan sbg penyambut tetamu. Sebuah rumah yg agak besar. Sgt2 direkomen utk anda masuk dan melihat pelbagai koleksi pemilik. Tersangat byk koleksi yg akan mbuatkan anda semua terbeliak bijik mata hahahaha




Suasana matahati terbenam. OMG!!! Indahnya suasana mata memandang. Sgt sesuai bg penembak2 gmbr. Cuma sy ni xla mahir sgt amek gmbr pun dr fon. Begitu je la hasilnya

Actually ptg hari ramai jugak penduduk2 kg yg terdiri dr pelbagai usia dtg utk menikmati keindahan pantai petanak di petang itu 


Utk mereka yg suka memancing blh la bawak joran memasing. Ada mcm kuala kecik di tepi chalet ni. 

Pantainya tidak dlm pd pengamatan sy kerana terlihat seorang pemancing atau mgkn pjala berjalan hgga ke tengah pantai sana mgkn mcari habuan laut. Kurang pasti apa


Ini suasana pg di pantai depan petanak chalet. Langit biru ya ampun. Syg nk tggl tempat ni




Perihal kemudahan didlm chalet ini alhamdulillah ini antara yg terdapat pd sy ok dan berbaloi. Gmbr katil kami x amek sbb dh bersepah2. Bukak2 je pintu anak saya terus terjah katil queen size tu. kaluadan juga pd saya tidak la terlalu kecik dan tidak la terlalu besar. Muat utk di bentangkan comforter utk hero sy yg 2 tu tido. 

Dan yg paling penting utk sy highlight sbb agak best adalah tekanan air paip dia sgt kuat. Klu mandi mmg sgt puas. Huhu.. Best

Terdapat sebuah chalet besar yg seting mjadi tumpuan adalah chalet kayu ini. Agak besar, mengikut kata uncle aziz paling selesa adalah utk 6 orang tetapi pernah menerima sekumpulan penghuni  seramai 20 orang. 

Design sgt rare. Hampir 100% kayu

Keseluruhan dinding dr kulit kayu


Tmpt istirehat yg sgt selesa 




Utk yg gemarkan suasana kayu yg sgt klasik blh la cuba menginap disini utk beberapa mlm anda pasti teruja

Dari segi kemudahan makan jgn risau terdapa sebuah cafe yg menyediakan mknn yg sdp2. Terlupa sy nk amek gmbr mkn mlm kami hr tu. dikatakan mee udang dia terbaik. Hr tu kami mkn butter prawn, kerapu sweet sour, midin belacan dll. Hrga juga bersesuaian dgn tempat. Cafe ini menjadi pilihan warga petanak.dibuka dt jam 3.30 ptg higga 11 mlm. 

Ini gmbr cafe di ambil di pg hr sblm kami pulang jd masih tutup

Mlm hr PBCC juga menyediakan kemudahan karaoke bg yg bminat. Tetapi sy x sempat join mengenangkan ank2 yg sudah penat


Petanak terletak dlm daerah mukah. Hr tu sy dr sibu menghala ke mukah. Melalui jln menuju ke oya. Terdapat 2 roundbout 1 berdepan jln masuk ke mukah 1 lg selepas masih jln oya. Lepas 2 roundbout terdapat 1 petronas di sebelah kiri 200m slps tu belah kanan akan nmpk susunan bndera negeri2 dimalaysia. Itula landmark PBCC



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget