Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 64

Bersambung dari sessi mintak maaf dari johan dengan azie. Johan mengaku semua kesilapan dan mohon untuk diberi peluang kali ke2.

Ain terlena disofa rumah sambil menunggu Azie. TIba-tiba terdengar ada kereta berhenti depan rumah. Ain mencapai selendang dan membuka pintu rumah. Azie keluar dari kereta Johan dengan wajah sedih. Ain marah dia menuduh Johan lukakan hati Azie lagi
“berapa kali I cakap kat u, azie tak salah. I yang salah” Ain menegakkan Azie.
Azie cuba menenangkan Ain.
“johan, Thank you.” Ain terpinga-pinga
Johan memohon maaf dari Ain atasa semua kesilapan dia selama ni
“senang nya u cakap. U tau tak sebab kan u kita semua jadi haru biru” Ain masih marah



Azie menceritakan pada Ain selepas Johan balik. Yang dia akan cuba terima Johan balik. Dia ingin memberi peluang pada Johan sebagaimana Ain bagi peluang kat Am dulu. Ain akur walaupun dia masih tidak percayakan Johan dan dia risau kalau persahabatan mereka terganggu gara-gara perangai Johan


Sebelum tidur Ain masih terkenangkan Am. Kalau Azie boleh maafkan Johan kenapa tidak dia. dia perlu mengalah kerana walau apa berlaku syurga seorang isteri ditapak kaki suami. Sebagaimana dia teruja dengan kebaikan Am dia juga harus terima kelemahan am kata Ain
“Ain rindukan abang” sambil memeluk cikted untuk melepaskan rindu pada Am




Johan sedang bersolat dibiliknya. Ibunya datang. Dia mohon maaf dari ibunya. Dan ibunya meminta johan supaya melupakan Ain. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Apa yang ibunya lakukan selama ini untuk kebaikan Johan.. Ibunya mahu johan menerukan dengan Azie



Ain tertanya-tanya kenapa sampai sekarang Am langsung tidak hubungi dia. adakah dia bersalah



Keesokan harinya. Ain memberanikan diri menelefon mama Am. mereka bertanya khabar
“kalau ain nak datang rumah mama datang la. tak payah tunggu Am. dia tu sibuk manjang. tambah-tambah sekarang ni kan.” Ajak mama Am


“hah.. Am dan sampai London” tiba-tiba tanya mama. Ain terkedu
“Am kat London” bisik ain perlahan”
“Am ada telefon Ain” tambah mama lagi
“ada.. hari-hari telefon” terus berjuraian airmata Ain.
Mama am jugak mengajak Ain datang kerumah mereka hujung minggu ini. Ain akan telefon kemudian. Cepat-cepat Ain matikan perbualan mereka kerana airmata Ain terus bercucuran jatuh. Dia sangat tidak sangka rupanya Am ke London tanpa langsung bagitau Ain. Sangat luka hati Ain


Azie mengajak Ain keluar makan sama. tapi ditolak Ain. Namun air muka Ain dapat azie rasa yang Ain tidak berada dalam mood yang baik. tp kata Ain dia sedih kerana bulan depan ini dia akan pindah duduk dengan rumah Am. Azie happy untuk mereka

Bersambung

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: