Powered by Blogger.
RSS

Adam dan Hawa episode 52

Sambungan dari adegan romantis Am dan Ain yang berdua-duaan didalam bilik dirumah Ain.



Ain menangis sambil menahan perasaan
“Boleh Am peluk Ain” getus Ain
Am merenung Ain. Akhirnya dia menarik Ain kepangkuan dadanya
Mereka sangat bahagia di dalam pelukan. Untuk pertama kalinya Am berpelukan berduaan dengan Ain. Sedikit kejanggalan tetapi kasih dan sayang mereka mengatasi kejanggalan.
Ain terus menangis tanpa sebarang kata

Di satu sudut restoran Ain dan Am sedang menikmati sarapan bersama
“Am mungkin kelondon insyaallah” nyata Am
“Bila”
“anytime. Bila kena panggil, I have to go”
“Berapa lama” Ain tersekat-sekat
“ May be two, three weeks. Ain nak ikut?”
“tak nak” Ain menjawab dalam senyum manis
Kalau dalam dunia ni ain ada peluang nak pergi, tempat mana ain nak pergi?” Tanya Am tiba-tiba mengalihkan tajuk perbualan asal
‘Buat umrah lagi. Kalau ada rezeki, nak naik haji” jawab Ain
“Nice. Pergi dengan Am sekali?”
“Am nak bawak Ain”
“ ye la. Am nak bawak siapa lagi kalau bukan isteri Am ni” kata Am seakan janji “Hmm, sebelum kita ke sana, kita ziarah mana mana dahulu” sambung Am
“Ke mana” Am tidak mengerti
“Turki, maybe cairo. Maybe paris, tell me where you want to go? Kita berdua”
Wow, bestnya. Rupanya Am sudah merancang sesuatu yang istimewa untuk mereka berdua

Beberapa ketika Ain meminta Izin untuk ke wash room

Manakala Johan masih gelisah kerana dia tau yang sebenarnya dia masih sayangkan Ain. Dia cemburu dengan Am. Dia tak mahu Am akan melukakan hati Ain lagi.
Namun Azie yakin dengan Am. Mereka bertikam lidah didalam kereta hanya kerana Ain dan Am

Menyusuri beberapa kedai Azie dan Johan mencari tempat makan yang sesuai. Tiba2 mereka melalui satu kedai barang kemas. Johan mengajak Azie masuk mencuba satu cincin. Johan sangat suka cincin itu. Tapi Azie serba salah. Dan mengajak Johan keluar dari kedai tersebut.

Sewaktu baru sampai ditempat makan. Johan meminta Azie menunggunya disitu sambil menempah makanan. Johan mintak izin untuk ke kereta kerana tertinggal barang katanya
Rupanya Johan kembali ke kedai emas tadi dan membeli cincin tadi

Kembali ke situasi Am dan Ain. Tiba-tiba Dee kebetulan juga melalui kedai tersebut ternampak Am. Dee cuba terus memujuk Am menerima dia. dia mengmbil tempat Ain yang kebetulan ke tandas.

“Am, I love you. U ni kenapa suka sangat perempuan kampong tu? u dah buta ke apa?”
“ You are cheap. She is not” tegas Am.

Ain kembali dari tandas. Kelihatan seorang perempuan sedang berbual dengan Am membelakanginya.

“siapa perempuan tu? kawan Am ke?”

Dee yang terpukul dengan kata-kata Am tadi terus pegi meninggalkan Am
Ain kembali ke meja. Am seperti serba salah. Dia mungkin tertanya-tanya adakah Ain nampak tadi. Ain juga tertanya-tanya dan menunggu kalau-kalau Am ingin menerangkan siapa wanita tadi

“lamanya”
“aah, ramai orang beratut”

Itu saja. Masing-masing pendam

Pulang ke rumah Ain masih tertanya-tanya siapa wanita tadi. Dia mula curiga Am masih dengan perangai lamanya sebagai pecinta wanita

Ain menghubungi ibunya dikampung setelah mendapati ada panggilan tidak dijawab dari ibunya sewaktu dia tetinggal handphone tadi

Ibunya bertanyakan adakah Ain sudah menerangkan pada Johan perihal status Ain kerana petang tadi ibu Johan ada menghubungi ibu Ain untuk datang meminang Ain 1 2 hari lagi. Ain terkejut kerana setahu dia telah menerangkan kepada Johan

“Ibu Johan dah tau pasal Ain, status Ain” Tanya mak Ain. Terus Ain terdiam

Keesokan pagi sewaktu sarapan bersama Azie. Azie beria-ia menceritakan perihal Johan telah membeli sebentuk cincin untuknya. Ain terdiam dan tergamam. Erm.. sepertinya ada yang tidak kena

Ain mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Johan bagi terus menghalang ibu johan pegi berjumpa ibu Ain



Rupanya Johan masih tidak dapat menerima hakikat yang Ain sudah menjadi isteri Am dan Ain tidak cintakan nya

Tetapi ibu Johan masih meneruskan niat meminang Ain

Bersambung episode minggu depan ye

Nampaknya episode minggu depan lagi hangat dan menyengat




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget