Powered by Blogger.
RSS

Dilemma Pejabat Agama Islam Terengganu???

Hari isnin lepas (22/06/2007) aku terbaca satu artikel dalam Hrian Metro dia sisipan komen/aduan rakyat jelata Malaysia tercinta ni. Ceritanya mengisahkan seorang hmaba Allah aku percaya lelaki dari Kuantan Pahang. Mungkin si penulis berkahwin dengan anak terengganu. Sudah tentu segala surat akuan, sijil dan kad nikah akan dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam dari Negeri Terengganu. Aku kurang pasti dari daerah mana. Cuma di tulis negeri Terengganu sahaja. Beliau mendirikan rumahtangga sekitar November 2008. kalau dihitung sudah hampir 8 bulan la. Yang menariknya sampai sekarang beliau mendakwa belum memiliki kad i-Nikah. Disebabkan dia berada diluar negeri terengganu dia terpaksa ulang alik ke pejabat agama tersebut untuk dapatkan kepastian bila kad i-nikah boleh diambil. Malangnya setiap kali bertanyakan kepada pekerja pejabat tu jawapan yang sama adalah “xpasti bila kad tu boleh siap”. Alas an yang diberikan adalah tahun2 sebelum ni pej. Agama terengganu menumpang cetakan yang dibuat di pejabat agama kuala Lumpur untuk mencetak kad tersebut tp sejak setahun yang lepas pej agama terengganu mengambil keputusan untuk mencetak sendiri. malangnya sampai sekarang process belum boleh dilakukan atas sebab2 teknikal/ so, boleh la dibayangkan berapa byk pasangan yang telah di’KIV’ process cetakan kad nikah kerana masalah/kelemahan jabatan ini. Aku sudah boleh mengagak aku adalah antara yang termsuk dalam senarai KIV tersbut.

Pagi ni aku terpanggil utk menelefon Pejabat Agama Setiu dimana akad nikahku di daftarkan. Jawapan yang aku dapat ”Puan kena dapatkan kepastian dari Pejabat agama terengganu sendiri”. setelah mendapatkan nombor aku menelefon sendiri pejabat agama tersebut. Memang sudah ku jangka. Jawapannya, “saya xpasti berapa lama lagi puan kena menunggu, mungkin setahun 2 tahun atau beberapa tahun” wah.. sungguh jujur staff ini. Dia mengakui memang pejabat diorg buat keje lambat. Dia blh mempersoalkan apa pentingnya kad nikah ni. katanya sijil nikah tu yang penting. Dia kata dh byk terima aduan dan alas an yang yang diterima semua nya sebab nak check in hotel. Ramainya orang nak masuk hotel. Amboi.. hebat sungguh layanan pekerja-pekerja pejabat agama ni.

Moralnya memang masa aku kawen tu masa pejabat ni bermasalah dengan cetakan kad nikah. Agaknya apa la tindakan diorg untuk mengatasi masalah ni kan. mgkn nanti akan jadi macam stadium runtuh dulu baru tindakan akan dibuat. Ini la cara kerja diorg. Sampai bila bangsa dan rakyat akan maju kalau macam ni. macam xbermotivasi. Nk buat peningkatan tapi xpernah bersedia untuk meningkat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget