Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episod 56

Episod bermula kembali ke saat sarung cincin seperti episode lepas

Johan mula mengungkit Ain tinggalkan dia bila Am datang balik padanya. Padahal dulu dia yang susah senang bersama Ain. Tiba-tiba Johan terima panggilan telefon.



“Kenapa la bukan Ain yang call” sambil melihat nama yang tertera dia henfonnya. Azie yang call. Azie Cuma memujuk Johan untuk selesaikan masalah bersama-sama supaya jangan terus lari dan menjauhkan diri darinya
“I sanggup susah senang dengan U. I sayangkan U” rayu Azie
Johan masih beralasan. Azie sedih dan menceritakan yang ibu Johan telah datang mencari Ain dirumah tetapi Ain tiada dan Azie menjadi tempat lepaskan kemarahan ibunya. Tapi Azie masih mahu menerima Johan dan mahu selesaikan semua masalah bersama
“Azie, can we talk later. Kepala I dah serabut sangat dah ni”



Di rumah mama Am Azie membantu saudara mara mengemas beberapa pekakas yang akan digunakan untuk kenduri mereka. Ada juga saudara mereka yang menjemput Ain kerumah mereka.



Selesai membantu Ain cuba bersembang-sembang bersama wanita-wanita kesayangan Am (Mama, Kak Zah dan Erin). Mama menyatakan yang Am ada membelikan sepasang kain untuk Ain berwarna merah jambu. Ain pelik kenapa Am tidak sendiri bagi pada Ain. Tapi mama kata Am takut nanti Ain tak suka warna pilihan dia

“Itu dulu, sekarang ni Am adalah jiwa dan hati Ain selama-lamanya”  Detik hati Ain

Kembali ke bilik Ain membelek-belek kain pemberian Am. Memang cantik dan lembut. Ain mencium kain tersebut. Am ternampak bila kebetulan Am membuka pintu bilik


“Buat apa cium kain tu cium la tuan yang belikan lagi best” Am menegur sinis dan gatal
Am nampak Ain agak terkejut Ain bila nampak Am memakai baju tido petak-petak yang dibeli Ain. Seingat Ain dia belum berikan pada Am

“Mana abang dapat baju tu” Tanya Ain malu-malu
“Ini kan bilik abang. Semuanya milik abang termasuk Ain” jawab Am. Ain senyum
“Kenapa suruh mama bagi kain ni. bagi la sendiri”
“Suka tak?” Tanya Am balik tanpa menjawab soalan Ain
“Suka” sambil mengelakkan badan dia dari disentuh Am yang tiba-tiba agak menggatal “Ain tukar baju dulu”




Ain datang dengan mengenakan baju tidur merah. Sangat seksi dimata suami untuk malam pertama mereka.
“Wow” terpacul dibibir Am “Sini la sayang, tempat isterikan disisi suami” Ain datang ke suaminya “Wanginya. Pakai minyak wangi apa?” macam-macam la Am ni malam ni
“Mana ada minyak wangi. Ain pakai bedak je”
“Malam pertama kita pakai bedak je” (aduh! Am.. am… kenapa banyak tanya??)
“Tak la Ain pakai minyak wangi sikit” jawab Ain bagai mengambil hati. Faham Ain ini la malam mereka.


Ain mula mengatur kata. Nampak Ain sangat berlembut dengan suaminya malam ini. Di terangkan perihal panggilan ‘abang’ yang sepatutnya dah lama dia gunakan untuk memanggil Am. Tapi kerana karakter am ketika awal perkenalan mereka jadi ketika itu Ain lebih selesa memanggil Am dengan ‘Am’.



‘Jadi Ain dan ubah fikiran? Dah tak benci Abang lagi?’ Tanya Am “Kenapa berubah fikiran? Maksud abang apa yang membuatkan Ain berubah menerima abang?” Am minta kepastian
“Bila Ain tengok abang imamkan solat maghrib tadi” jelas Ain.
Ain menerangkan selama ini ramai orang mengatakan Am dah banyak berubah. Tapi Ain tak peduli dan tak percaya. Malam ini Ain nampak sendiri Am sudah banyak berubah. Am bukan lagi Adam Mukhriz yang dulu
“Tapi Ain tetap sama. tetap cantik macam dulu” pujuk Am
“Ain tahu abang buat semua ni untuk Ain kan” Am mengangguk. “Untuk menjadi ketua keluarga yang baik” tambah Ain



Kisah Johan pula. Johan pulang kerumah dalam tidak keruan. Ibunya datang kebilik. Marah-marah Johan

“Kenapa kamu ni? Ibu Tanya ni” Sambil memburuk-burukkan Ain. Sampai sekarang ibunya belum boleh menerima kenapa Ain mainkan perasaan anak tunggalnya itu. Namun Johan tetap berkeras menegakkan Ain tidak bersalah. Terus Johan keluar rumah lagi


Kembali ke bilik Am
“Abang nak tau tak masa tu bukan abang sorang je sayang Ain” Am terus membulatkan mata tanda menyoal
“Ain pun sayangkan abang?” Tanya Am seoalah tidak percaya
“Ain banyak dosa dengan abang. Ain banyak menduga kesabaran abang. Ain selalu mempersoalkan kejujuran Abang” jelas Ain sambil memegang tangan Am


“Jadi malam ni abang boleh ampunkan dosa Ain?” Suara ain bergetar. Mata Am mula berkaca menahan sebak (ohh.. so touching, iols menangis…)
“Sejak hari pertama Ain tinggalkan abang macam tu. Abang dah lama maafkan Ain. Abang redha” jelas Am
“Betul?”Am mengangguk
“Abang tak de marah atau benci Ain. Sebab Abang sayang Ain”
Terus cameraman keluar dari bilik Am dan bilik jadi gelap… (faham-faham je la ye.Ini malam pertama mereka. Jangan kacau)


Semalaman Ibu Johan menunggu Johan pulang sampai tertido di sofa. Bapanya yang bangun pagi itu kejutkan ibunya. Bapanya juga menasihatkan ibu nya agar tidak terlalu berkeras dengan Johan.
“berlembut bukan bereti mengalah” kata bapa Johan”


Pagi itu Am sudah bersiap semua. muka penuh seri. Rasa lengkap sudah tanggungjawabnya sebagai isteri. Sambil memegang cincin perkahwinannya dijari. Dia mula merasakan perubahan ketara pada hidupnya. Dia kini tidak lagi keseorangan. Am telah membawa seribu kebahagiaan dalam hidup dia. Terima kasih Allah. Ucap hatinya sambil memandang Am yang masih tido dikatil dengan baju kotak-kotak pemberiannya itu

Sebuah teksi berhenti betul-betul didepan pagar rumah Azie kebetulan Azie membuka pagar. Eja datang. Bukan untuk berjumpa Ain yang memang sudah diketahui berasa dirumah mertuanya. Eja ingin bercakap sedikit dengan Azie. Mereka bersetuju keluar bersama


Ok. bersambung lagi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget