Powered by Blogger.
RSS

At last, our house

ini la rumah original masa sign S&P. mmg standard without major enhancement. because dulu rumah ni disewa oleh budak2 tomboy. agak teruk rumahnya. tapi sebab murah ok je la. mana lagi nk cari rumah harga macam ni kawasan ampang kan



after bout 9 months menunggu akhirnya kami telah berhak ke atas rumah ini. hari berikutnya kami meneruskan procedure mengubahsuai bermula dari lesen MPAJ by kontraktor hingga la ke last touch up. amek masa sebulan dan agak tinggi kosnya



sekitar renovation menggunakan beberapa pekerja dengan sorg kontraktor (fullhouse management & services) dan beberapa sub kontraktor.




boleh dikatakan 80% menepati apa yang saya mahu berpadanan dengan kos mampu saya



cat dalaman menggunakan jenama seamaster dan luaran jenama Jotun Shield

seluruh tingkap (satu rumah) ditukar ganti. gril juga ditukar, cat seluruh rumah luar dan dalam, polish lantai atas bawah, simple cornice, kitchen kabinet (table top ready), pecah 3 tingkap depan jadikan main door 2 panel.


pilihan warna luar adalah cadangan kontraktor






maaf kami selepas siap sepenuhnya belum sempat di snap. insyaallah one day saya cuba amek gambar rumah itu. sekarang disini la kami menetap dan akan membesarkan anak kami disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keikhlasan dan doa seorang kawan


Awal pagi tadi semalam saya terdengar renungan di radio pagi mengenai tips untuk menjadi insan cemerlang adalah ikhlas dan doa kita kepada kawan. Saya terpanggil untuk mengulas lebih lanjut. Saya juga kurang pasti di mana saya, samada insan cemerlang samada seorang yang ikhlas samada seorang yang suka mendoakan kebaikan atau mungkin keburukan kawan sendiri. namun memang saya akui saya bukan la seorang yang sangat maksum sesempurnanya sebagai seorang kawan.ada kalanya saya harus dan perlu hipokrik demi menjaga hati kawan dan rakan yang lain.

Alhamdulillah saya mempunyai agak ramai kawan. Walaupun jika dibanding didalam laman facebook sy bukan antara yang mempunyai paling ramai kawan mungkin kerana saya bukan artis tapi sekurang-kurangnya walaupun sekadar 200 orang rakan hampir kesemuanya masih boleh dihubungi dan saling mengambil berat berbanding sesetengah nya yang mempunyai ribuan malahan ada yang mencecah jutaan rakan tp berapa orangkan yang betul-betul rakan di laman reality juga.

Dan sebagai seorang wanita berkerjaya dan mempunyai perniagaan sendiri (walaupun kecil kecilan) saya harus berkawan dengan semua orang. Saya memang gemar berkawan tapi batas had seorang kawan masih saya berjaga-jaga. Seperti artikel sy sebelum ini mengenai rakan karib jadinya saya berhati-hati untuk mengangkat seseorang menjadi seorang rakan karib

Ingin saya menyentuh sedikit disini mengenai keikhlasan seorang rakan. Sebagai peniagawati saya dikelilingi rakan yang juga pesaing-pesaing saya. Memandang satu persaingan yang sihat sebagaimana pernah diucapkan seorang sifu sedikit masa dulu. Rezeki Allah ini luas dan besar. 1 yang kita beri Allah akan bukak kita lg pintu rezeki yang lg besar. dengan itu saya sentiasa sematkan keikhlasan dalam berkongsi segala ilmu yang ada dalam segala bidang dengan seikhlas mungkin semoga pintu rezeki saya dibuka lebih besar. Alhamdulillah. Untuk tidak berkira dengan rezeki Allah saya dipermudahkan dalam mencari rezeki lain. tetapi saya agak terkilan bilamana keikhlasana saya mula disalahguna dan diperkotak katikkan orang. Selama ini sy sentiasa sabar sy ‘pejam mata’ dengan isu-isu kecik pendapat saya ini semua kebetulan duniawi tp makin lama dirasakan makin melampau dan terasa saya dipergunakan. Sejujurnya sy bangga menjadi antara pencetus idea kepada kejayaan kawan tetapi rasa terkilan bila kejayaan orang itu adalah secara singkat. Memang kawan tidak jatuhkan saya malah insyaallah langsung tidak menggugat sebarang perjalanan saya Cuma hati saya terluka dan terkecil hati mengenang masih ada kawan yang langsung tidak menghargai keikhlasan yang diberikan selama ini

Apa-apa pun sy tetap mendoakan kawan-kawan. Walau tercuitnya hati saya dengan sikap kawan ini saya tetap mendoakan kawan saya ini dilimpahkan rezeki yang tidak putus dr yang Esa. Saya halalkan segala apa yg telah diberikan dulu Cuma akan datang saya akan pertimbangkan untuk menjadi lebih ‘kedekut’ dalam memberi kerana tidak mahu lagi saya dipijak-pijak. Pesan saya juga kepada mereka-mereka yang menjadi pesiang saya dalam masa yang sama rakan. Saya ini amat gemar perbincang dan berkongsi segala ilmu yang ada kerana denga berkongsi ilmu itu akan lebih cepat berada di kepala kita. tetapi tolong hormati ilmu yang diberikan kerana ada kalanya untuk mendapatkan sesuatu saya terpaksa mengkaji berbulan-bulan dan hingga mengeluarkan kos yang besar dan adakalanya terseksa zahir dan batin untuk mendapatkan kesempurnaan dalam keinginan produk sendiri. tolong hormati usaha orang. Saya faham perasaan bila ada yang mengagumi atau menjadikan seseorang itu idola atau ikutan atau apa sahaja tetapi tidak perlukan sehingga segala-galanya harus di tiru. Jadi diri anda, dan cari keistimewaan product anda sendiri

Tidak saya katakan semua kerana ada beberapa kawan yang benar-benar ikhlas juga adalah pesaing saya malah saya kagum bila kami boleh berbincang kea rah menjana dan memantapkan perniagaan masing-masing sambil langsung tidak menyentuh perniagaan masing-masing. Maknanya perbiancangan kami sentiasa berasas kepada membina dan menjadi lebih baik. itu adalah beza nya niat seseoang dalam bersahabat saya kira. Bila mana terkadang kita pernah cuba mahu berkawan dengan seserang kerana mahukan sesuatu atau ingin memberi sesuatu.. terpulang..

Satu mohon saya doakan saya bahagia dunia dan akhirat. Inyaallah. Harap maaf andai entry ini agak sinis

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya la penggila GCB



Saya la penggila GCB

Entah kenapa sejak awl diperkenalkan tahun lalu. Minggu pertama sahaja 3 kali sy cuba burger ini. Tahun ini pulak seminggu sudah dipasaran nmpaknya sudah 2 kali saya berGCB. Mmg ini la burger terbaik pernah dihasilakn oleh mcdonald.

Sebenarnye sejak beberapa bulan lepas pun saya serik teirngat dan trtanya bila agaknya burger ini agak menjengah kembali pasaran. Bila mana kawan saya menyampaikan info daripada facebook page mcdonald yang GCB akan kembali sy mula menghitung hari.

Aduh.. nikmat sungguh burger ini tidak terkata

Dengan sos yang meleleh. Rasa ayam yang lembut, memanga amat sesuai. Tidak dpt sy katakan perasaan ketika menggigit burger ini.memang satu kenikmatan.

Kepada yang belum mencuba anda harus mencuba kerana anda tidak akan kecewa. Saya bukan la pekerja mcdonal tp sy bukan juga dibayar untuk mempromosi GCB tp tidak salah berkongsi cerita yang baik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di lahirkan pada 15 Dec 1948 oleh pasangan Muda dan Wook dengan nama Mat Jidin. Namun telah kembali dijemput Ilahi pada 21 Januari 2006. Semoga rohnya aman disana. amin...


Saya amat merindui Arwah. Teramat sangat. sukar digambarkan kerinduan saya saat ini. 5 tahun kepergiannya seakan baru semalam. tidak akan saya lupakan kejadian seminggu selepas Aidiladha tahun tersebut. Terngiang2 ditelinga panggilan telefon dari ibu memanggil kami adik beradik pulang ke kampung kerana ayah sedang nazak. seakan mamai kerana panggilan diterima jam 3 pagi. temenung sejenak memikirkan apa yang harus aku laku kan. pelbagai persoalan bermain dibenak kepala.


2 hari selepas diserang serangan strok yang terus membuatkan ayah koma akhirnya ayah menghembuskan nafas terakhir dirumah kami ketika semua anak2nya berada disisi. sukar menerima kenyataan diwaktu itu. serasa hampir separuh hidup direntap. Mak banyak menenangkan saya. juga mengenangkan mak tentukan lebih perit menerima kepergian seorang suami dari saya yang kehilangan seorang bapa yang hanya kadang kala pulang ke kampung berbanding mak yang setiap hari menjaga, berteman, berbual, bermanja, berkasih, bersayang dan berkongsi dengan ayah. sedikit demi sedikit saya cuba menerima hakikat sy kini telah ketiadaan bapa.


sedikit ingin aku imbas peribadi ayah yang sentiasa dekat dengan ku.


seorang yang tegas dan garang tapi ramah dan happy go lucky. rumah tidak akan sunyi bila dia ada. teringat saya bersahur dibulan puasa rumah kami tidak pernah sunyi walaupun jam 4 pagi seakan 8 malam. cukup meriah dengan gelak gelak tawa dan gelagat kami anak beranak yang biasanya didalangi ayah. sungguh lucu bila kenangkan keletah ayah. sungguh kami rindukan ayah. andainya saya tau itu hari terakhir sy berjumpa sy tidak akan berenggang dengan ayah. namun takdir tuhan tiada siapa boleh menghalang


Ayah seorang penasihat yang baik juga. banyak nasihat yang diturunkan. paling saya banyak guna pakai adalah dalam perniagaan. walaupun ayah cuma menjalankan pernigaan SME tp pada saya dia pengurus yang amat bijak disamping itu dia juga banyak berpesan2 mengenai hubungan dengan masyarakat, agama dan pelbagai lagi. banyak perkara yang nmpk seperti remeh tapi pada ayah tiada titikberatkan


cuma saya sedikit ralat kerana ada beberapa impian saya yang belum sempat diberikan ayah. rasanya terlalu cepat ayah pegi pada usia 56 tahun. namun sya redha bukan saya seorang sygkan ayah Dia juaga sygkan ayah.. semoga ayah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. alfatihah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gelas Kaca Cola McDonalds

akhirnya aku berjaya melengkapkan koleksi gelas kaca cola ini yang ditawarkan oleh Mc Donal sepanjang May dan awl Jun lepas. seminggu hanya 1 warna ditawarkan. jadi aku menunggu 6 minggu untuk melengkapkan koleksi ini.

Terdapat 6 warna; dari kiri atas lime, purple, blue, charcoal, pink & green.

Gelas ini didatangi bersama sajian sebarang set besar McValue bersama sundae. 6 minggu la berturut2 aku menjadi pelanggan tetap Mcd. tp berbaloi2 keranai Gelas ini sangat2 cantik. aku suka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa selsema dan mengantuk xdpt dipisahkan

dilanda selsema... arghh... xsuka. saya ni dh la jenis selsema ssh nk baik. pegi klinik xhbs2 diberi ubat yg sama. ubat nye yg mujarab adalah utk mengantuk. tp selsema baik nya xsmpai beberapa jam pun. dtg lg.

yg xpaham tu naper ye ubat selsema selalu kena ngantuk. dah pesan siap2 kat doktor jgn bg ubat mengantuk. sy ni bz woman. klau ngantuk habis semua project terbengkalai. tp doktor tu kata yg kena mkn pg kurng mengantuk. dia xkata xmengantuk cos sesetengah org akan rasa mengantuk jgk tp sesetengahnya xmengantuk. saya redha je la

tp 1 lg ubat utk mkn mlm mmg mengantuk hbs2an. apa nk buat. tp tetap xhilang jgk selsemanya. tunggu je la berapa hari agaknya selsema ni akan berlarutan

dan hari ni nampak gayanya batuk pulak datang. ayoyo.. masa ni la rasa pentingkan nikmat kesihatan pd diri kita kan




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapa Rakan Karib Anda



Terpanggil untuk bercerita mengenai kawan baik selepas membaca borak pak nil di harian metro ahad lepas. Ini adalah salah satu coretan wajib dibaca setiap hari minggu samada di akhbar mahupun alam maya.

500% bersetuju dengan tulisan pak nil ini. Secara ringkasnya adalah mengenai dia sorang artis popular tetapi tidak mempunyai kawan baik yg blh berkongsi segala2 mengenai curahan isi hati, keresahan, kegembiraan, kedukaan dan segala2nya. Sebagai manusia biasa tidak dpt lari dari segala perasaan itu. Kerana hokum karma menjanjikan hidup tidak selalunya di atas. Klu hari ini kita gembira esok lusa mgkn kita berduka. Di saat kedukaan itu kekadang kita perlukan seseorang utk meluahkan segala yg terbuku dihati. Seceria mana pn seseorang itu pasti ada hari sedih hari duka hari resahnya. Dan sekelam mana pn hidup seseorang itu pasti ada hari bahagianya walau Cuma sekelumit. Bukan hnya kita berkongsi duka ada ketika diwaktu kita sgt gembira pn juga kita memerlukan seseorang utk diceritakan kegembiraan dan kejayaan hati ini. Namun tidak semua org blh dan mampu menjadi pendengar/rakann yang baik. dia mgkn seorang pendengar tp dia bukan rakan baik. Silap pilih kita akan terkena balik.

Persoalannya siapakah yang layak menjadi teman, rakan, kawan karib kita ini yg secara mudah blh dikatakan kawan sehidup semati. Sy menyokong tulisan pak nil itu yang mengatakan dia memilih ahli keluarga nya sebagai rakan baik dia yang juga tempat meluah segala isi hatinya. Benar, pengajaran mendewasakan. Pak Nil pernah ditikam rakan baiknya sendiri sebelum ini itu yang mmbuatkan dia skrg tidak lg percayakan org luar untuk mejadi teman akrabnya melainkan adik beradiknya sendiri

Dan disini sy juga sependapat dengan mengatakan kawan baik sy adalah suami sy. dia tahu segala2 nye kegembiraan sy kedukaan sy dan sekiranya sy marah dia sekalipun sy akan luahkan padanya. Teringat kata2 Datuk Shah Rukh Khan dlm filem ‘kuch kuch hota hai’ dulu katanya “Love is friendship”. Yes, exactly yes.

Bukan maknanya sy tidak ada teman dan kawan2 lain. ada juga tetapi semuanya ada batasan. Pernah seketika dulu sy menggangap seseorang itu adalah kawan akrab sy bagai mau sehidup semati. Segala luahan isi hati yg tidak terlahir zahir akan diluah ceritakan.. namun kecewa kerana lama kelamaan keakraban itu seakan tidak sehala. Bila tidak lagi sefahaman timbul kebencian mula manusia ini akan menjaja segala kisah2 peribadi kita yg dulunya tersimpan rapi. Serik rasanya.

Sekarang cukup la dan sy sentiasa beringat. Sekiranya bercerita kisah2 peribadi tidak usah la di panjang2kan cukup sekadar cerita secara kasar atau ada lebih baik tidak usah dibuka langsung ceritanya. Kalau ikutkan sekarang sy ada ramai kawan2 yang dikatakan mmg rapat namun rapatnya mungkin hanya dipejabat sekadar berkongsi kisah2 pejabat kisah2 syarikat. Untuk kisah2 peribadi amat terhad. Tp tidak la langsung tidak bukak mulut. Seperti apa nama anak sendiri nama suami pekerjaan suami dan tempat tinggal kita. Untuk mengetahui kisah sebenar kita biarla org sendiri menilai. Benar atau salah sy redha, lebih baik dr kebenaran yg ditokok tambah

Borak pak nil juga menulis, padanya rakan artis adalah saingannya jadi tidak perlukan diceritakan semua kisah peribadi dan tidak perlula terlalu rapat bak isi dan kuku. benar dalam sebarang bidang sekalipun dgn rakan sealiran tidak perlulah dianggap teman akrab kerana itu adalah saingan kita. Persaingan ini perlu untuk memotivasikan kita. namun harus juga untuk kita berkumpul sekali sekala atau berborak2 kosong sambil mendengar isu2 terkini takut nanti kita pulak yang ketinggalan

Cukupla suami sy menjadi rakan karib sy. sy percayakan dia akan menjaga kisah2 peribadi sy sebagaimana sy menjaga kisah peribadi kami berdua. Mgkn kerana sy agak berjauhan dengan keluarga berbanding paknil yang hampir setiap hari blh bersua muka dengan adik beradiknya. Sy tidak menidakkan peranan ahli keluarga utk mengambil tahu setiap cerita adib beradik yang lain. sy di kuala Lumpur dan kebanyakan ahli keluarga di Terengganu. Agak mustahil untuk sy menangis diganggang telefon sambil meluahkan perasaan pada mereka. Dalam byk luahan sy memerlukan bahu seseorang. Ada masa ketika dan permasalahan lbh senang bercerita dengan adik beradik juga ibu sy.

Itu la kisah sy mengenai kepercayaan seorang rakan karib. Perlu tetapi tidak semua org mampu menjadi rakan karib. Pilihkan rakan karib anda yang sebaik mungkin. Berpesan2 untuk diri sy juga

Tulisan ini sedikit sebanyak mungkin akan mencuit beberapa hati. Namum ini hanyalah luahan dan pendapat sy. diharap para pembaca memahami kebebasan saya dalam bernukilan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS