Powered by Blogger.
RSS

Keputusan penuh Anugerah industri muzik 19 2012

1. Lagu nasyid terbaik - nora (doa)

Kebanyakan lagu tercalon didalam katogeri ini adalah hasil dari hafiz hamidun samada sbg penyanyi atau komposer. Mungkin ini rezeki ank baru nora yang baru dilahirkan semalam

2. Lagu pop etnik terbaik - noraniza idris ft black (kuasa cinta)

Kesemua calon adalah dr album noraniza idris

3. Lagu hip hop terbaik - jamal abdillah ft malique (aku maafkan kamu)

Antara lagu kegemaran saya

4. Lagu inggeris tempatan terbaik - counting days (jaclyn victor)

Seperti kata jac lagu ini msh jarang berkumandang. Saya langsunh tidak pernah mndengar. Mungkin slps ini harus dikeudarakan lagu ini

5. Artis baru terbaik - MOJO

Artis dibwh naungan KRU. Di ketuai vocalis nya awera prnh menyertai one in million suatu ketika dulu

6. Persembahan vokal berkumpulan terbaik didalam lagu- forteen (seperti dulu)

Juga artis naungan KRU

7. Video muzik terbaik - sparkle (yuna)

Satu2 nya anugerah kemenangan yuna mlm ini yg hadir penuh gemerlapan

8. Lagu pop terbaik - patah seribu ( shila hamzah)

Ramai meramal dan mahukan terukir dibintang yuna yg memenangi katogeri ini tetapi rezeki bpihak pada shila hamzah nampaknya. Shila juga sempat mengucapkan terima kasih pd 'cinta hatinya' didalam ucapan kemenangan

9. Lagu rock terbaik - idola (Azlan & typewriter)

Lagu ini adalah ost dr filem hore hore tribute untuk allahyarham sudirman

10. Lagu bahasa melayu terbaik yg dinyanyikan oleh artis luar negara - sudah cukup sudah (nirwana band)

Kumpulan ini diterbangkan khas dr indonesia untuk persembahan mlm ini

11. Anugerah kembara - mizz nina

12. Anugerah wirama - alleycats

Datuk david smpt memerli penerbit mengenai masa 30 saat untuk ucapan tidak mencukupi. Alleycats merupakan kumpulan muzik paling lama bertahan dimalaysia

13. Persembahan vokal terbaik lelaki didalam album - jamal abdillah (bahagia sementara)

Menurut jamal anugerah pertama yg dimenangi di aim adalah pd AIM yg pertama menerusi kekasih awal dan akhir setelah 19 tahun sekali lagi diAIM kali ini

14. Persembahan vokal terbaik wanita didalam album - jaclyn victor (counting days)

15. Album terbaik - salam muzik

Ramai tidak mengenali kumpulan agak unik ini. Vokalis nya hadir dgn rambut bob marley dan mpunyai anggota kumpulan yg agak ramai. Turut dianggotai oleh seorang wanita. Icapan kemenangan mereka didalam bentuk pantun 4 kerat

16. Lagu terbaik - patah seribu (shila hamzah

Shila sempat salam cium tgn cinta hatinya sewaktu nama pemenang diumumkan

Secara keseluruhan beberapa anugerah tidak seperti diramalkan namun siapala kita berbanding juri profesional kerana kita hanya pendengar

Dari segi persembahan diawalnya agk hambar kerana byk menengahkan artis baru yang agak kurang popular. Tapi itu la AIM. Medan pengkarya muzik mempamerkan bakar. Juga disinila tempat penggiat baru menunjukkan bakat

Persembahan paling dinanti pastinya gandingan hafiz dan datik siti nurhaliza menerusi lagu muara hati. Agak tidak mengecewakan

Yang lain-lain biasa2 sahaja bertepatan tema hitam putih malam ini jadi saya rasa penuh kesederhanaan termasuk pengacaranya adibah noor dan aznil. Semuanya seakan biasa2 sahaja.

Itu lebih baik dari mencari kalainan yang akhirnya hancur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: