Powered by Blogger.
RSS

Fesyen artis ke AIM 19 2012


Stacy

Terkenal dengan fesyen beraninya. Begitu la seperti karakternya yang agak agresif walaupun menyanyikan lagu berentak slow tetapi karakter aggresif masih terserlah dipakainya

Didie Alias

Aiyooo!! Makhluk apa ni? sungguh luar biasa. Tapi itu la Didie alias sentiasa berani dari berfesyen seperti sebuah komik saintifik. Jangan sampai seperti badut yang orang hanya memandang dan mentertawakan pakaian tanpa mempedulikan si pemakai. Tapi mungkin Didie selesa dengan penampilan begitu terpulang la


Datuk Siti Nurhaliza

Agak menarik fesyen baju datuk siti malam ini. Mungkin warna hitam menampaknya datuk siti seperti sudah kehilangan beberapa kilo dari ukuran badan asalnya. Ditambah dengan meghelip ditengah jauh menampaknya dia sudah kurus. Baju ini adalah rekaan Rizman Ruzaini




Yuna

Sungguh stunning yuna malam ini. Hadir dengan 5 percalonan tentunya dia berharap dan yakin salah satunya pasti miliknya. Jadi disediakan baju yang agak menyerlah. Sangat2 menyerlah. Mungkin sesuai juga dengan status antara penyanyi masakini yang berjaya



Mizz Nina

Dengan penampilan kemas. Penerima anugerah kembara ini menyerlah dengan kasut oren yang sangat menarik




Dina Nazir

Siapa kata berbadan besar tidak boleh berfesyen. Ini contohnya. Dan saya lihat fesyen yang dibawa dina tidak terlalu stereotype. Menjadi dan menarik juga


Shila Hamzah

Baju ini bahagian atasnya menampaknya shila lebih berisi. Saya agak tidak duka dengan riben besar depan tu. Darai awl saya langsung tidak perasan itu adalah riben saya lebih memandang sebagai satu keratan kain lain dibuat untuk menyerlahkan payudara beliau.Turban itu agak kemas

Manakala untuk baju hitam ini biasa-biasa saja pada smelainkan dia datang bersama ‘cinta hatinya’ yang telah dicanangkan ke seluruh pelusok dunia.



Rozita Che Wan

Agak tenggelam penampilan che ta malam ini. Saya kurang gemar skirt putih kosong dari lutut hingga ke buku lali che ta. Mcm ada yang kurang sesuai





Marsha Milan

Antara fesyenista yang agak saya gemari. Fesyen-fesyen nya selalunya tidak terlebih keterlaluan dan tidak tersangat bermain dengan benda-benda selamat. Agak menonjol. Mungkin kerana mempunyai bentuk badan yang agak menarik jadi apa saja dipakai agak kena tetapi tidak la tersangat cantik



Nora Danish

Saya suka dengan penampilan Nora kali ini. Walaupun agak lari dari tema black & white malam itu tp baju dari Christian Dior ini menyerlahkan secomelan dan keayuan Nora


Noraniza Idris

Agak ketat baju itu bagi seorang yang bertudung dan berstatus begitu. Dan menampaknya tubuhnya yang agak kurang menarik. Rasanya tidak sesuai terutama dibahagian skirt


Nabila Huda

Itu la Abil. Tidak hipokrik. Dimana dia berada begitu la fesyen dibawa. Mungkin kali ini dia sedikit berhati2 tapi tentu masih menyerlah pesonaliti dia.





Adira

Menurut kata Adira baju ini diinspirasi dari baju Barbie doll. Memang agak Barbie doll Cuma jarang nampak baju Barbie doll warna hitam. Jadi saya rasa agak tidak bersesuaian. Kerana Barbie doll sesuai dengan warna-warna lembut. Mungkin Barbie doll berkabung agaknya. dan lagi satu potongan rambut adira agak tidak bersesuain dengan Barbie doll. Sepertinya harus dikenakan rambut palsu atau lebih dibuat feminine

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget