Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa Episod 72

Bersambung di scene adam melawat ain dihospital yang dia terserempak dengan azie, johan dan eja. Didalam bilik selepas ain yang kelihatan cemburu dengan johan disedari ain. Am kata dia tak suka isteri dia naik kereta berdua-duaan dengan lelaki lain. tapi ain kata sebab niat johan baik nak tolong ain. Lagi pun tak sempat pun naik. Tapi am kata dah niat nak naik kan.


Ain pula mengungkit lagi kisah Dee. Ain mempersoalkan macam mana am boleh benarkan Dee pegang-pegang dan ramas-ramas tangan am. tapi am kata dia tak boleh halang. Ain kata am boleh tepis. Am kata kenapa dorang nak gaduh-gaduh pasal dee dengan johan. Am ingat pesan doctor jangan bagi ain stress nanti jejaskan kandungan.

Ain kata biar baby diorang dengar kalau baby tu lelaki nanti besar jangan bagi orang pegang-pegang tangan macam bapak dia. pastu am sambung kalau baby dia perempuan jangan nak naik kereta berdua-dua dengan lelaki kalau  dah kahwin walaupun hanya berniat



(sweet je dorang gaduh-gaduh manja)

Ain dah boleh keluar hospital. Dalam kereta dengan am. am bawak sangat slow bagi menjaga kandungan ain. Tapi ain rasa pelik sebab terlalu perlahan. Bila nak sampai kalau macam tu. dia suruh am tekan minyak lagi sikit. melampau sangat perlahannya. Tak kan la sampai macam tu sekali am merungut orang mengandung ni perangai lain sikit katanya. Am tidak mahu apa-apa terjadi pada baby dorang sebab am tunggu dekat 9 tahun untuk dapat tu. nanti hantar anak g sekolah orang kata hantar cucu. (Lawak la am ni)


Am mengimbau kenangan masa mula-mula mereka pertama kali terjumpa dulu. disimpang dekat tadika. Ain ajak am singgah. Am takut mama tunggu lama. Ain akur. Pastu ain cuba imbau lagi dengan kisah kak long sharina. Bekas skandal am katanya.
Am cakap best kan dulu-dulu. ain tanya am rindu ke?. am marah, dia yang start dulu pastu nak tuduh orang pulak

Azie ke rumah Johan jumpa ibu Johan bincang pasal pertunangan mereka. Azie kata dia tak nak lagi cincin. Dah banyak johan bagi. Dia nak benda lain. rantai atau gelang. Ibu johan tak kisah. Sebelum Azie nak pulang ibu johan mengingatkan azie mengenai syarat dia. azie setuju. (apa la agaknya syarat dia)



Ain pulang ke rumah mama Am. dia tinggal kat sana untuk sementara kandungan dia stabil sekurang-kurangkan ada orang tengok-tengok kan Ain.


Malam itu Am, Ain dan mama berbual-bual. Banyak sangat pesanan mama pada ain. Supaya menjaga kandungan. Am juga dipesan jaga am sebaiknya. Am kata susahnya nak jaga orang mengandung ni macam-macam.Mama happy dengan kebahagiaan anak dan menantunya

Ain ke dapur minum. Sambil minum dia terimbas kenangan kena tanggap khalwat dengan Am. tiba-tiba am muncul berkain pelikat dikepala. Am dah mengantuk. Am ajak ain masuk tidur



Selang beberapa hari. am selalu balik lewat malam. Ain tertido sambil menunggu am. Am balik tengok ain dah tido. Dia tahu isterinya penat bawak baby mereka. am usap2 ubun-ubun ain. Sekali ain terjaga. Terus ain salam suaminya. Am tanya marah ke lately dia selalu balik lambat. Ain cakap tak kisah dia tahu am cari duit. Pastu belum sempat ain habis cakap dia Nampak am dan tertidur. Ain betulkan tempat tido am dan bersambung….



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: