Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 68

AIn yang mengalami sedikit pendarahan telah dikejarkan kehospital dengan bantuan Azie. Sementara menunggu doktor memeriksa AIn Azie sangat gelisah diluar. bila doktor muncul dimuka pintu Ain terus mendapatkan doktor untuk mengetahui keadaan ain. dengan memperkatakan sesuatu pada azie


azie pulang dulu ke rumah. dan datang kemudian bersama johan bersama beg persalinan dan keperluan Ain. Ain masih tidur. Azie tidak mahu mengganggu ain berehat. dia terus keluar tanpa mengejutkan ain


Dirumah Johan ibu johan masih tidak berpuas hati pada AIn. dia mngatakan ain sengaja menyusahkan azie kerana dengkikan azie. namun dipertahankan johan. ibunya juga bertanya mana menghilangnya suami ain. kenapa tidak membantu ain yang kesakitan


Di dospital ain terjaga bila tangannya disentuh jururawat. ain terus memohon untuk pulang. tapi jururawat akan cuba dapatkan kepastian doktor terlebih dahulu.


bila jururawat sudah keluar ain mencari handphone nya didalam beg yang dibekalkan azie.. tiada. ain sangka mungkin azie tertinggal

doktor datang. melihat ain yang bangun dan bergerak. doktor menasihatkan ain agar tidak banyak bergerak untuk menjaga kesihatan bayi kandungannya.



Azie dan johan minum diluar. Azie meminta agar johan menangguhkan dulu rancangan peminangan mereka sehingga ain sihat atau mungkin am balik


Am pulang. di KLIA am menolak untuk menumpang zul kerana dia ingin terus ke rumah ain. sedang am menanti teksi. tiba-tiba dee muncul. dee datang dari new york. shopping katanya. dee masih mau memikat am. dia cuba memegang tangan am. ditolak am. dia cuma setia pada isterinya.
"she's very good wife" kata am
tapi dee masih dengan pujukannya untuk menjadi isteri kedua am. am meminta dee menerima hakikat dia untuk ain dan dee untuk muzafar



am terus kerumah azie/ain. azie yang nmpk sebuah teksi berhenti dirumahnya terkejut bila melihat kelibat am keluar dari teksi.



azie menerangkan pada am apa yang berlaku.am meminta untuk tidak memberitahu ain yang dia sudah pulang.


am terus kerumah mamanya. mamanya marah kan am dan mengatakan ini semua sebab am ain jadi begini
"mana la am tau. kalau am tau dia pregnant am takkan pegi london"
mamanya meminta am terus kehospital kerana risau kan keadaan ain


dihospital azie yang datang bersama johan meminta johan tolong hantarkan ain balik nanti kerana dia ada tugas lain harus ke putrajaya

bersambung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa Episod 67

Azie membawa Ain ke klinik. Sedangkan Azie sebenarnya telah berjanji untuk makan bersama keluarga Johan. Azie menelefon Johan dari Klinik mengatakan dia mungkin sedikit lewat tapi dia pasti akan kerumah Johan selepas selesai kes Ain


Seorang doktor wanita sedang memeriksa usia kandungan Ain.
"alhamdulillah, dah 4 minggu ni" Kata doktor tersebut
Ain sangat gembira. Doktor menasihatkan agar menjaga diri dan kandungan sebaiknya
Keluar dari bilik doktor Azie terus mendapatkan Ain. Ain sngat gembira menyatakan pada Azie benar dia mengandung. Namun jauh disudut hati Ain Am sepatunya orang pertama yang diberitahu berita baik ini. Namun apa kan daya...


Azie terus ke rumah Johan bertemu keluarganya. Ibu Johan tidak sabar-sabar ingin bermenantukan azie apatah lagi melihat cincin pemberian Johan di jari Azie


Ain menelefon ibunya di kampung
"insyallah nanti mak akan jadi nenek" jelas ain dengan sangat gembira


Ain juga kerumah mama. Mama juga perlu tahu. Mama sangat bangga dengan Ain kerana telah melengkapkan hidup Am. Mamaam mahu Ain sendiri yang bagitau Am berita gembira ini. sambil mama menasihati ain menjaga usia kandungan yang sangat baru apa lagi ain sedang menyiapkan rumah barunya. mama mencadangkan agar kak zah membantu ain

 

Azie memerahi ain kerana pergi kerumah mama am seorang diri. kerana bimbang kesihatan dan kandungan ain


dibilik ain mula merindui am. sambil memegang perutnya. dia berjanji akan menjaga kandungan itu demi kebahagiaan dia dan am. Ain menghantar SMS pada Am. dia suruh Am menghubunginya untuk mengetahu sesuatu disebalik sakitnya. tp Am mengatakan dia akan pulang lusa. Ain mengucapkan 'WE MISS U TOO" diakhir perbualan mereka




Awal pagi azie ke bilik Ain. dia tidak dapat tido kerana memikirkan perihal ibu johan yang ingin perkahwinan mereka dipercepatkan. namun azie bimbang dan belum bersedia. Ain menasihati azie menunaikan solat sunat memohon petunjuk.


selepas wuduk ain terasa kurang selesa dengan perutnya. tidak tertahan dia memanggil azie. azie datang. ain sudah terduduk kelihatan darah di kaki ain


bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa episod 66

Episode baru bermula dengan Johan terserempak dengan Eja di satu tempat. Johan memanggil Eja. Dia ingin menerangkan sesautu tetapi eja terus berlalu bila mana dia menerima panggilan telefon.


Dirumah Ain yang belum habis mengemas terjumpa satu kotak. Ketika ingin menyimpak lotak tersebut tiba-tiba ia tebuka dan jatuh seluruh isi dalamnya. Bertaburan kertas berwarna warni. Ain tertanya-tanya nota apakah. Bila dia membaca satu persatu barula difahami itu adalah isi hati Am yang selama ini dipendamkan. Ain sangat sedih dan menyesal kerana baru dia tahu selama ini Am menyimpan segala perasaannya dalam kotak tersebut. Ain terus menangis sambil memegang nota tersebut





Azie dan Johan berjumpa dengan ibu Johan di rumah. Ibu  Johan masih curiga dengan Ain. Dia masih tidak boleh maafkan Ain. Tetapi johan dan Azie tetap menyebelahi Ain. Ibu Johan juga bertanya pada Azie bila boleh dia berjumpa ibu bapa Azie untuk masuk meminang. Azie malu-malu


Azie dan Johan ke sebuah kedai makan. Di situ Johan memberikan sebentuk cincin pada Azie.



Ain pulang kerumah Azie. Dia menghubungi keluarga dikampung. Terkejut dia yang Eja ada dikampung.
Azie yang baru pulang dengan Johan sangat teruja bila melihat kereta Ain. Mungkin kerana sudah beberapa hari tidak bertemu Ain. Ain terdengar Azie pulang. Dia turun ketingkat bawah. Azie menyorok dan muncul tiba-tiba. Tiba-tiba kaki Ain cramp. Azie tolong ain meredakan kesakitan




Sementara Johan mesej eja untuk berjumpa dan berterus terang



Keadaan Ain makin teruk selalu sangat kaki cramp dan hilang selera makan. Dia juga seperti demam. Ain cuba mesej Am mengadu dia tidak sihat. Am menjawab sambil memerli Ain sebab berdosa pada suami. Ain makin tertekan. Am mesej lagi suruh Ain bagitau mama. Dia boleh tolong. Ain terus tidak menjawab mesej tersebut. “ mama, I don’t need mam, what I need is you” cakap Ain seorang diri.



Keadaan ain dari sehari ke sehari makin teruk. Azie mengesyaki Ain pregnant



Bersambung ke episode seterusnya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa episod 65

Bersambung dari minggu lepas masa Azie mengajak Ain keluar makan sama tapi ditolak Ain. Azie dapat rasakan perubahan wajah Ain yang seperti kesedihan. Namun Ain mengatakan dia sedih kerana akan meninggalkan Azie dan rumah itu kerana dia akan berpindah ke rumah suaminya bulan depan. Azie happy untuk Ain

Keesokan paginya Ain ke mahligai adam hawa yang Am dah belikan untuk mereka. Dulu Am pernah bawak Ain ke sini tapi masa tu Am tak bagi Ain masuk. Cuma kenalkan dari luar saja. Dan disebabkan Am sudah memberikan kunci pada Ain dulu. Hari ni dengan beraninya Ain pegi ke sana seoranng diri. Masuk je dalam rumah tersebut Ain kagum. Tiba-tiba di suatu sudut Ain ternampak susunan gambar didalam bingkai. Semuanya gambar perkahwinan mereka. Ain rasa bangga dan terharu. Dia terfikir mungkin itu sebabnya Am tidak benarkan Ain masuk ke dalam dulu. mungkin ini sebagai kejutan untuk Ain




Malam itu, Ain menceritakannya pada Azie. Azie kagum dan tak percaya dengan keromantisan Am. Ain menyatakan giliran dia pula yang akan membuat surprise untuk Am. Dia ingin berpindah awal sebelum Am pulang ke tanahair. Tetapi dia perlukan bantuan Azie untuk menjayakan surprise dia pada Am. tapi Azie bagi syarat Ain harus keluar bersama dengan Azie dan Johan dulu



Akhirnya Ain setuju. Mereka makn disebuah restoren. Azie meninggalkan Ain dan Johan seketika kerana dia paham sesuatu harus diseselaikan antara mereka



Ain mengingatkan Johan yang dia Cuma datang hanya kerana sahabatnya Azie. Dia takut kalau-kalau Johan tersalah anggap. Johan bertanya pada Ain sudahkah dia membaca email yang dihantar Johan. Ain dah lama tak bukak email. Dia tak tahu Johan hantar email

Pulang kerumah terus Ain membaca email Johan. Johan mula sedar dan ingin memohon maaf atas segalanya dari Ain serta keluarga. Johan akan cuba  sayang Azie sepertimana Azie sayangkan dia. .Johan harap agar persahabatan mereka tetap ada dan didik lah Johan supaya terima kenyataan


Ain mengajak Azie dan Johan membantunya mengemas rumah baru mereka. Ain sempat mengusik Johan agar cepat-cepat kahwin dengan Azie dan menjadi jiran mereka



Selepas menghantar Johan dan Azie di depan pintu rumah. Ain yang ingin tido di Mahligai Adam Hawa mengemas kotak dalam bilik mereka. tiba-tiba dia terjumpa satu envelop berisi gambar Am dan Dee yang agak mesra. Sebenarnya gambar ini dia ambil Dee yang bertujuan untuk mencemburukan Ain. Gambar ini pernah diletakkan dia dalam mailbox ain tetapi dijumpai Am. Ain sangat cemburu dan menangis teresak-esak. Dia mula mengenangkan pertengakaran antara dia dan Am di dalam kereta tempoh hari yang membawa kepada terus Am mendiamkan diri. Ain makin sakit hati melihat gambar tersebut. Dia terus menangis




bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa episod 64

Bersambung dari sessi mintak maaf dari johan dengan azie. Johan mengaku semua kesilapan dan mohon untuk diberi peluang kali ke2.

Ain terlena disofa rumah sambil menunggu Azie. TIba-tiba terdengar ada kereta berhenti depan rumah. Ain mencapai selendang dan membuka pintu rumah. Azie keluar dari kereta Johan dengan wajah sedih. Ain marah dia menuduh Johan lukakan hati Azie lagi
“berapa kali I cakap kat u, azie tak salah. I yang salah” Ain menegakkan Azie.
Azie cuba menenangkan Ain.
“johan, Thank you.” Ain terpinga-pinga
Johan memohon maaf dari Ain atasa semua kesilapan dia selama ni
“senang nya u cakap. U tau tak sebab kan u kita semua jadi haru biru” Ain masih marah



Azie menceritakan pada Ain selepas Johan balik. Yang dia akan cuba terima Johan balik. Dia ingin memberi peluang pada Johan sebagaimana Ain bagi peluang kat Am dulu. Ain akur walaupun dia masih tidak percayakan Johan dan dia risau kalau persahabatan mereka terganggu gara-gara perangai Johan


Sebelum tidur Ain masih terkenangkan Am. Kalau Azie boleh maafkan Johan kenapa tidak dia. dia perlu mengalah kerana walau apa berlaku syurga seorang isteri ditapak kaki suami. Sebagaimana dia teruja dengan kebaikan Am dia juga harus terima kelemahan am kata Ain
“Ain rindukan abang” sambil memeluk cikted untuk melepaskan rindu pada Am




Johan sedang bersolat dibiliknya. Ibunya datang. Dia mohon maaf dari ibunya. Dan ibunya meminta johan supaya melupakan Ain. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Apa yang ibunya lakukan selama ini untuk kebaikan Johan.. Ibunya mahu johan menerukan dengan Azie



Ain tertanya-tanya kenapa sampai sekarang Am langsung tidak hubungi dia. adakah dia bersalah



Keesokan harinya. Ain memberanikan diri menelefon mama Am. mereka bertanya khabar
“kalau ain nak datang rumah mama datang la. tak payah tunggu Am. dia tu sibuk manjang. tambah-tambah sekarang ni kan.” Ajak mama Am


“hah.. Am dan sampai London” tiba-tiba tanya mama. Ain terkedu
“Am kat London” bisik ain perlahan”
“Am ada telefon Ain” tambah mama lagi
“ada.. hari-hari telefon” terus berjuraian airmata Ain.
Mama am jugak mengajak Ain datang kerumah mereka hujung minggu ini. Ain akan telefon kemudian. Cepat-cepat Ain matikan perbualan mereka kerana airmata Ain terus bercucuran jatuh. Dia sangat tidak sangka rupanya Am ke London tanpa langsung bagitau Ain. Sangat luka hati Ain


Azie mengajak Ain keluar makan sama. tapi ditolak Ain. Namun air muka Ain dapat azie rasa yang Ain tidak berada dalam mood yang baik. tp kata Ain dia sedih kerana bulan depan ini dia akan pindah duduk dengan rumah Am. Azie happy untuk mereka

Bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS