Powered by Blogger.
RSS

Mekarnya Bakawali


Sebelum ini sy langsung xpernah mengambil tau kisah bakawali ini. Walaupun pernah mendengar nya biasanya dlm lagu2 melayu.

Dan mggu lps sewaktu sy pulang sempena cuti tahun baru cina. Satu pagi jumaat,mak memberitahu yang bunga bakawali kembang mekar. Sy Cuma menganggap ia satu hal biasa. Dan sy amek ringan hal tersebut sehingga sy keluar ternampak betapa menarik bunga tersebut. Terdetik hati sy utk mengambil gmbr. Dan sy yg sememangnya buta ilmu bakawali hnya menyentuk dn pergi begitu sj sesudah mengmbil beberapa keeping foto. Menjelang ptg sekali lg sy terpandang bakawali tersebut. Namun kali ini bunganya telah layu selayunya. Oo.. baru sy teringat seperti pernah terdgr org mengatakan perihal bunga ini yg hnya kembang di waktu mlm hari

Dan hari ini baru sy berkesempatan mencari beberapa maklumat mengenai bakawali ini. Byk rupanya kisahnya. Antaranya

Kelebihan bunga bakawali:

- boleh dijadikan ubat rabun mata.
- utk dijadikan air mandian sebelah pagi.ia dikatakan dapat menaikkan seri wajah. badan bau harum dan segar.bunga bakawali berbau harum dan menenangkan minda.dimurahkan rezeki – harus dgn niat baik
- kegunaan pencerah muka bukan untuk memutihkan muka tetapi untuk meratakan tona kulit muka
- dan sebagai pengganti toni dalam kesihatan tubuh badan
- digunakan untuk merawat luka dengan cara menumbuk halus sehelai daun bakawali dandisapukan pada bahagian yang luka sebelum dibalut. Sifat analgestik pada bakawali dapat menolong mengurangkan kesakitan.Ia juga mampu untuk menghentikan pengaliran darah pada luka.
- ada pendapat yang mengatakan dengan minum air rendaman bunganya tekanan darah tinggi dapat diturunkan, namun pendapat ini masih belum dapat dibuktikan

MITOS dan mengenainya:

-bunganya akan kembang mekar pada waktu malam sahaja dan harum wangi

- kepada anda yg mpunyai bakawali yg dlm tempoh berbunga,cuba anda duduk sehampir yg boleh pd bakawali anda dan dlm keadaan yg sunyi sepi...anda akan melihat satu proses pendebungaan yg mana bunga bakawali tersebut akan 'meletup' kecil dan mengeluarkan bunyi 'pop' berulangkali sambil melepaskan debunga halus

- selepas mandi bunga tersebut jangan dibuang dalam tong sampah, buang dalam sungai yang mengalir atau tanam

- kembang tengah malam. Ada titisan air dalam kelopak dia masa dia kembang

- Bunga bakawali mula kembang 9.30mlm dan kembang penuh 12mlm. Yang kelihatan berasap adalah debu-debu dari debunganya, adakalanya ia bertabur naik ke udara membentuk satu imej yang dikononkan sebagai jelmaan puteri kayangan. Pada pukul 4.30pg ia mula layu dan bila matahari mula terbit ia layu sepenuhnya

- Kepercayaan orang-orang cina bahawa pokok bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

- Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang

- Sebenarnya bunga bakawali semasa kembang tidak mengeluarkan asap, tetapi bunganya akan meletup semasa kembang dan melepaskan debunganya seolah-olah ia mengeluarkan asap.

- Memang bunganya akan terbit dari celah-celah daunnya. Ianya akan hanya kembang pada waktu malam. Keadaan fizikal bunga ni memang lembut dan mudah rosak. Mungkin sebab tu Allah takdirkan ianya kembang malam saje, kalau siang, tentu ia takkan bertahan sebab suhu yang lebih tinggi.

- Kata org tua-tua, kalau kita tunggu ia kembang, ia takkan kembang-kembangBaunya wangi macam bau bunga hutan masa kita tidur dalam hutan malam-malam



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget