Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 59

Episod kali ni bermula dengan Dee ternampak Am dan Ain berdua-duaan berpimpinan tangan keluar dari butik pengatin. Menambahkan kemarahan Dee
Sewaktu perjalanan pulang dalam kereta am bertanyakan Ain bila dia akan berpindah ke rumah Am. Ain masih dengan pelbagai alasan antaranya ingin bertemu ibu Ain dulu. Dia ingin membawa Am pulang ke kampong dulu untuk membuktikan pada ibunya yang dia sedang bahagia dengan cinta Am. Am bagi tempoh sehingga ‘end of this week’. Am mintak percepatkan sedikit. Kerana dia tidak bias hidup tanpa Ain. Kononya xboleh tido Ain tiada disebelah. Xde orang nak peluk. (kecoh la Am ni).



“Baru 4 hari hidup bersama. Takkan dah tak biasa. Jangan buat lawak boleh tak?” Kena pun Am dengan Ain

Dirumah Azie sedang menstabilkan emosinya.dia sangat tertekan memikirkan hubungannya denga Johan. Nmun dia tekad untuk selamatkan hubungan itu kerana dia sangat sayangkan Johan. Dia menjadikan Ain sebagai role model. Mcm mana Ain boleh mengharungi dugaan hidup yang lagi teruk dari dia. dia mesti dan harus setabah Ain. Kalau Ain boleh kenapa tidak dia.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk

“Sapa tu? kau ye Ain”
“Aah.. awalnya kau tido”
“Aku penat sikit hari ni”
“Ok. goodnight” Ain tidak mahu mengganggu Azie.

Keesokan paginya, Ada sms masuk ke handhone Ain. Erm.. dari Am, sudah merindui Ain. Am mengajak Ain pulang ke kampong ibunya hari ni jugak. Lepas tu dorang terus boleh tinggal bersama. Kerana Am sudah tidak sanggup berjauhan dari Ain. Ain Cuma tersenyum simpul mengenangkan perangai suaminya itu




Pintu bilik Ain diketuk. Azie suruh pengantin lama itu bangun dan breakfast bersama. Azie sudah siapkan breakfast untuk mereka.

Ketika mereka sedang sarapan bersama sambil bercitcat mengenai pelbagai hal yang kisah Ain bercuti 4 hari 3 malam di rumah mertua. Tiba-tiba riak wajah Azie berubah. Ain bertanyakan kalau-kalau Azie mempunyai masalah. Azie keluarkan kotak hadiah Johan. Berikan pada Ain. Ain tersenyum. Dia tau ini pasti dari Johan. Azie menafikan


 
“Eja yang bagi. Johan yang bagi dia sebelum ini.” Ain agak terkejut. Ain dapat rasakan ada yang tidak kena

Sedang Ain bersiap-siap untuk ke kedai. Pintu bilik Ain diketuk (banyaknya bunyi ketukan pintu malam ni)
“Sekejap Azie. Aku tengah bersiap ni. pasal masalah kau tu nanti kita selesaikan sama-sama” dan pintu bilim ain dibukak.
Am berdiri di muka pintu. Azie membuat isyarat agar Ain diam. Ain kaget
“kenapa macam nampak hantu” kata Am
“tak, Ain terkejut sebab orang masuk bilik Ain tak bagi salam”
“oh. Sori.. rindu sangat sampai lupa. Assalamualaikum”


 
Sebenarnya Ain terlupa mengenai SMS Am. Dia sepatutnya harus pulang ke kampong dengan Am. Dia sudah merancang untuk keluar ke kedai. Demi cinta.. (macam lagu muara hati pulak).. dia ikutkan aje Am

Sebelum meninggalkan Azie Ain berpesan agar Azie jaga diri dan nanti akan cuba selesaikan masalah Azie bersama-sama.. sambil Azie sempat berbisik pada Ain yang masih ada lagi cerita yang belum diberitahu.



 
Dalam perjalanan Ain meminta izin Am untuk membawa Eja pulang bersama ke kampong.
Am menyerahkan kuci rumah kepada Ain. Dikunci rumah tersebut terdapat keychain tertera Adam love Hawa. Ain suka dengan key chain itu. Dia tahu betapa Am menyayangi hubungan mereka


 
Tiba dikampung seperti biasa Am dilayan seperti keluarga sendiri. makan bersama, mengimamkan sembahyang cukup meceritakan mereka bahagia dengan rumahtangga mereka.


Sewaktu didalam bilik bersama cek Ted. Ain berterima kasih pada Am kerana telah melayan keluarga Ain dengan baik selama ini. Am mengganggap itu adalah tanggungjawab dia pada keluarga isteri. Ain juga bercerita yang dia sedari dulu sudah dapat mengagak seperti ada orang tidur di biliknya sepanjang ketiadaan dia. dia tau itu Am


 
Keesokan harinya. Eja menceritakan perihal Johan pada Ain. Namun Ain Cuma gelak besar dengan cerita Eja. Eja juga menceritakan bagaimana pandangan ibu Johan pada mereka sekeluarga. Ain serba salah bila ia terpalit pada ibunya


 
Bersambung…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: