Powered by Blogger.
RSS

Penipuan Voucher Lim Tayar

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya pertama kali menggunakan perkhidmatan Lim Tayar. Di harap ini adalah kali terakhir saya menggunakan service mereka.

September lepas saya telah tertarik dengan Discount voucher yang ditawarkan oleh Lim Tayar menerusi laman Group On. Dengan hanya RM25 saya akan mendapat service yang bernilai RM180. 86% discount. Disamping percuma payung (complimentary gift katanya..)



Dan pada  13/10/2012 saya telah ke pusat service yang sepatutnya dengan voucher yang bernilai RM180 saya sangat teruja kerana pastinya service kereta saya kali ini agak murah kerana telah ditolak RM180

Tetapi agak dukacita bila akhirnya saya dikenakan RM463.10. Dengan hanya minority service ini adalah caj paling mahal saya pernah bayar tanpa pertukaran sebarang major spare part. Dan tambah malang alignment & balancing bayar sangat2 worst. Makin teruk dari sebelum di hantar. Sudahnya dengan customer service yang sangat tidak memuaskan. Semuanya serba saya tidak suka.



Saya tidak berpuas hati dengan redemption voucher discount saya bila hanya ditolak rm25 sahaja didalam resit. Pekerja disitu mengatakan ini kerana saya membli voucher itu dengan harga RM25 walaupun tertera di voucher bernilai RM180. saya langsung menelefon LIM TAYAR marketing officer seperti diberikan supervisor berkenaan. Saya meminta mereka fax kan saya senarai penuh service yang dibuat yang menunjukkan RM180 itu telah dibuat keatas kereta saya. Malangnya sehingga hari ini saya tidak menerima senarai tersebut. Tetapi beberapa kali officer mereka menelefon saya untuk membuat temujanji. Saya tidak akan melayan mereka kerana pada saya mereka telah menipu saya. Dan saya Cuma mau mereka menyenaraikan service rm180 tersebur kerana dia dalam resit pembayaran saya langsung tidak disebut rm180 yang ada Cuma rm25.


Salah seorang marketing mereka mengatakan rm180 itu untuk 3 benda iaitu alignment, balancing & payung. Logic ke? memang sangat penipu.

Dan salah seorang supervisor di pusat service pula mengatakan voucher tersebut sebenarnya memang untuk rm25 sahaja. itu rm180 ‘saja-saja tulis’

Dengan ini saya memang tidak akan menggunakan lagi service lim tayar ini. Sangat penipu. Malah beberapa rakan-rakan saya juga telah beberapa kali tertipu oleh lim tayar ini

Semoga diluar sana anda berhati-hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

NAUzubillah...teruknyer penipuan ni...

Unknown said...

Maafkan saya..saya rasa anda perlu memahami system voucher ini dan juga sedikit sebanyak tentang kereta...

RM180 adalah nilai alignment+balancing dan inspection..Normally penipuan ini adalah pada nilai inspection yang sepatutnya percuma...

Ini bukan voucher seperti hypermarket dimana voucher itu mempunyai nilai tertentu yang boleh ditolak..nilai RM180 hanyalah nilai yang tidak wujud...seperti nilai sebelum diskaun...

dan akhir sekali disebabkan salah faham ini, anda telah melakukan servis yang sia-sia...power steering fluid? flush? supreme plus? change power steering fluid pun bernilai RM30??? persona 55,000km milage???

nakpaknya beliau mengambil peluang dimana anda hanya mengatakan ya ya ya tanpa tahu...belajar dari kesilapan...

bagi saya penipuan sebegini adalah salah yang menipu dan juga yang ditipu...