Powered by Blogger.
RSS

Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad DIMP, JMN, AMN (25 May 1954 – 22 February 1992)


22 February 2011, genaplan 11 tahun pemergian arwah. Sungguh pantas masa berlalu. Masih terngiang di ingatan saya di suatu pagi diusia saya 12 tahun. Sewaktu tu saya dikampung bersiap sedia urk pergi beriadah di tepi pantai bersama keluarga yang lain termasuk arwah bapaku. Singgah sebentar di sebuah kedai runcit untuk membeli sebuah akhbar. segalanya menceritakan mengenai kehilangan seorang ank seni kebanggaan semua itu. Masih ingat saya mmg mengalirkan air mata membaca balasungkawa dari para wartawan media ketika itu. Terus terdetik dihati saya memang ini satu kehilangan besar bukan hanya pada insutri muzik, Negara malah utk saya sendiri. Jujur ditarikh 22 February 1992, Arwah bukanlah artis yang tersangat saya minati diwaktu itu. Mungkin kerana saya terlalu kanak2 saya lebih kepada genre muzik lain. Malah serasa saya ditahun2 akhirnya itu tidak banyak kisah2 arwah yang di paparkan membuatkan nama beliau hampir hilang kecuali lagu2 beliau. Mungkin kerana keadaan kesihatan arwah yang membataskan aktiviti nya.

Tapi tidak sekarang. Sejak tarikh itu saya akui saya adalah among biggest fan of him. Mungkin hnya 2 3 tapak dibelakang Pak Nil dan Faizal AF4 (terengganu)..mereka memang top ten fans. Tp saya mungkin top 20

Pelbagai tanggapan, andaian telah dilemparkan kesinambungan dari hari kematiannya. Benar atau tidak hanya Allah yang tau. dan sebagai hambaNya kita harus redha Allah sangat sayangkan arwah itu sebab arwah dijemput dulu pergi. Sekurang-kurangnya kita harus bersyukur kerana dipinjamkan Allah seorang insan sehebat dia. Kehadiran sementaranya meninggalkan kesan yang amat mendalam

Jangan pertikaikan kehebatan beliau. Dan usah tanya saya kenapa saya kata dia hebat. Cuma sebagai manusia biasa tidak Allah ciptakan seseorang itu terlalu maksum sehingga tiada kesalahan dan kekurangan. Namun pada saya arwah berada di kelas kehebatan dalam arena tersendiri

Lagu2 arwah yang paling saya minati terlalu byk namun ada satu yang mmg benar2 akan menyentuh hati saya bilamana sy mendengar mahupun nyanyikan sendiri iaitu ‘Jauh di sudut hati’… Ya Allah entah kenapa itu lagu yang sangat rapat dengan saya malah serasanya sangat sebati dengan diri saya.


SayangKubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

SayangSesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup iniTanpa kau di sisi

Jauh disudut hatiAku masih bermimpi
Mimpi yang indahEsok kau kembali

Jauh di sudut hatiAda waktu-waktunyaAku berdoa
Kau pulang semulaSayangBiar ku mengingatimu
Biar kugantung harapanHingga sampai waktu
Nafas terakhirku



Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.. al fatihah… amin amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget