Bersambung dari minggu lepas masa Azie mengajak Ain keluar makan sama tapi ditolak Ain. Azie dapat rasakan perubahan wajah Ain yang seperti kesedihan. Namun Ain mengatakan dia sedih kerana akan meninggalkan Azie dan rumah itu kerana dia akan berpindah ke rumah suaminya bulan depan. Azie happy untuk Ain
Keesokan paginya Ain ke mahligai adam hawa yang Am dah belikan untuk mereka. Dulu Am pernah bawak Ain ke sini tapi masa tu Am tak bagi Ain masuk. Cuma kenalkan dari luar saja. Dan disebabkan Am sudah memberikan kunci pada Ain dulu. Hari ni dengan beraninya Ain pegi ke sana seoranng diri. Masuk je dalam rumah tersebut Ain kagum. Tiba-tiba di suatu sudut Ain ternampak susunan gambar didalam bingkai. Semuanya gambar perkahwinan mereka. Ain rasa bangga dan terharu. Dia terfikir mungkin itu sebabnya Am tidak benarkan Ain masuk ke dalam dulu. mungkin ini sebagai kejutan untuk Ain
Malam itu, Ain menceritakannya pada Azie. Azie kagum dan tak percaya dengan keromantisan Am. Ain menyatakan giliran dia pula yang akan membuat surprise untuk Am. Dia ingin berpindah awal sebelum Am pulang ke tanahair. Tetapi dia perlukan bantuan Azie untuk menjayakan surprise dia pada Am. tapi Azie bagi syarat Ain harus keluar bersama dengan Azie dan Johan dulu
Akhirnya Ain setuju. Mereka makn disebuah restoren. Azie meninggalkan Ain dan Johan seketika kerana dia paham sesuatu harus diseselaikan antara mereka
Ain mengingatkan Johan yang dia Cuma datang hanya kerana sahabatnya Azie. Dia takut kalau-kalau Johan tersalah anggap. Johan bertanya pada Ain sudahkah dia membaca email yang dihantar Johan. Ain dah lama tak bukak email. Dia tak tahu Johan hantar email
Pulang kerumah terus Ain membaca email Johan. Johan mula sedar dan ingin memohon maaf atas segalanya dari Ain serta keluarga. Johan akan cuba sayang Azie sepertimana Azie sayangkan dia. .Johan harap agar persahabatan mereka tetap ada dan didik lah Johan supaya terima kenyataan
Ain mengajak Azie dan Johan membantunya mengemas rumah baru mereka. Ain sempat mengusik Johan agar cepat-cepat kahwin dengan Azie dan menjadi jiran mereka
Selepas menghantar Johan dan Azie di depan pintu rumah. Ain yang ingin tido di Mahligai Adam Hawa mengemas kotak dalam bilik mereka. tiba-tiba dia terjumpa satu envelop berisi gambar Am dan Dee yang agak mesra. Sebenarnya gambar ini dia ambil Dee yang bertujuan untuk mencemburukan Ain. Gambar ini pernah diletakkan dia dalam mailbox ain tetapi dijumpai Am. Ain sangat cemburu dan menangis teresak-esak. Dia mula mengenangkan pertengakaran antara dia dan Am di dalam kereta tempoh hari yang membawa kepada terus Am mendiamkan diri. Ain makin sakit hati melihat gambar tersebut. Dia terus menangis
bersambung
0 comments:
Post a Comment