Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa Episod 72

Bersambung di scene adam melawat ain dihospital yang dia terserempak dengan azie, johan dan eja. Didalam bilik selepas ain yang kelihatan cemburu dengan johan disedari ain. Am kata dia tak suka isteri dia naik kereta berdua-duaan dengan lelaki lain. tapi ain kata sebab niat johan baik nak tolong ain. Lagi pun tak sempat pun naik. Tapi am kata dah niat nak naik kan.


Ain pula mengungkit lagi kisah Dee. Ain mempersoalkan macam mana am boleh benarkan Dee pegang-pegang dan ramas-ramas tangan am. tapi am kata dia tak boleh halang. Ain kata am boleh tepis. Am kata kenapa dorang nak gaduh-gaduh pasal dee dengan johan. Am ingat pesan doctor jangan bagi ain stress nanti jejaskan kandungan.

Ain kata biar baby diorang dengar kalau baby tu lelaki nanti besar jangan bagi orang pegang-pegang tangan macam bapak dia. pastu am sambung kalau baby dia perempuan jangan nak naik kereta berdua-dua dengan lelaki kalau  dah kahwin walaupun hanya berniat



(sweet je dorang gaduh-gaduh manja)

Ain dah boleh keluar hospital. Dalam kereta dengan am. am bawak sangat slow bagi menjaga kandungan ain. Tapi ain rasa pelik sebab terlalu perlahan. Bila nak sampai kalau macam tu. dia suruh am tekan minyak lagi sikit. melampau sangat perlahannya. Tak kan la sampai macam tu sekali am merungut orang mengandung ni perangai lain sikit katanya. Am tidak mahu apa-apa terjadi pada baby dorang sebab am tunggu dekat 9 tahun untuk dapat tu. nanti hantar anak g sekolah orang kata hantar cucu. (Lawak la am ni)


Am mengimbau kenangan masa mula-mula mereka pertama kali terjumpa dulu. disimpang dekat tadika. Ain ajak am singgah. Am takut mama tunggu lama. Ain akur. Pastu ain cuba imbau lagi dengan kisah kak long sharina. Bekas skandal am katanya.
Am cakap best kan dulu-dulu. ain tanya am rindu ke?. am marah, dia yang start dulu pastu nak tuduh orang pulak

Azie ke rumah Johan jumpa ibu Johan bincang pasal pertunangan mereka. Azie kata dia tak nak lagi cincin. Dah banyak johan bagi. Dia nak benda lain. rantai atau gelang. Ibu johan tak kisah. Sebelum Azie nak pulang ibu johan mengingatkan azie mengenai syarat dia. azie setuju. (apa la agaknya syarat dia)



Ain pulang ke rumah mama Am. dia tinggal kat sana untuk sementara kandungan dia stabil sekurang-kurangkan ada orang tengok-tengok kan Ain.


Malam itu Am, Ain dan mama berbual-bual. Banyak sangat pesanan mama pada ain. Supaya menjaga kandungan. Am juga dipesan jaga am sebaiknya. Am kata susahnya nak jaga orang mengandung ni macam-macam.Mama happy dengan kebahagiaan anak dan menantunya

Ain ke dapur minum. Sambil minum dia terimbas kenangan kena tanggap khalwat dengan Am. tiba-tiba am muncul berkain pelikat dikepala. Am dah mengantuk. Am ajak ain masuk tidur



Selang beberapa hari. am selalu balik lewat malam. Ain tertido sambil menunggu am. Am balik tengok ain dah tido. Dia tahu isterinya penat bawak baby mereka. am usap2 ubun-ubun ain. Sekali ain terjaga. Terus ain salam suaminya. Am tanya marah ke lately dia selalu balik lambat. Ain cakap tak kisah dia tahu am cari duit. Pastu belum sempat ain habis cakap dia Nampak am dan tertidur. Ain betulkan tempat tido am dan bersambung….



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa Episod 71

Am pulang ke rumah setelah seharian menjaga Ain dihospital
“siapa yang jaga Ain kat hospital” tanya mama Am
“Azie, kawan serumah Ain hari tu” jawab Am lemah. Dia kepenatan. Terbaring disofa
“kalau macam tu mama masakkan untuk Ain ye” Mama Am menawarkan diri. “Am tidur la dulu” sambung mama


Kak Zah tiba diparkir hospital untuk melawat Ain. Terkebetulan terserempak dengan Dee yang juga baru turun dari mengintip Ain tadi.
Dee” kak Zah panggil. Dee terkejut. Dee bertanya kak zah datang buat apa di sini. Kak zah Cuma cakap melawat kawan. Dee cakap dia pun sama. Kak zah mengusik Dee pasal berita perkahwinan Dee. Kak Zah pesan jangan lupa jemput.
“tengok la nanti” jawab Dee. Dan dia terus meminta izin untuk pergi

Tengahari itu Am datang hospital. Masuk bilik Ain sedang tidur. Kelihatan di dalam bakul tampah ada polistrin bekas makanan bungkus dengan kulit pisang. Am percaya Ain sudah makan. Baru je Am melabuhkan untuk duduk. Ain terjaga.



Ain Nampak Am bawak sesuatu
“ada makanan ke?”
“ada. nak ke? tanya am
“nak”. Jawab ain
“serious?” tanya am lagi kerana dia rasa ain sudah makan tadi
“ain kan makan untuk 2 orang”
Am menyuap ain makan.
Sambil-sambil ain memerli Am kerana tidak memberitahu dia yang dia pegi London. Am kata dia ada bagitau dulu tapi ain tak notice maklumla masa tu ain tak hiraukan dia

Dee pegi berjumpa dengan muzafar. Mengajak muzafar kawen sekarang juga

Selepas habis am suapkan ain makan, am sempat bergurau dengan cium-cium tangannya yang berbau lauk. Am mengesat tangannya dekat kain cadar hospital.
Ain bertanya pada am benar ke masa breakfast dulu am ada berjumpa dengan Dee

“cerita lama la dah basi dah” akhirnya am akur mengiyakan soalan ain. Dia menyatakan dee yang datang berjumpa dia sekejap saja. Tapi Ain masih memerli Am pasal pegang-pegang tangan. Jadi, Am tau la Ain Nampak semua tu.

Kak zah pulang ke rumah dan menceritakan perihal dee dengan Mama. Mama risau kalau-kalau dee ada plan lain lagi


Dee bercerita perihal plan perkahwinannya dengan muzafar adalah untuk menjeleskan Am. dia bercerita pada maminya. Kerana dia mahu buktikan yang dia juga laku.


Dihospital keesokan harinya. Eja datang melawat Ain. Selang beberapa minit muncul Azie dan Johan. Eja kurang selesa untuk bertemu mata dengan Johan. Selepas di terangkan Azie dan disokong Azin juga di akui Johan Eja akhirnya menerima Johan kembali.

Manakala Dee telah hubungi Am untuk berjumpa di kawasan hospital untuk menerangkan sesuatu yang penting antara hidup dan mati. Am datang dan bertanya pada Dee apa yang penting sangat. Am juga marah kenapa Dee suka mengekori dia. Dee memberitahu dia ingin berkahwin dengan kawan baik Am muzafar.



“Alhamdulillah…” sambil menyapau tapak tangan ke muka.
Dee masih tidak puas hati. Dia menjangkakan am akan cemburu. Namun am sangat gembira dengan berita itu dari dee terus bergelumang dengan dosa

Am ke bilik Ain. Terserempak dengan Azie, Johan dan Eja diperkarangan wad. Am menyuruh Eja tunggu sekejap nanti dia hantarkan eja pulang. Tetapi Ain kata xusah. Dia akan hantarkan eja. Am kurang senang dengan kehadiran Johan. Johan cuba berbuat baik dengan Am

“congrat bro” sambil menghulur salam pada am. am menyambut lemah
Am terus ke bilik ain


Ain bertanya. Tak ada bawak makanan ke? am kata johan tak bawak apa-apa ke? ternyata am cemburu. Ain kata johan datang sekejap je tu pun dengan bakal tunang dia. am masih tidak senang.

bersambung


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa episod 70

Am masih tidur kesan dari ubat yang diberikan doctor. Am bertanyakan pada Azie tak kan sikit pun dia tiada rasa cemburu pada Ain dan Johan. Azie menjawab bukan tiada tapi kerana dia percaya dihati Ain hanya ada Am. Jadi dia tidak perlu risau

Didalam bilik surau selesai Johan solat sewaktu membuka pintu untuk keluar terserempak dengan Am yang juga ingin masuk. Am bertanya pada Johan. Adakah dia masih menaruh rasa cinta pada Ain
“Kalau ya pun kenapa?” jawab Johan. Am naik angina dan cuba menarik Johan. Menyedari itu hospital tempat awam dia cepat2 melepaskan Johan

Johan pegi ke bilik Ain mendapatkan Azie. Johan menceritkan pada Azie yang Am ingin memukulnya

Mereka meninggalkan bilik Ain. Terus pulang

Am yang baru selesai solat menyedari yang dia tertinggal hanphone didalam kereta. Dia terus ke kereta, ada beberapa misscall terutama dari mama dan kak zah. Am terus hubungi kak zah. Belum sempat panggilan Am dijawab dia terlihat ada satu kertas di selitkan dikeretanya. Dia mengagak ini mesti keje johan. Memperkatakan mengenai tanggungjawab. Tiba-tiba telefon Am berbunyi


“ya kak zah, am dekat hospital pantai ampang ni” terus am menjawab tanpa melihat pemanggilnya
Rupanya itu panggilan dari Dee. Am masih tak faham kenapa Dee masih mahu mengganggu hidupnya



Dee pula yang sedang memandu tertanya-tanya kenapa am dihospital. Dia bertekad mahu ke hospital itu




Am kembali ke wad Ain. Sampai mala main baru terjaga. Dia mendapati am masih menunggu dia
“kak zah dan mama datang tadi tapi diorang tak nak ganggu ain tido” jelas am
Ain menyedari yang dia tertido agak lama

Am mula berbual sedikit dengan ain. Am bertanya sampai bila sebenarnya ain nak simpan rahsia mengenai kandungannya. Ain menafikan dia cuba merahsiakan. Dia Cuma ingin memberitahu sendiri secara berdepan. Tambah lagi ain mengatakan dia akan pulang lagi 2 hari.
“kalau abang tak balik”
“kalau abang tak balik ain pegi la cari abang kat sana
Am menceritakan dia kerumah azie dan azie beritahu ain dihosptial. Tahu apa perasaan am time tu. Dan ain tanya Azie ke cakap kat am pasal ain mengandung. Am kata tak. Tapi dia boleh agak dari sms ain dulu kata “we miss u too”


Ain mengatakan pada am agar berkongsi dan bagitau dia apa sebenarnya yang difikirkan. Sebagai tanda berkongsi suka duka dan hidup bersama. Ain tak mampu baca apa yang am fikirkan. Am tak boleh expect ain faham sendiri

Dee pula dngan beraninya telah ke hospital seperti dikatakan Am. dia ternampak kereta Am. siapa pula yang sakit? Dee tertanya-tanya


Keesokan paginya am keluar dari hospital ke kereta. Di terserempak dengan Azie. Am menyatakan dia terpakasa pulang dulu sekejap. Ain di atas sedang bersarapan.
“datang seorang ke?” sempat lagi Am memastikan Johan tiada
“aah. Johan ada meeting tak dapat datang” sambil azie tersenyum faham
“alhamdulillah” am.. am….



Dari jauh Dee megintip pertemuan am dan Azie. Dee mengikuti Azie bagi memastikan siapa yang sakit.

Ibu Ain dikampung terasa seperti tidak kena dengan anak-anaknya. Dia menelefon eja tapi semuanya ok. dia cuba telefon ain. Ternyata naluri keibuan itu benar. Ibu ain terkejut dengan keadaan ain. Namun berpesan pada anaknya supaya lebih berhati-hati



Akhirnya Dee Nampak Kelibat Ain dari pintu wad. Dia cuba mendapatkan kepastian seorang nurse perihal sakit Ain.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adam dan Hawa Episod 69

bersambung selepas keberangkatan pulang Azie dan Johan. Ain termenung seorang diri mengenangkan Am. Walaupun jauh beribu batu dia tetap merindui Am.




Azie dan johan di parking sebelum bergerak ke kereta masing-masing mengatakan janji mereka setia pada cinta mereka.



Doktor datang untuk memeriksa ain. keadaan bayi ain sihat dan ain dibenarkan pulang hari ni. ain sangat gembira. dia terus menghubungi johan untuk datang menjemputnya sekarang. Johan yang sedang memandu pulang terpaksa berpatah balik untuk menjemput ain


manakala am yang juga dalam perjalanan ke hospital menerima panggilan dari azie. azie menyatakan ini adalah saat yang terbaik utk am datang melawat ain


johan tiba dan terus membawa ain yang sudah siap keluar. dia tpaksa memimpin ain ke kereta memandangkan keadaan ain yang belum betul-betul kuat. dalam pada itu am juga sudah sampai dihospital. dari jauh am nampak kelibat ain dan johan. am mula cemburu


ain lantas memohon izin johan untuk bersama am bila dia ternampak am dari jauh





"Hai, welcome back" ucap ain. am bertanya pada ain kenapa tidak memberitahu dia perihal ain mengandung. dan am mempersoalkan apa hubungan johan berada di situ.

"kau tau tak ni isteri siapa" am menuju kearah johan tapi cuba dihalang ain. am tertolak ain. lalu jatuh

ain sekali lagi dikejarkan ke wad kerana pendarahan kesan jatuh tadi

dari luar bilik pemeriksaan doktor am menunggu dengan gelisah. azie yang dapat panggilan dari johan terus kembali ke hospital. azie bertanya pada johan apa sebenarnya yang berlaku. namun jauh sudut hati azie ada sedikit kecurigaan bagaimana johan berada di hospital sedangkan mereka sama-sama keluar untuk pulang tadi.

am dapatkan kepastian doktor mengenai keadaan ain. doktor menasihatkan am untuk tidak menekan ain. supaya ain dijauhkan dari segala tekanan. pendarahan masih berlaku. namun doktor membenarkan am dan azie masuk menemui ain

didalam wad. ain masih tido. azie menasihatkan am agar bertanggungjawab atas ain dengan segala pengorbanan yang dibuat selama ini untuk mendapatkan ain. am juga bertanyakan azie dia langsung tidak cemburukah dengan johan dan ain

manakala johan sedang bersolat disurau hospital

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS