Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 50


Episode yang biasa2 saja bagaimana Ain menerangkan dan menceritakan kembali kisah silamnya pada Azie. Mereka kembali mesra dan cuba memperbaiki kembali hubungan persahabatan mereka dengan keluar shopping bersama-samatanpa di ganggu oleh pasangan masing-masing

Setelah semalam bergaduh kecik dengan Am, Ain terbangun pagi dengan panggilan telefon. tekanya pasti Am yang menelefon untuk meminta maaf. Belum sempat dia mencapai handphone yang juga didalam beg tangan dia tecapai satu kotak barang. Rantai pemberian Johan

“beri pada Azie atau pulangkan pada Johan?” Ain tertanya-tanya

“anak dara!! Tak bangun lagi ke” jerit azie dari luar bilik.
“dah! Aku dah bangun”.
Ain melihat siapa yang menefon tadi rupanya Johan. Azie pula sudah tidak sabar untuk mendengar certa Ain keseluruhannya

Hari ini Azie meraikan sahabatnya dengan menyediakan sarapan menandakan hubungan mereka kembali akrab. Mereka cuba luangkan masa berdua bersiar2 dibandar

Tanpa disedar Ain tertinggal handphone dirumahnya

Johan pula penuh tanda Tanya masih tidak berpuas hati dengan tindakan Ain semalam, dengan niat ibunya juga dan dengan cinta Azie. Dia serba gelisah. Dia cuba menghubungi Ain tetapi tiada jawapan kerana handphone Ain tertinggal di rumah

Johan memberanikan diri menelefon Azie. Namun Azie yang sedang bahagia dengan cinta Johan salah sangka menganggap Johan rindukan nya dan mahu bertemu dengannya

Am masih di katil. Sambil merungur manja

“ada isteri macam tak de isteri”

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Mama nya telefon menjemput dia pulang kerumah dan berpesan agar membawa bersama Hawanya untuk membincangkan sesuatu

Am cuba hubungi Ain. Tiada jawapan.

Ain yang baru menyedari dia tertinggal handphone dirumah. Menghantar Azie bertemu johan dan terus pulang ke rumah sambil menolak pelawaan Azie dan Johan menyertai mereka. Sambil itu Johan sempat berbisik pada Ain yang dia masih belum berpuas hati dengan Ain dan ada yang harus diselesaikan

Bersambung ke episode esok


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget