Powered by Blogger.
RSS

Macau-Hong Kong (episod 2)

Antara 2 zone (low and high) dihubungkan dengan cabel car. Klu jalan kaki pun blh. Tp kena mendaki 4 kali escalator. So rasanya blh bygkan la berapa tinggi high zone dia tu. mmg tinggi yg amat la. so kitorg pakai cabel car. Ya ampun. Aku pejam mata je sepanjang jalan. Sgt2 tinggi. Aku rasa nk compare dgn langkawi and genting. Ocean park ni lagi2 tinggi dan menggerunkan. Xsanggup aku tngok bawah. Dh la lama giler. Bila sampai je kat atas tu aku rasa lega yang amat. Ada bebrapa tempat2 menarik terdapat di high zone ni. antaranya sea lion, jelly fish, dolphine show.(tp aku xtgk) duk kejar diorg nk main roller coaster. Dia punya roller coaster seram sejuk aku tengok. Walaupun sekejap tp berpusing2 dipinggir bukit. Dia ada yang mcm solero kat genting tu. aku dh lupa nama kat ocean park ni. mak ai! Lagi tinggi dr genting. Mcm2 la ada. Aku tgk je la diorg main. Aku ni bkn blh main nnati menggelupur anak dlm kandungan aku ni nnt.

Petang pukul 5.30 kitorg kena berkumpul utk kuar dr ocean park teru pegi dinner. Kali ni kitorg dinner kat ondian food. Aku masa tu dh kepenatan bercampur dgn kelaparan. Aku ni bukan blh tahan lapar sgt kan. lagi la tgk makanan2 yg kurang memberangsangkan dihidangkan. Erm… teringat lauk sedap2 kat Malaysia. Di restoran India ni ada org menyanyi. Semua lagu2 hindustan. Apa lg budak2 ni request mcm2 lagu2 top hindi la. diorg pn layan je la. aku pn ala-ala layan je. Lepas dinner kitorg diberi pilihan utk singgah ke Ladies Market utk sapa2 yg masih mampu. Yg xnk blh blk hotel je.

Sebelum aku dtg sini aku dh byk survey kat internet psl shopping kat sini la. and aku byk dgr psl Ladies Market. Macam best. Ada la sikit2 aku dgr pasal para peniaga dia yang ganas2. bila aku pegi je kat Ladies Market mlm tu betul2 diluar jangkaan aku. Tempat memamg ala ala petaling street tp panjang giler. Barang2 macam menarik yg xmenariknya adalah peniaga2 nya. Mmg betul2 ganas. Kalau nak membeli kena fikir lebih 10 kali. Cara diorg teramat2 kasar. Prinsip diorg once u touch consider sold. Once kita tnya “how much this?” dah consider u kena beli walaupun harga dia diluar kemampuan kita. Harga barang bukannya murah2 style pasar tu. harga kalau satu handbag tu average dlm HKD200-300. giler apa? Itu pn aku dgr je org tnya harga. Aku xberani nk tnya harga. Kalau u dah tahu harga tp xbeli dia akan kejar tau. eii… sampai bila2 aku akan ingt cara diorg. Klu ko tnya pastu blah dia maki2 sambil kejar. Giler apa. Pastu kita kan jalan berkumpulan sbb takut sesat jgk so, bila sorg nk memberli semua menunggu kat depan kedai. Hah. Time tu mula la tuan kedai tu rimas pada dia kita dah blok kedai dia org lain susak nak masuk. Dan yg paling menarik adalah pakaian dalam dia yg teramat-amat la fancy. Siap ada belali gajah la bentuk rama2 la. kepala kuda la. warna xyah cakap la. tp dia bentukkan seluar dalam tu jadi bentuk tu. kelakar giler. Ladied Market ni tutup pukul 11 malam. So, dlm 11.30 kitorg dah sampai hotel balik. Lepas blh hotel apa lagi belasah megi la

Day 3 (05/06/2009)

Hari ni morning call lambat sikit. hari ni punya schedule pegi Disneyland. Disneyland ni lebih kurang dalam setengah jam dari kowloon tempat hotel kitorg tu. dia bukak pukul 10 pagi. So, bgn lambat la sikit hari ni. tp hari ni breakfast kat hotel je. makan je la apa yang ada. Tp aku cari cereal dgn roti je la. pastu ada nmpk buah dia buat cam salad tu. blh la makan tu dulu buat alas perut. Kat Disneyland dah diberitahu xblh bawak masuk any food kecuali kalau ada kanak2 blh bawak sikit2 makanan utk kanak2. aku pn tempang la sikit biskut kat kakak2 yang bawak anak2 tu. Memang teruja la nak g Disneyland ni. mmg dtg hong kong nip n nak terjah Disneyland je. Bila nmpak je pintu gerbang welcome to Disneyland Hong Kong tu dah rasa ca nk melompat dah. Punya la excited. Apa lagi sesi bergambar la xhbs2 kat depan ni dulu. belum masuk lagi. Entrance fee masuk sini HKD650 oer person. Mahal kan. Kalu kanak2 HKD350 seorang. Sebelum sampai pintu masuk tu dah nmpk bermacam2 barang2 disney diorg jual. rasa xsbr nk membeli. Tp bila tengok harga ya ampun. Selipar bodoh macam selipar jepun Cuma letak gmbr mickey/minie tu pan paling kurang HKD60. mana ada seliapar macam kat Malaysia sekatakat selipar jepun blh dapat RM2 tu. setelah melalui pintu masuk yg dikawal ketat oleh guarad dia yg berpakaian ala2 dalam cerita karton Disney tu, nmpk dah beberapa bangunan2 ala2 casle tu. apa lagi bergambar lagi. Mmg bentuk bangunan diorg sangat2 mengujakan. Macam2 karakter ada kat sini. Berpandukan map dan jadual waktu kita blh ikut semua show yang menarik dan berjumpa bermacam2 karakter diorg. Nak main rides pn senang. Janji kena pandai baca peta. Setelah posing posing dan posing. Show pertama yang aku tengok adalah High School Musical. Ok not bad. Pastu pegi tengok Golden Mickey. Syok gak. Memang sesuai sebagai pembuka majlis sbb dari sini dah buat orang akan lebih mengenali apa karakter2 yang ada dlm Disney. Aku yang sebelum ni x de la minat sgt kartun jadi teruja la jgk dgn showmanship diorg yang sgt2 menarik. Antara show2 lain yang sempat kitorg tengok. Small world. Yang ni naik macam perahu macam mengelilingi dunia. Setiap corner tu ada rantau sendiri macam ranatau afrika selatan dan asean. Dalam rantau asena tu xketinggalan ada Malaysia punya culture. Siap ada perkataan ‘selamat datang’ lagi. Kalau perasan lagu2 yang dinyanyikan jugak ada yang dinyanyikan dalam bahasa melayu. Dia buat karakter kecik2 je.macam lebih kurang besar patung Barbie tu je. Lepas tu ada show 3D. best giler. Mcm real sgt2. di beri cermin mata 3D tu sebelum masuk. Rasa macam betul2 duk alam diorg. Siap ada angina betul2 and percikan air lagi. The lion King. Stich, adventure land dan mcm2 lagi. Semua nya bagus2. Cuma time the lion King tu aku dah penat so macam ngantuk sikit. show dia pn sikit membosankan di awal2 tu last2 ok je.

Kat dalam sini kitorg kena makan sendiri. since xblh bwk makanan dan punya la susah nak cari tempat makan yang halal at last kitorg juampa satu western restoran namanya Royal Banquet Hall. Kitorg tawakal je makan fish and chip kat sini. Portion dia byk giler bayangkan isi ikan yang besar giler sama panjang dengan pinggan besar tu dia blh bagi dua. Fries pun banyak ada mushroom soup lagi. Sudu dia pun cantek.ada salad jugak dia letak. Tapi harga dia HKD55 utk satu set. Minum je air mineral. Restoran dia ala2 cantek gak la. macam tempat rehat raja gitu. Klu org xperasan xtau ini adalah restoran. Actually kat dlm sini mmg byk tempat makan cam food court dan fast food tp kehalalan dia tu blh dipertikai walaupun Cuma jagung bakar. Aku tawakal je la. kat dalam Disneyland ni jgk disediakan tempat utk mengisi air mineral dan air panas. So, kalau ada yg bwk anak2 kecik nak buat susu kat dalam ni xjadi problem. Blh aje.
Masa tengah tunggu geng2 lain main space mountain aku tejumpa satu group jg dari Malaysia dan dari terengganu lagi. Actually since time aku pegi tu Malaysia cuti sekolah mmg ramai la yang ambik kesempatan bawak anak2 bercuti ke sini.

Kalau dah penat jalan2 blh cuba naik keretapi. Keretapi dia akan mengelilingi seluruh Disneyland ni. so, dari sini kita blh tengok mana lagi tempat2 yang kita tertinggal. Karater greeting ada masa2 tertentu semua kena tengok kat time schedule dia. lagi satu show yang amazing adalah Parade show. Show ni disponsor oleh salah satu company air mineral kat hong kong ni. dia menggunakan air. So, mmg basah la kalau duk kat tepi2 tu. kebetulan aku duk betul2 tempat permulaan jalan utama dia apa lagi basah la aku tp enjoy sangat. Dia punya karakter cam Barbie/princess/Cinderella tu mmg kagum aku tengok muka diorg betul2 sama ngan patung yang dilukis dimana2 tu. walaupun aku tahu dia dh bertukar-tukar org tp tetap sama mukanya. Walaupun aku rasa mgkn ada yang berbangsa cina yang pelik tu dia blh make up jadi sebiji muka mat salleh. Cantek giler.pastu aku sempat merasa airkrim coklat dia ukir bentuk mickey mouse. Hahaha.. cantek la. rasa dia biasa je. Cuma ukiran dia tu yang buat mahal. Harga dia HKD18. aku mkn xhbs pun. Sepanjang kat dalam ni byk jgk la aku smpt beli souvenir utk kwn2 tp kena berpada2 jgk la barng mahal sgt. dan x ketinggalan baju Disneyland mesti beli.

Kemuncak kepada acara Disneyland ni adalah fireworks. Diadakan tiap2 ahri jam 8.00 malam. Memamg best giler macam xcaya au blh berada di tengah2 disneyland ni. bunga api dimainkan bersama musik Disney di tembak dari bumbung casle. Cantik giler la. lebih kurang 15 minit gak la dia buat. Mmg aku xkan lupa la smpai bila2 atau mgkn bila aku pegi Disneyland yang lagi hebat baru aku akan mula lupakan Disneyland hong kong.

Lepas tu dalam 8.30 malam aku mula kuar dr sineyland yang ni. sgt2 berat hati nak blk. xtau bila lagi boleh jejak kat sini. Kitorg di bawa makan malam yang lambat malam ni. yang membosankan adalah makan dia restoran India yang sama. Makanan yang aku xsuka langsung. Dh la kepenatan dihidangkan pulak makanan yang sangat x menarik pada aku. Sanggup aku berlapar. Aku rasa sikit je ayam macam panggang tu je. blk bilik apa lagi megi lagi la kitorg. Sambil2 packing barang. Esok dh nak check out. Xpenuh sgt la barang letak dalam 2 lugage tu.

DAY 4 (06/06/2009)
Morning call 7.30. bersiap2 mandi dan packing semua barang. Hari ni schedule banyak kepada sight seeing je. pegi dataran yang ada bunga emas, pastu pedi kat perahu yang konon2 ada luck tu. naik perahu tu kena pada aku lupa dah berapa rasanya dlam HKD30 jugak dia akan bawak satu destinasi sambil2 melancong. Kat Hong kong ni diorg terlalu berpegang teguh kepada amalan Feng Sui. Konon2 naik perahu ni adalah luck dia. pastu g jewelerry factory. Aku macam pelik tempat ni. dia tersorok macam kat kawasan gudang. Bila masuk dalam akan melalui bilik2 kecik utk diorg terangkan kat kita pasal jewelerry ni.pastu jalan ikut lorong2 kecik lg baru nmpk showroom dia. showroom dia xde tingkap ke cermin apa. Semua tertutup rapat tp kat dlm macam kedai emas kat sini la. pelik aku tempatnya. Kat sini paling menarik batu jed dia. dlm ketogeri murah jgk la. aku pn tersangkut la kat satu jes bentuk love ni dalam HKD690. lepas pegi sini kirorg ke kedai herba kat sini pn aku beli satu jenis asam macam prune tu. dia kata buat sendiri dan halal. Org Indonesia pulak yang jadi sales girl dia tu. aku pn beli la sekotak. Dalam pukul 4 petang kitorg pn bertolak la ke Airport utk pulang. Airport dia teramat2 besar. mmg berganda la dgn KLIA tu. kat airport dia nip n masih ada outlet Disneyland. So, klu masih ada saki baki duit dan ada yang tertinggal nak beli kat Disneyland hari tu boleh beli kat sini jgk. Tp xla besar sgt outletnya. Ok la sikit2 drpd xde blh beli la. Our flight sepatutnya pukul 8.20 malam tp delayed to 9.30 malam. So, terpaksala kitorg mencari tempat makan lain dulu. masa kat masjid hari tu dh nmpk senarai nama kedai yang diiktiraf halal oleh persatuan islam community Hong Kong ni antaranya Popeye Chicken & Biscut. Punya la jauh nk cari tempat mkn. Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dgn baik. Lebih kurang jalm 1.30 pagi kitorg touch down KLIA. Itu la serba sedikit pasal trip kali ni. Apa2 pn penjalanan yang amat men

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget