Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa Episod 54

Johan masih cuba mempertahankan Ain dengan mengatakan Am tidak serious dengan Ain. Selama ini Am mengaburi mata Ain melalui duit nafkah bulanan yang diberikan supaya Ain terus terikat dengannya. Dakwa Johan Ain terseksa seperti yang diketahui sewaktu diAustralia dulu. Dia tidak mahu Ain terus menderita dibawah ikatan Am. Tapi ibu Johan tetap mahu Johan terus melupakan Ain. Masih ramai wanita lain yang jauh lagi baik dari Ain yang telah menipu mereka.


Hubungan Ain dan Azie yang kembali pulih makin utuh. Mereka berkongsi segala suka duka seperti tiada sebarang sengketa pernah melanda mereka. Mereka juga sama-sama mendoakan kebahagian antara mereka dengan pasangan masing-masing.




Ain memulakan persiapan diri untuk berhadapan dengan keluarga Am. Dia membelikan beberapa helai pakaian sebagai cenderahati untuk ahli keluarga Am menandakan tautan ikatan kekeluargaan antara mereka dan Ain bersedia menjadi sebahagian dari ahli keluarga mereka juga tidak ketinggalan untuk sang suami yang sudah mula bertakhta dihati Ain.Ain mahukan sesuatu yang personal yang membuatkan Am sentiasa dekat dengan Ain. Akhirnya Ain memilih satu kemeja petak untuk Am.
(yang ni saya ingat dia nk belikan jam tangan. Teringat pulak ombak rindu)



Sebelum itu Ain menghubungi ibunya mengajak ibunya sertai kenduri mereka. Namun ibunya menolak kerana kenduri diadakan hari bersekolah dan Suria (adik Ain) harus bersekolah memadangkan dia menghadapi peperiksaan. Hadir atau tidak itu bukan perkara utama yang penting ibunya sentiasa doakan segala yang terbaik untuk anaknya.

“Ingat pesan mak. Jaga hubungan suami isteri. Jangan buat perkara yang tidak disukai suami. Jaga aib suami.”
“Insyaallah pesan mak sentiasa Ain ingat”


Ibu Ain tahu dan dapat merasakan anaknya itu akan memasuki fasa baru sebagai seorang isteri dan mengharapkan kebahagiaan milik mereka. Dia bersyukur akhirnya Ain dibukakan hati untuk menerima Am sebagai suaminya.


Manakala ibu bapa Johan masih memikirkan perihal anaknya yang seakan gila talak pada Ain. Semua angkara Ain tekanya. Ain yang tidak membataskan diri berkawan walaupun dia tau dia sudah bersuami. Sukar untuk ibunya menerima Ain kembali.

Pagi itu, Ain sudah siap sepenuhnya untuk memulakan hari yang baru dan kehidupan baru bersama Am. Azie seperti biasa dan memahami kebahagiaan yang dirasakan Ain. Azie cuba mengusik-usik Ain yang kelihatan sangat berseri-seri.



“Akhirnya Adam bersatu juga dengan Hawanya” begitu la tertulis. Kalau jodoh sudah tertulis lambat atau cepatnya pasti ianya akan bersatu. Azie turut gembira dengan kebahagiaan Ain.

Kedengaran bunyi hon dari luar rumah menandakan Ain harus pergi mengikuti suaminya. Azie sentiasa doakan segala yang terbaik untuk sahabatnya. Malah Ain juga berpesan pada Azie untuk tidak manangguhkan perkahwinan dia dan Johan.



“Welcome home sayang”
Ucap Am setibanya di rumah mama Am. Semua persiapan kenduri sedang dijalankan. Keluar dari kereta Am ain kelihatan seperti kaget melihat semua persiapan itu. Sepertinya kenduri yang agak besar

“This is not my plan” tegas Am mengenai semua persiapan itu
Ain faham kerana sedari awal dia sudah mengtahui yang mama Am yang merancang semuanya untuk mereka
“ Masuk la” Jemput Am pada Ain sebagai menantu rumah tersebut

Dibilik Am memperkenalkan biliknya.

“Terima kasih kerana Ain telah menerima Am seadanya”
Ain cuma mengangguk namun dihatinya bergetar bila bertentang mata dengan suaminya Am.



Baru Am mahu mengatur ayat lagi tetapi pintu bilik diketuk seseorang. Ah! Kacau. Gertak am didalam hati.

“I’ll be back” pesan Am sambil meniru gaya bangsa kulit hitam sambil dia buat isyarat supaya Ain tunggu dia.

Ain membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan baju yang dibeli untuk Am. Dipeluknya baju tersebut. Seakan tidak sabar memeluk suaminya




Di rumah Ain dan Azie ibu Johan datang tanpa diundang. Agak kehairan Azie menerima kedatangan ibu Johan.

“Mana Ain” Azie kehairanan dengan aksi ibu Johan
“Kamu tahu mengenai status Ain kan” Tanya ibu Johan lagi
“Saya pun baru jugak tahu” jawab Azie “kenapa ya” sambung azie lagi

Bersambung diepisod akan datang. Episode paling dinanti ramai. Episode kenduri kendara


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget