Powered by Blogger.
RSS

1 Malaysia, 1 Ummah berbilang bangsa berbilang agama

Ini hanyala satu pandangan peribadi;




Bangga menjadi anak Malaysia. Alhamdulillah syukur pada tuhan kerna dilahirkan sy dibumi Malaysia bertuah ini. Aman damai, tiada peperangan dan sengketa, tiada bencana besar melainkan beberapa gangguan kecil yang sesekali menerjah muka2 depan akhbar utama. Masih dibawah kawalan dan kemampuan manusia.

Satu lagi kelebihan Malaysia; berbilang bangsa. Dari satu sudut mmg satu kelebihan namum realistiknya juga mencjadi satu cabaran. Bukan hanya utk rakyat jelata mcm saya ini malah pada pemimpin2 yang saban hari memerah otak dan fikiran utk menyatukan satu Malaysia ini bukan la semudah yang kita tonton dan baca di ruang2 media yang banyak hanya memperlihatkan yang indah2 belaka.

Memanjangkan kata2 tokoh negarawan kebanggan semua Tun Dr Mahathir Mohammad yang dilontarkan dlm temubual disalah satu rancangan baru2 ini. Sekiranya beliau msh seorang perdana menteri yang sememangnya tidak akan berlaku, antaranya ingin sekali beliau melakukan beberapa perkara yang menjurus kepada penyatuan rakyat berbilang bangsa ini. Dr situ sy menafsirkan betapa sukarkan menjadi pemimpin dan rakyat kepada Negara ini. Terkebetulan dengan sambutan hari kekasih baru2 ini, mmg sukar diperjelaskan kerana terlalu byk hati2 yang perlu dijaga. Seumpama menarik rambt dlm tepung. Bukan hanya pemimpin yang harus menyusun kata melontarkan pendapat malah semua orang harus memikirkan impak dan kesan dalam memberi pendapat. Saya seorang drnya bila di dalam satu pejabat yang berbilang bangsa dan agama. Apa harus sy jelaskan. Cuma mampu senyum. Tidak mahu dianggap terlalu fanatic pada mana2 pihak. Tp tuhan dan hati ini tau

Seperti juga seorang ustazah juga penceramah bebas telah dikecam oleh sekumpulan organisasi kristian yang menyelar dakwaan ustazah berkenaan mengenai valentines atau hari kekasih ini adalah sambutan orang kristian yang melakukan dgn cara dilaknat islam. Begitu lah kita tidak blh sewenangkan bercakap membuka mulut isu2 agama dan bangsa ini secara terbuka jika tidak di fikirkan kesannya. Dan sy pasti ustazah ini mgkn sudah memikirkannya namun terlepas pandang sesuatu.

Dalam keadaan yang sgt sensitive utk mengutarakn pendapat sekarang ini ada lebih baik utk kita hanya berdiam diri. Namun harus diingat diam bukan bermakna slh. Islam menghormati semua agama, dan melayu menerima kehadiran semua bangsa sebagai satu keluarga dlm Negara ini. Sy juga percaya kebanyakan agama juga mengutuk pergaduhan dan mengeji kemaksiatan

Jadi sama2 la kita menjaga agama, budaya dan keturunan kita. Dan saya doakan tuhan diberikan jalan semoga satu hari ada yang tampil dgn pendapat yang blh diterima pakai oleh semua rakyat 1 malaysia ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget