Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa Episod 60

bersambung di scene Eja dan Ain sedang bercerita mengenai mak cik Faridah iaitu mak Johan. Sedang mereka bercitcat, ibunya datang terus mereka bertukar tajuk cerita. Mak Ain terus mengingatkan Ain untuk bertemu ibu Johan memohon maaf atas segala kekeliruan yang berlaku sebelum ini. Ain cuba berjanji mengikut kemahuan maknya

sementara itu Am didalam bilik sedang membaca diari Ain. Ain menyatakan kebahagiaan hidup baru dia dengan Am. Am terharu dia berjanji akan sentiasa ada disisi Ain




sebelum pulang Ain dan Am meluangkan masa minum petang bersama keluarga Ain sambil bergurau senda. mereka amat selesa dengan kasih sayang antara mereka





Petang itu mereka pulang semula ke kuala lumpur. sebelum pulang AIn memohon restu dan doa maknya utk menjalani hidup suami isteri dengan bahagia.



Dalam perjalanan pulang Am bertanyakan progress hubungan Azie dan Johan

"Abang Am tak tahu ke kak Azie dan Abang Johan sedang dilanda badai" ujar Eja
"dilanda badai dah. Badai besar ke badai kecik?" tanya Am lagi



Dalam pada itu Am sempat memerli hubungan dengan Ain juga

Tiba dirumah mama Am. disambut kak Zah. Ain terus masuk ke dalam. manakala kak zah berbisik pada Am mengenai gambar perkahwinan mereka yang dah siap terdapat gambar Dee. mama marah dan tertanya2 sapa yang menjemput Dee



seperti jangkaan Am mama sangat marah dan bertanya kenapa semua orang merahsiakan kedatangan Dee hari itu. Mama tak mahu hubungan Am dan Ain terganggu lagi padahal mereka baru sahaja mengecapi bahagia



"Mama, kalau tak kerana Dee am takkan kawen dengan Ain kan" jawab Am

Am terdiam. dia akui kenyataan Am itu tapi ada suatu perasaan lain yang timbul. dia mula mengesaki macam2 dan merasakan Am ada sembunyikan sesuatu darinya

Malam itu Am menghantar Ain pulang ke rumahnya. Namun dalam kereta nampaknya suasana kembali tegang. kedua2nya mempersoalkan mengenai 'trust'. Ain mula curiga adakah dia akan bahagia dengan Am. Am tidak mahu terus mengaitkan Dee dalam kehidupan baru mereka. Tetapi Ain terus bertegas dia tidak suka cara hidup Am yang bebas berdampingan dengan mana2 perempuan walaupun itu masa lampau Am. perasaan dia terganggu.



Tiba dirumah Ain mencari Azie. tetapi Azie tiada. SMS nya dijawab Azie ingin mencari ketenangan



keesokan harinya Ain terus mencari Azie dibilik tetapi Azie juga tidak kelihatan


sementara itu di pejabat Am terus digangguan panggilan dari Dee dia terus memberi amaran pada Dee untuk tidak menggangu nya. "i am happy married dee" tegas Am


Tiba-tiba pintu pejabat Am diketuk.

"Bro, get ready for London. Here we go" Zul muncul
"Bila" tanya Am

Bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget