Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa Episod 67

Azie membawa Ain ke klinik. Sedangkan Azie sebenarnya telah berjanji untuk makan bersama keluarga Johan. Azie menelefon Johan dari Klinik mengatakan dia mungkin sedikit lewat tapi dia pasti akan kerumah Johan selepas selesai kes Ain


Seorang doktor wanita sedang memeriksa usia kandungan Ain.
"alhamdulillah, dah 4 minggu ni" Kata doktor tersebut
Ain sangat gembira. Doktor menasihatkan agar menjaga diri dan kandungan sebaiknya
Keluar dari bilik doktor Azie terus mendapatkan Ain. Ain sngat gembira menyatakan pada Azie benar dia mengandung. Namun jauh disudut hati Ain Am sepatunya orang pertama yang diberitahu berita baik ini. Namun apa kan daya...


Azie terus ke rumah Johan bertemu keluarganya. Ibu Johan tidak sabar-sabar ingin bermenantukan azie apatah lagi melihat cincin pemberian Johan di jari Azie


Ain menelefon ibunya di kampung
"insyallah nanti mak akan jadi nenek" jelas ain dengan sangat gembira


Ain juga kerumah mama. Mama juga perlu tahu. Mama sangat bangga dengan Ain kerana telah melengkapkan hidup Am. Mamaam mahu Ain sendiri yang bagitau Am berita gembira ini. sambil mama menasihati ain menjaga usia kandungan yang sangat baru apa lagi ain sedang menyiapkan rumah barunya. mama mencadangkan agar kak zah membantu ain

 

Azie memerahi ain kerana pergi kerumah mama am seorang diri. kerana bimbang kesihatan dan kandungan ain


dibilik ain mula merindui am. sambil memegang perutnya. dia berjanji akan menjaga kandungan itu demi kebahagiaan dia dan am. Ain menghantar SMS pada Am. dia suruh Am menghubunginya untuk mengetahu sesuatu disebalik sakitnya. tp Am mengatakan dia akan pulang lusa. Ain mengucapkan 'WE MISS U TOO" diakhir perbualan mereka




Awal pagi azie ke bilik Ain. dia tidak dapat tido kerana memikirkan perihal ibu johan yang ingin perkahwinan mereka dipercepatkan. namun azie bimbang dan belum bersedia. Ain menasihati azie menunaikan solat sunat memohon petunjuk.


selepas wuduk ain terasa kurang selesa dengan perutnya. tidak tertahan dia memanggil azie. azie datang. ain sudah terduduk kelihatan darah di kaki ain


bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget